Wednesday, October 2, 2013

Rowan Atkinson aka Mr Bean Masuk Islam?






Bersyukur sekiranya berita ini benar.. saya berdoa semoga berita ini benar .. Allahuakbar!!






Thursday, September 26, 2013

Tan Azizan Abdul Razak Telah Meninggal Dunia



Tan Sri Dato Seri Azizan Abdul Razak yang di lahirkan pada  25 ctober 1944 telah meninggal dunia pagi ini lebih kurang pukul 11 pagi 26 September 2013. Tan Azizan Abdul Razak adalah bekas Menteri Besar Kedah yang mewakili PAS, PKR dan DAP ataupun Pakatan Rakyat (PR). Namun pada pilihanraya lepas PR telah tewas kepada Barisan Nasional (BN). 

Beliau telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) pada 16 Julai 2008 yang membawa gelaran "Datuk Seri". Anugerah ini di anugerah oleh Yang Teramat Mulia Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Anak Bukit 

Tan Sri Dato Seri Azizan mempunyai 14 orang anak melalui dua perkahwinan, beliau adalah graduan lulusan Unversiti Al-Azhar dan University Of Kent. Pernah mengetuai Jabatan Undang-Undang Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebagai seorang ilmuan Tan Sri Azizan boleh bertutur 3 bahasa, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Arab.

Karier Politik 

2013: Kedah DUN - Sungai Lima

  • Azizan Abdul Razak (PAS) 13,294
  • Mohd Fazillah Mohd Ali (BN) 10,520
  • Sobri Ahmad (BEBAS) 100
  • Abdullah Hashim (BEBAS) 84

2008: Kedah DUN - Sungai Limau

  • Azizan Abdul Razak (PAS) 12,028
  • Basorri Abu Hassan (BN) 8,816

2004: Kedah - Sungai Limau

  • Azizan Abdul Razak (PAS) 10,882
  • Suhaimi Abdullah (BN) 9,802

Ini bermakna kita akan menghadapi pilihanraya kecil di dalam masa terdekat.

Al-Fatihah semoga Allah mencucuri Rahmat-Nya ke atas roh Tan Sri Azizan Abdul Razak, dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

Saturday, September 7, 2013

Dua Puluh Sen Naik Kecoh Satu Malaya



Di Facebook kalau di Timeline saya sendiri, status yang dipos adalah 99.9% berunsur marah, geram dan kecewa. Termasuk status yang di share dari Timeline tokoh-tokoh yang berkarisma. Ala hanya 20 sen.. apahal nak kecoh-kecoh. Itu hujah orang yang tak pandai Ilmu Hisab atau Matematik atau saja-saja buat tak pandai kerana mungkin dia adalah tokeh stesen petrol. 

Rakyat marah dan geram kerana Malaysia adalah negara OIC, iaitu negara pengeluar petroliam. Petronas saban tahun mengistiharkan keuntungan berpuluh billon ringgit setahun, tetapi manfaatnya kepada rakyat hanyalah dibebani oleh kenaikkan harga petrol, alasannya mudah iaitu harga petrol dunia telah naik, orang tidak sekolah tinggi pun merasa pelik dengan kenyataan tersebut.. apa kejadahnya sebagai pengeluar petroliam tetapi harga petrol mengikut harga dunia, Petronas untung besar tetapi harga petrol di Malaysia adalah yang ke 8 termurah di dunia jika di bandingkan dengan Singapura dan Thailand yang tidak ada telaga minyak?

Harga RON95 dan Diesel masing-masing naik 20 sen, diikuti oleh RON97 yang naik 15 sen secara senyap-senyap selepas itu.

