Showing posts with label gambar artis. Show all posts
Showing posts with label gambar artis. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

Nora Danish ..Adui Pendeknya Skirt

 Gambar kredit blog oh-bulan

Mujur la Cool bukan artis, kalau tidak nak lepak kedai mamak nak pekena roti canai pun susah. Tengok la Nora Danish ni aduii seksa kan kalau jadi terkenal. Lagi-lagi la bila pakai skirt pendek tayang peha gebu lagi la cepat tersebar. Heran sungguh artis-artis ni kan, suka bebenor tayang-tayangkan selain tayang muka di TV.

Nurul Seksi (Bekas Isteri Ajai)

Gambar kredit kepada zonartis.com

Kalau tengok pada gambar ni tak la seksi mana pun. Cuma tayang ketiak je kan... tapi kenapa perlu ambil gambar macam ni? Nurul ni kategori dah berumur, bila umur meningkat posing seksi adui sakit mata lak tengok hehehe. Mak Jan lak tu, mesti banyak fitnah akan datang kalau dok posing macam ni. Kalau Nurul rasa lagu dia sedap dan boleh laku, tak perlulah jual guna album cover gambar macam ni kan.... Cool bukan marah tau tapi nasehattt!!!

Saturday, June 18, 2011

Siti Nurhaliza Sertai Askar Wataniah

PRINTIS...(dari kiri) David, Mohd Nor, Shaheizy, Ana, Siti, Intan, Nurul dan Aizat tampak bergaya dengan pakaian celoreng.  

PENAMPILAN penyanyi popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin memakai seragam beruniform Askar Wataniah tampak segak. Siti yang dikenali dengan penampilan sopan, tetap kelihatan anggun memakai pakaian celoreng. 

Biarpun tanpa seragam lengkap, gaya bintang pujaan ramai itu seolah-oleh seperti sebahagian daripada platun tentera yang mengikuti kursus latihan.

Jom masuk Askar Wataniah!! hehe

Takziah Kepada Awie


Al-Fatihah .... Ayah Awie penyanyi rock yang terkenal telah meninggal dunia pada 16 Jun 2011 pada jam 12:30 pagi.  Saya kenali Awie dan WINGS sekitar tahun 1987 tetapi tdak pernah bersembang pun dengan Awie, sehingga Awie buka opis di Seri Gombak pun sering terserempak dengan Awie tetapi saya ni kinda tak reti nak beramah mesra dengan selebriti .. pemalu la katakan hehe. 

Drummer Wings time tu Black, mempunyai karekter yang lebih mudah mesra, kami saling kenal mengenali di Komplek Wilayah, time tu lepak di Komplek Wilayah main snooker di Kelab Rally (sekarang dah sejarah kot kelab tu) selepas penat buang duit kami akan makan-makan secara bajet di kedai mamak Jalan Doraisamy. 

Komplek Wilayah pernah menjadi "port" utama kepada  artis hebat seperti Diva Rock Ratu Rock Ella & Boys,  Hattan, Rahim Maarof dan band-band rock sekitar tahun 80an. Komplek Wilayah pada waktu itu mempunyai beberapa pusat "jamming" untuk artis-artis berlatih muzik, pusat menjual alat-alat muzik dan juga Kolej Swasta, meriah time tu.. naik lift je terserempak dengan Ella, time buka posa join Hattan dan artis-artis, glamor juga rasa hehe ... semua tu dah jadi memori.

Al-Fatihah kepada ..  Allahyarham ayah Awie...

Thursday, June 16, 2011

Benjy dan isteri masih sah sebagai suami dan isteri



Cool ambil artikel dari Harian Metro Online, untuk dijadikan ikhtibar kepada Cool dan sesiapa yang sudah berkahwin, semoga janganlah mudah sangat melafazkan perkataan cerai kepada isteri kita. Perkataan cerai amat tidak disukai oleh Allah SWT walaupun dibenarkan oleh Allah kepada setiap pasangan yang berkahwin.

