Tuesday, October 25, 2011

Apee-apee ajelah KTM Komuter ni



Salam.. lama juga tak buat post ke blog ni, agak bz akhir-akhir ni dengan pelbagai rancangan yang dirancang entah jadi ke tidak tatau la ... hanya dengan izin Allah saja kan..

Bulan Oktober ni pelbagai kisah menarik untuk di blogkan terutama kes kekejaman Sistem Perundangan Kolonial yang masih diguna pakai oleh perundangan Malaysia. Kesian Encik Suradi dah la di istihar bankrap di jel pula tu, di mana bank dan Jabatan Insolvensi yang stafnya garang-garang belaka seperti komen Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Dato’ Dr. Ma’amor B Osman ( boleh baca kes ni di link ini di PPIM ).

Di bulan ini juga Presiden Libya mati dibunuh oleh rakyatnya sendiri dan di bulan ini juga KTM Komuter masih ditakuk lama. Perkhidmatannya masih tak boleh diharap langsung!. Tahun 2020 hanya tinggal lebih kurang 9 tahun. 2020 nanti Malaysia ingin mengistiharkan sebagai negara maju tetapi KTM Komuter masih seperti biasa walaupun depoh dan stesen KTM Komuter sudah dinaik taraf dan semakin lawa.

Hanya pengguna yang mengguna perkhidmatan KTM Komuter sahaja yang mampu memberi komen dan rating, berapa bintang atau hanya tahi bintang untuk penarafan perkhidmatannya. Berapa ramai yang bangun seawal 6 pagi tetapi "punch card" mereka merah kerana KTM Komuter delay 15 atau kadang-kadang hingga 45 minit akibat pelbagai masalah teknikal. Koc pula kadang-kadang tidak ada penghawa dingin sewaktu waktu puncak hingga ada yang pengsan akibat terlalu panas dan pelbagai cerita lagi. Itu belum termasuk muka kakitangan di kaunter dan mesin-mesin yang kerap "OUT OF ORDER"... amat memalukan.

Sampai bila ya KTM Komuter nak macam ni yer?

Wednesday, August 17, 2011

Baddrol Bakhtiar ke Wigan?

Cool dapat tahu pun dari anak Cool yang tak berapa minat main bolasepak, pelik juga sebab Cool yang minat sangat dengan bolasepak pun tak tahu pula cerita sensasi ni. Begitu juga cerita Safee Sali yang digelar "monkey" oleh isteri Kapten Bolasepak Singapura yang tak sedar diri tu.. suami dia hanya kelab Indonesia je nak .. tapi Safee Sali kelab Germany atau Bundesliga nak "beli" dia.

 Cool berharap sangat kedua-dua pemain ini ditawarkan kontrak di Liga Eropah, berbaloi-baloi tengok bola secara "live" jika ada pemain dari negara kita bermain dalam kelab BPL atau Bundes Liga. Kepada Baddrol Bakhtiar dan Safee Sali jika ditawarkan bermain di Eropah korang cubalah nasib, jangan jadi macam Khalid Jamlus sudahlah ... 



Contohi Lim Teong Kim yang pernah bermain semusim di Hertha BSC dan kini menjadi Penolong Jurulatih bagi Kelab Remaja Bayern Munich.

Friday, August 5, 2011

Umat Islam Murtad Kerana Sukar Mendapat Bantuan

Isu kesukaran Umat Islam untuk mendapat bantuan dari Pejabat Agama, Pusat Pungutan Zakat (PPZ)dan lain-lain bukanlah perkara baru lagi, malah sudah naik jelak dengan karenah birokrasi atau sikap tidak ambil peduli mereka yang sepatutnya membantu para asnaf yang memerlukan bantuan. Paling menyedihkan akibat kealpaan pihak tertinggi kerajaan dan lembaga atau pusat pungutan itu menjalankan kerja pengagihan zakat, terdapat Umat Islam yang terpaksa mengambil wang dari Gereja. Amat memalukan!.