Secara terus terang saya bukan benci kerajaan tetapi meluat dengan jawapan-jawapan yang tidak berilmiah, agak sombong dan tidak berfikir seperti slogan "Rakyat Didahulukan" dari segelintir menteri kabinet. Pada pandangan saya yang daif ini, ianya bukan berpunca dari BN atau UMNO tetapi ianya terjadi kerana kelemahan individu yang mengurus dana kewangan negara. Kenapa ianya bukan salah BN dan UMNO? Kalau saya salah tolong betulkan, kalau anda berpeluang membaca perlembagaan UMNO atau BN, ianya boleh dikatakan 100% adalah bertujuan menjaga kebajikan rakyat, tidak ada satu pun perenggan yang mengatakan rakyat perlu dizalimi. Jadi jika di tunding kepada UMNO atau BN ianya tidak tepat, tetapi seharusnya kepada individu yang mengurus organisasi tersebut.

Apa Alasanya dan Impak Kepada Rakyat

PM berkata ianya untuk mengukuhkan ekonomi dan hanya 20 sen sahaja dinaikkan selepas 2 tahun tidak dinaikkan. Impak kepada rakyat sangat kecil kata menteri KPNDKK iaitu hanya 0.01% dan tidak akan membebankan rakyat. Ada yang sangat cerdik pula berkata dulu subsidi 83 sen dipotong 20 sen .. mana ada kenaikkannya .. hanya subsidi sahaja yang dipotong. Kenyataan di media sosial oleh seorang pemberita TV3 yang sangat cerdik seperti Pak Pandir berkata-kata. Agak-agaknya apa komen si badut TV3 ini, mengenai duit rakyat yang berjumlah RM250 juta untuk menternak lembu tetapi digunakan untuk membeli kondo?

20 Sen Apa Akibatnya?

20 sen pada zaman saya kecik-kecik dulu pada akhir tahun 70an , amat bernilai bagi kanak-kanak sekolah kerana saya boleh beli 4 jenis makanan dan minuman. 1 pinggan nasi lemak atau mee goreng berharga 1 sen setiap satu. Tengah hari time tunggu bas boleh beli ais kepal yang berharga 5 sen dan baki 5 sen untuk tambang bas untuk pulang ke rumah.

Kini 20 sen hanya untuk 1 atau 2 biji gula-gula, tetapi berbeza bagi petrol kerana rata-rata dari kita yang mengisi petrol bukan hanya 1 liter tetapi sekurang-kurangnya 20-40 liter mengikut kapasiti engine kereta masing-masing. Contohnya saya sendiri mengisi petrol sekurang-kurangnya 40 liter sekali isi dan saya perlu mengisi semula selepas 3-4 hari selepas itu. Ha!! lihatlah implikasi 20 sen itu .. perkiraan mudahnya begini, dulu harga petrol seliter RM1.90 x 40 liter = RM76 tapi kini RM2,10 x 40 liter = RM84. Perbezaannya RM8. Nampak sikit kan... ok saya akan isi selepas 3 hari, ini bermakna dalam sebulan saya akan isi sebanyak 6 kali. 6 kali isi x 8 = RM48. Kalau nak tambah parah mari kita darab 12 bulan x RM48 = RM576!!! dan paling malang saya tidak layak untuk memohon BR1M, kalau layak pun, saya mungkin tidak akan mendapatnya kerana saya bukan geng orang UMNO walaupun saya ahli UMNO.

PM Kata Kenaikan Demi Ekonomi Negara.

PM umumkan kenaikan harga RON95 dan berjanji akan memberi BR1M yang mungkin lebih dari RM500. Belanjawan tahun 2014 akan diumumkan didalam masa terdekat ini. Tiba-tiba terdengar pula ura-ura akan ada pemansuhan cukai jalan bagi kenderaan 2000 cc kebawah. Dari pandangan orang yang tak mau mengira atau tidak suka membaca, mereka akan melonjak-lonjak gembira kerana kerajaan amat perihatin dengan masalah rakyat. Berbeza dengan orang yang rajin mengira dan membaca. Motif naikkan harga petrol 20 sen untuk kawal ekonomi tetapi kenapa perlu belanja untuk BR1M? Kenapa perlu mansuh cukai jalan tidak kah itu juga wang bagi pendapatan kerajaan? 