Seperti lapuran Harian Metro;

KUALA LUMPUR: Lafaz “I’m rujuking”, oleh dramatis Benjy terhadap isterinya, mengesahkan pasangan itu masih suami isteri selepas dia menceraikan isterinya itu dengan talak satu pada hari yang sama, tiga tahun lalu.
Hakim Syarie Khairul Azwadi Mohamed Noor membuat keputusan itu selepas bertemu kedua-dua pihak di dalam kamarnya di Mahkamah Rendah Syariah, semalam.

Peguam syarie Hazirah Othman yang mewakili Safiya atau nama penuhnya Safiya Stephance Kar-Leng Lee, 28, ketika ditemui media memberitahu, mahkamah terdahulu mengesahkan lafaz cerai talak rajie Benjy atau nama penuhnya Khaeryll Benjamin Ibrahim.
“Cerai yang berbunyi “Aku ceraikan kau satu talak,” dilafazkan pada jam 9 pagi, 7 Julai 2008 terhadap isterinya Safiya di rumah mereka di Menara Duta Mas disaksikan seorang saksi.

“Bagaimanapun, mahkamah turut mengesahkan lafaz rujuk “I’m rujuking” yang dilafazkan Benjy terhadap isterinya itu pada jam 10 malam pada hari sama.

Katanya, lafaz rujuk yang dilafazkan Benjy itu sah kerana Safiya masih dalam tempoh edah serta pihak terbabit turut bersetuju dengan fakta walaupun terdapat beberapa pindaan dan mahkamah memutuskan mereka masih sah suami isteri.
Sejurus prosiding selesai Benjy terus dibawa meninggalkan mahkamah oleh polis dan Safiya dilihat berbual mesra dengan ibu mentuanya seniwati Azean Irdawaty di luar mahkamah.
Safiya memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk itu pada 7 Februari 2011 di mahkamah menamakan Benjy sebagai defendan.

Wednesday, June 15, 2011

Gambar Dato' Siti Nurhaliza Waktu Sekolah

Wow! Cutenye Dato Siti Nurhaliza sewaktu sekolah, suci je mukanya hehe (pinjam kata-kata adik saya ni). Tingkatan berapa la agaknya time ni ek? Dato Siti Nurhaliza tolong jawabkan boleh? Kalau tenung-tenung tarikh di gambar tu 12-01-1996, kalau ditolak tarikh lahir Siti Nurhaliza iaitu 11 Januari 1979 (saya lahir 12-01 sama bulan la Dato Siti hehehe), maka umur Siti Nurhaliza time ni adalah 17 tahun..form 5 gitu kan.

Sapa leh sahkan? cer citer ..cer citer hehehe

Nota : Gambar kredit kepada gambarartis.blogspot.com

Mia Kamil Pun Tayang Juga


Adesh.. masalahnya Mia Kamil ni pun Cool tak berapa kenal juga hehe.. tapi fesyen sama je ..tayang tuttttet juga. Kenapa lah artis Malaysia pilih fesyen macam ni dan rela bergambar sampai dedah sampai nampak ..... simpan-simpan lah sikitkan ...


Cool rasa Mia Kamil tak sesuai posing macam ni , sebab apa tau? sebab nampak sangat Chubbynya hehehe ... kena makan ubat slim dan pi gym kecikkan lengan tu sikit hehehe jangan marah yer Mia Kamil..

Siapa Naemah ini?



Siapakah si Naemah ini? Pelik sungguh, para penulis blog yang hebat-hebat pasal artis Malaysia pun tidak kenal si Naemah ni. Gambar ni pun di ceduk dari Mangga Online. Seksi tak henggat tuh!! Tayang tutttet adoii la apa nak jadi ek. Lepas ni pasti keluar statement "saya bukan seksi kerana nak glamor" atau "saya bukan jual diri" kihkihkih lawak betul kan..

Kalau korang kenal cer citer cer citer sapalah Naemah ni, kalau bukan artis kenapa lah pula masuk Mangga Online kan?