Umat Islam yang hampir murtad atau yang telah murtad kerana kesukaran mendapat bantuan kewangan dari badan yang sepatutnya menjaga hal ehwal umat Islam itu sendiri.  Sedangkan kutipan Zakat mencecah ratusan juta ringgit setiap tahun... di mana silapnya? Jika dilihat dari kekuatan kewangan yang dikumpul, Umat Islam di Malaysia atau Asnaf amat beruntung kerana tinggal di Malaysia dan beragama Islam, tetapi hakikatnya terdapat 12 orang yang di diragui akidah semasa JAIS membuat serbuan di sebuah Gereja (sila baca lapuran di bawah).

Sukar dapat bantuan

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PETALING JAYA: Kecewa usahanya untuk mendapatkan sokongan dan bantuan bagi meneruskan kehidupan, segelintir ibu tunggal dikatakan sanggup bernaung serta menerima bantuan daripada pihak gereja, biarpun menyedari tindakan itu mungkin perangkap untuk mereka meninggalkan Islam.
Seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Sabrina berkata, dia sudah menyertai pelbagai aktiviti anjuran sebuah gereja di Seksyen 13 di sini, sejak lebih setahun lalu dan mendapati ada lebih 100 wanita sepertinya di rumah ibadat itu.
“Sebelum ini saya pernah mohon bantuan dari jabatan agama dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tapi gagal, sedangkan mereka (gereja) sanggup memberikan wang untuk saya menyara diri dan keluarga, malah untuk modal saya membuka perniagaan,” katanya kepada Harian Metro.

Ibu tunggal berusia 34 tahun yang mahu dikenali sebagai Sabrina itu antara 20 individu beragama Islam berada di gereja berkenaan ketika penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Sabrina berkata, dia menyertai kegiatan di gereja itu sejak lebih setahun lalu selepas diperkenalkan seorang rakan.


  Oleh itu saya ingin menyeru kepada mereka yang berada di kerusi empuk di PUSAT PUNGUTAN ZAKAT atau lain-lain badan yang berkaitan sila buat kerja anda..kerana di dunia ini anda gagal menjalankan tugas sehingga terdapat umat Islam yang murtad, anda akan menanggung akibatnya kerana kegagalan tersebut, kerusi anda empuk di akhirat nanti berkemungkinan akan berapi atau dipenuhi jarum tajam... hanya Allah yang tahu ...

Thursday, August 4, 2011

Polis Diserang Di Taman Seri Gombak



Saspen kan tajuk catitan Cool kali ni. Agak lama tak mencoret di blog ni kerana terlalu sibuk dengan tugasan yang tak pernah habis... Ramadan atau bulan puasa tiba lagi, Alhamdulilah Allah masih mengizinkan Cool beribadah di bulan yang penuh berkat ini, sedangkan Cool baru sahaja kehilangan teman sekelas di SMK Gombak Setia, akibat komplikasi buah pinggang pada 1 Ramadan.. Al-Fatihah buat Azrin Bahaldin. Terkilan rasanya, kerana Cool tidak sempat menziarahi beliau sewaktu di hospital mahupun sewaktu pengkebumian kerana tidak ada di Selangor.

Tiba-tiba teringat memori di zaman remaja sekitar tahun 1984 - 1985 ketika itu Cool berumur 15-16 tahun.Cool berpindah dari Kedah ke Selangor dan menetap di Taman Seri Gombak selepas tamat peperiksaan SRP, mengikut ayah dan mak Cool berhijrah ke Selangor untuk membina kehidupan baru. Dengan pantas Cool mula mendapat kawan yang tinggal se taman seperti Azizul (nama gelaran Ly-punk kerana dia berwatak agak gangster hehe), Azizol, Sham, Rosli dan lain-lain yang tidak dapat diingati nama mereka. Kebetulan beberapa orang dari mereka akan bersekolah yang sama dengan Cool bila sekolah dibuka.