20 Sen dan Impak Berantainya

Kenapa para bijak pandai tidak bersetuju harga petrol dinaikkan? Kenaikkan harga petrol akan mengakibatkan rantaian kenaikkan harga barang dan perkhidmatan. Ini bermakna jika tadi saya telah kerugian RM576 setahun akibat kenaikkan 20 sen RON95 maka saya akan kerugian lebih lagi dari kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan. 

Secara mudahnya jika saya gaji saya RM3000 sebulan, ini bermakna nilai gaji saya sekarang sudah susut ke RM1500 atau lebih rendah, tambahan pula saya tinggal di Lembah Kelang yang semuanya serba mahal. Walaupun jika saya layak terima BR1M RM500, ianya hanya sekali sahaja didalam setahun dan jika cukai jalan kereta saya ialah RM100, itu pun hanya sekali setahun, adakah wang-wang itu mampu menampung pengecutan wang pendapatan saya itu? Cuba bayangkan jika pendapatan hanya RM3000 dan perlu menampung isteri dan anak-anak yang ramai... adakah PM dan menteri KPNDKK mengkaji semua ini. Sudahlah duit zakat pun tidak sampai ke sasaran walaupun kutipan berpuluh juta setiap tahun, jika duit zakat diagih secara telus, saya amat pasti ianya lebih baik dari BR1M.

20 sen nampak kecil tetapi impaknya sangat tinggi kepada rakyat marhaen yang mengundi para pemimpin tertinggi negara sekarang. Ia merupakan kegagalan pengurusan mengurus tadbir kewangan tetapi kesalahan itu dihempap ke kepala rakyat..... Jika demi mengukuhkan ekonomi Malaysia pun, masih terdapat pelbagai cara lain yang boleh dilaksanakan. Tetapi mengapa perlu "mengusik" harga komoditi yang mempunyai rantaian "penyakitnya".

Monday, July 29, 2013

Iftar Bersama Ahli Kelab Pemilik Innova Malaysia (KPIM) 28/07/13


Tahniah kepada yang berusaha menjayakan MAJLIS IFTAR KPIM, anda semua terbaekkk!!

Alhamdulillah segala perancangan oleh orang-orang kuat KPIM telah berjaya membuahkan hasil dengan penyertaan seramai 30 buah Toyota Innova berkonvoi megah dari Masjid Sungai Besi ke Restoran Nelayan Titiwangsa, Gombak.






Isteri saya yang bersemangat join konvoi ini dengan tanda peace 


Barisan konvoi yang dianggar sepanjang 1 kilometer 

Oleh kerana Mesyuarat Agong yang sepatutnya dibuat pada April tidak kesampaian, maka YDP dan AJK telah bersetuju untuk bermesyuarat, membubarkan semua jawatan lama dan melantik jawatan-jawatan baru selepas beriftar. Kira 3 in 1 lah kan , iftar, bersilaratulrahim dan bermesyuarat. 

Tahniah kepada yang dilantik dan di lantik semula. Orang-orang kuat KPIM yang dilantik semula YDP Encik Rahim Ghazali, TYDP Encik Salihin Mulkan dan Mohd Herda Fiza Setiausaha KPIM yang baru. AJK yang baru saya belum pasti sebab kena lari balik awal ..ye lah saya ke majlis iftar bertaraf "bujang" hehehe...


YDP Kelab Pemilik Innova Malaysia (KPIM) yang 
telah dilantik semula Encik Rahim Ghazali (tengah)

AGM yang diadakan secara spontan yang dipengerusikan oleh YDP Encik Rahim Ghazali 





 Antara juadah iftar



Jika anda ingin menjadi ahli keluarga KPIM jom join FACEBOOK KPIM

Sunday, July 14, 2013

Toyota Innova Lowered VS Tonggek


Antara geng Innova tonggek Abe Zek (sebelah YDP IT)  dan Abe Fidz (baju belang) (YDP Innova tonggek (IT) hehehe jangan marah yer)