Biasanya "lesen" untuk merayap pada waktu malam hanya diluluskan pada bulan Ramadan saja. Paling best berkumpul dengan rakan sebaya di surau dan selepas Isyak mengelatlah geng-geng Cool, bukan nak bertarawikh pun. Aktiviti utama main mercun dan meriam kabait. Pada waktu itu di sekitar Fasa 6 (jalan 6/), Taman Seri Gombak terdapat tangki air di atas bukit dan kawasan itu memang agak terasing dengan perumahan, jalan agak gelap tanpa lampu jalan dan amat sesuai untuk menjadi "port kereta rosak" (pasangan yang memadu cinta dalam kereta). Kerap kali ternampak kereta berhenti di kawasan tersebut dengan enjin dan penghawa dingin terpasang, apa lagi projek lah tu!.

Kebetulan nak jadi cerita malam tu stok mercun berlebihan, apa lagi main game perang-peranglah. Berpecah kepada dua pasukan , satu pasukan  sebelah kanan, hanya dipisahkan dengan jalan yang boleh muat 1 kereta je di sebelah kiri.Baru nak mula perang ada sebuah kereta naik "slow" je dan lampu dimatikan. Wah! peluang keemasan ni!,  nak kenakan "geng kereta rosak" malam ni. Kereta itu berwarna putih, Proton Saga kebanggaan Malaysia (Proton barui je keluar time tu) berhenti di sisi jalan. Cool bisik kat Ly-punk "apa lah bulan posa pun nak projek!" . Ly-punk tersengih jahat "apa lagi jom kita ambush depa biaq haru biru", Ly-punk mengajuk gaya bahasa kedah Cool walaupun bunyinya macam Siam lidah pendek je ehehe tapi ok la tu kan...

Geng sebelah sana pun tanpa perlu walkir talkie pun dah boleh agak apa tindakan selanjutnya ... jeng..jeng. Fireeeee!!! Ly-punk beri arahan. Apa lagi mercun roket, meriam kabait, mercun bola dan segala mercun di tembak ke arah kereta tersebut. Dam ..dumm ...phiewwww tumm!...meriah betul bunyi. Ternampak kelibat orang dalam kereta tersebut agak terperanjat. Jeng...jeng!

Tiba...tibaa! Lampu berwarna biru putih menyala di atas bumbung kereta tersebut dan siap siren sekali ...wiouwwwww..wiouwwww.. alamak POLIS!!! bukan geng kereta rosak. Bertempiaran larik geng sebelah sana, dorang boleh lari menuruni bukit ke jalan utama Taman Seri Gombak, malangnya kebetulan geng sebelah Cool ada pagar la pula, pagar yang menutupi tangki air tersebut. Maka tidak ada pilihan, bersembunyilah disebalik semak lah jawabnya hehehe.... Apa kan daya Polis punya "torchlight" besar dan terang gila maka terperangkaplah komando-komando yang sedang berjuang ..menyerah diri dengan membuat muka paling kesian di dunia....

Pada malam itu Cool menjadi jurucakap sebab Ly-punk sudah terkedu seribu bahasa hehe.. paling tak boleh ingat, mujurlah Abang Polis tu tak ketuk kepala dengan torchlight. Abang Polis tu tanya mana IC (kad pengenalan), Cool jawab selamba je.. "pakai kain bang mana boleh bawa IC, nanti cicir abang juga yang susah bila saya buat repot. Mujurlah malam tu abang-abang Polis tu hanya beri ceramah je, mujur juga dia tak buat betul-betul ..katanya nak panggil trak Polis angkut kami ke Balai.. aduii mujurlah... kalau tidak berbirat Cool kena belasah dengan mak Cool yang sememang sangat garang hehehe, ayah ok Cool macam Cool juga..Rahsia kejadian ni, disimpan sehingga selepas Cool beranak pinak baru berani cerita dekat ayah dan mak cool. Dorang gelak dan sambil beristiqfar dengan kenakalan Cool ... "patut la anak hang buas (lasak) macam hang" kata Allahyarham ayah saya........ 


Friday, July 22, 2011

Bila Lelaki Jadi Wanita


Mohd Ashraf Hafiz Abd.Aziz, 25 tahun telah memohon untuk menukar jantina dan nama kepada seorang wanita, iaitu Aleesha Farhana Abd Aziz. Mahkamah telah menolak permohonan beliau. Mujurlah dia tidak berjaya, kalau dia berjaya maka beraturlah kaum pondan untuk menukar jantina dan nama selepas ini. Kacau bilau seluruh sistem kekeluargaan, kehakiman Islam dan Konvensional.

Kenapa Cool kata "mujur"?, secara mudahnya jika Ashraf ini dilahirkan sebagai lelaki sempurna, bukan sebagai khunsa (khunsa dilahirkan dengan 2 alat kelamin, dan cool tidak jumpa fatwa mengenai khunsa), hukum atau undang-undang manakah yang Ashraf hendak guna pakai? Jika dia bersolat di ruangan wanita dan mungkin bersalam-salaman sesama jemaah wanita. Adakah tidak batal wuduk hanya kerana dia sudah membuat pembedahan jantinanya?. Itu baru satu bab kan... hermm. Bagaimana pula jika Ashraf hendak berkahwin? Ashraf sudah melanggar Rukun Nikah iaitu lelaki berkahwin akan berkahwin dengan wanita, sedangkan Ashraf lelaki dan pasangannya nanti juga seorang lelaki?

Rukun-rukun nikah dan syarat-syarat sah nikah.
 
Rukun Nikah :

1.Calon suami (lelaki)
2.Calon isteri (perempuan)
3.Wali
4.Saksi
5.Ijab dan Kabul (akad)

The damage has done!, nak repair alat sulitnya supaya menjadi lelaki semula adalah pada kadar mustahil, jika mengikut hadis ;

Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): “Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki.” (Riwayat al-Bukhari).

-Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata (maksudnya): “Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki”. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih).

Allah Maha Pengampun, jika Ashraf sedar dengan kesilapannya, maka bertaubatlah.Untuk bertaubat Cool rasa dia perlu kembali menjadi lelaki walaupun tanpa alat sulit lelakinya, Cool rasa Allah akan terima taubatnya selagi Ashraf benar-benar insaf akan kesilapannya dan tidak lagi berkeras untuk menjadi seorang wanita. Di mana hasratnya itu adalah mustahil dan songsang. Cool berdoa supaya Ashraf diberikan hidayah oleh Allah SWT...aminn.

Wednesday, July 6, 2011

Nora Danish ..Adui Pendeknya Skirt

 Gambar kredit blog oh-bulan

Mujur la Cool bukan artis, kalau tidak nak lepak kedai mamak nak pekena roti canai pun susah. Tengok la Nora Danish ni aduii seksa kan kalau jadi terkenal. Lagi-lagi la bila pakai skirt pendek tayang peha gebu lagi la cepat tersebar. Heran sungguh artis-artis ni kan, suka bebenor tayang-tayangkan selain tayang muka di TV.

Nurul Seksi (Bekas Isteri Ajai)

Gambar kredit kepada zonartis.com

Kalau tengok pada gambar ni tak la seksi mana pun. Cuma tayang ketiak je kan... tapi kenapa perlu ambil gambar macam ni? Nurul ni kategori dah berumur, bila umur meningkat posing seksi adui sakit mata lak tengok hehehe. Mak Jan lak tu, mesti banyak fitnah akan datang kalau dok posing macam ni. Kalau Nurul rasa lagu dia sedap dan boleh laku, tak perlulah jual guna album cover gambar macam ni kan.... Cool bukan marah tau tapi nasehattt!!!