Sekadar suka-suka di Kelab Pemilik Innova Malaysia (KPIM) sesama geng-geng kerap "rachon-merachon" kepada geng-geng yang masih setia dengan spec ori Toyota Innova yang ori iaitu "tonggek". Bagi yang termakan rachon, sudah pasti akan ke bengkel dan "melowered" Innova masing-masing termasuk menukar "kasut sukan"nya sekali ke saiz yang lebih sporty seperti ke saiz 17, 18 malah ke 22 inci... kalau 22 inci sudah tentu lowered habis tetapi tak boleh sumbat ramai penumpanglah hehehe..

Timbalan YDP Encik Salihin (baju hitam) dan Encik Suhaimi

Layan ...Nak lihat Innova lowered vs tonggek KLIK SINI , kalau nak lihat aktiviti KPIM seperti konvoi SILA KLIK SINI

Kaki rachon tersohor di KPIM ialah SU nya sendiri Encik Farees Othman dan YDPnya Encik Rahim Ghazali. Secara peribadi saya adalah salah seorang yang termakan rachon berbisa kedua-dua orang kuat KPIM ini dan saya adalah geng Innova lowered serta berkasut sukan 17 inici dan tayar Yokohama DB dari Japan.. rabak hampir 5k bro hehehe tapi takpe puashati lah bila lowered terasa seperti orang muda lak.... Encik Farees Othman disebelah kiri (pakai spek) dan YD Rahim Ghazali yang bermisai macho untuk makluman anda....


Innova tonggek tak best ke? Mana boleh tak best kalau Toyota Innova tonggek ataupun lowered sudah semestinya best. Kedua-dua versi mempunyai kelebihannya, kalau tak percaya jom join KELAB PEMILIK INNOVA MALAYSIA.

Jangan marah yer catatan ni hanya untuk suka-suka jer ok ... HIDUP KPIM!!!!


Friday, June 28, 2013

Pilihanraya Kecil Kuala Besut, Masa Untuk Bercakar?



Bahang PRU13 baru mula nak sejuk, ... tup tup kita nak kena layan lagi satu episod pilihanraya kecil la pulak di DUN Kuala Besut di Terengganu.  Kematian Dr A Rahman Mokhtar yang mewakili BN baru-baru ini memaksa situasi kembali panas kerana pecahan kerusi di DUN Terengganu adalah sangat tipis, sebelum ini BN mempunyai 17 kerusi dan Pakatan Rakyat 15 kerusi. 

Kini kerusi BN menyusut kepada 16 kerusi dan Pakatan Rakyat kekal 15 kerusi, kalau nak dijadikan cerita ....Pakatan Rakyat menang .. maka situasi "seri" tidak dapat tidak mesti diterima oleh MB Terengganu yang baru-baru ini telah mem "punish" pengundi yang tidak memangkah BN dengan kenyataan yang dianggap oleh penganalisa politik sebagai tidak cerdik dan tidak melambangkan kecerdikan seorang pemimpin tertinggi di Terengganu, atau mungkin PR akan berkuasa di Ganu Kiter?

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu YB Dr Alias Razak menyifatkan kenyataan Adun Kijal Dato' Seri Ahmad Said yang tidak mahu melaksanakan pembinaan rumah mampu milik di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dimenangi oleh pembangkang sebagai 'tidak masuk akal'.

Secara kasarnya MB Terengganu, telah "mendera" pengundi BN yang telah memangkah BN pada PRU13 di kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Hermm mungkinkah pengundi BN akan berkecik hati dengan kenyataan MB dan berpaling tadah menyokong PR? Jentera BN akan mengguna segala kekuatan yang ada itu sudah pasti ... namun terpaksa membayar dengan harga yang amat tinggi dengan kenyataan yang telah MB Terengganu ucapkan dengan tersebarnya video ucapan tersebut di Youtube dan baru-baru ini membekukan penghantaran Pelajar ke Universiti Al-Azhar dengan alasan  kursus di universiti yang berumur ratusan tahun itu tidak "sesuai".

Kemungkinan pilihanraya kecil akan di adakan pada bulan Syawal ini,dan rasanya Syawal ini Masa Untuk Bercakar akan kembali ...tunggu.... 

Tuesday, June 18, 2013

TERBONGKAR Cara Mudah Nak Beli Rumah


Gambar kredit kepada beritasemasa.com

Ada yang berpendapat , kalau nak beli rumah kena kerja dengan gomen atau kerja dengan syarikat besar seperti Petronas ke atau TNB ke..tapi percaya tak kalau saya katakan jika korang sorang penjual nasi lemak di gerai tepi jalan pun boleh membeli rumah yang berharga 300k-1M. 

Mesti korang kata saya temberang, ini bukan kes submit borang pinjaman dan kasi bank itu "blackout" hehe ..ops itu term politik, tengah kepoh sekarang Blackout 505. Saya dah bertemu dengan ramai pegawai bank yang memproses pinjaman untuk membeli rumah semua jawapan dorang sama je ...

Ok meh saya bongkarkan rahsianya... 1st step mestilah kena ada 10% duit cash, contoh kalau rumah idaman korang berharga RM350K , jadi 10% deposit mestilah RM35k, 

2nd step dah ada duit 10% , kene stanby duit untuk lawyer dan etc , stanby la RM10k lagi..duit ni tak semestinya habis semua tapi stanby je la untuk kos-kos yang tidak nampak.

3rd step, duit dah ada, maka pergilah ke pejabat pemaju kalau nak beli rumah baru atau pergilah deal dengan owner rumah jika nak beli rumah 2nd hand. Dulu-dulu 3-5 tahun lepas duit booking kalau RM500 dah boleh tapi sekarang minima dah cecah RM5k. Selebihnya bayar baki bagi cukup 10% kepada pemaju atau owner sewaktu nak sign S & P. 

Pemaju atau owner biasanya akan beri anda masa 2 minggu untuk mencari lawyer. Lawyer akan sediakan S & P (surat perjanjian). Tapi hati-hati bila memilih lawyer kerana bukan semua lawyer yang reti buat kerja jual beli rumah. Saya dah terkena sampai burn 1/2 duit deposit sebab lawyer tak reti buat kerja. Tips memilih lawyer tanyalah bank , atau saudara atau kawan-kawan yang pernah beli jual rumah. Jika lawyer itu cekap semua urusan akan lancar.

4th step, bila dah bayar booking, sewaktu menunggu lawyer siapkan S & P, korang dah boleh pergi jumpa bank-bank untuk memohon pinjaman 90% lagi. Bank pun korang kena pilih, contohnya jangan pilih Maybank, sebab Maybank sangat cerewet dan suka underating pembeli, ini hasil dari pengalaman saya sendiri. Buat masa ni CIMB boleh bagi double thumb up, para pegawai CIMB agak mesra dan suka membantu para pelanggan, begitu juga RHB dan Public Bank. Malangnya bank berstatus Islam agak sukar untuk memberi pinjaman walaupun kita nak sangat buat pinjaman secara Islamic ... misteri sungguh.

So sewaktu dok tanya-tanya kelayakkan korang sama ada boleh lulus atau tidak, ..sampai lah part RAHSIA TERBONGKAR cara mudah nak beli rumah... terutama kepada usahawan  .. Pegawai bank akan belek-belek bank statement, akaun syarikat dan jeng jeng.... "encik declare income tax tak?", rata-rata para usahawan akan jawab "belum la encik"... maka harapan anda untuk mendapat kelulusan adalah tipis, kalau bank bagi pinjaman pun , had pinjaman hanya mungkin 70-80% ... parah la juga kan nak top up jumlah 10% yang terkurang..contoh seperti di atas jika harga rumah RM350K ... jika 10% korang bayar RM35k tapi kalau lulus 80% jer maka korang kene bayar RM70K ...phiewwww parahkan hehe..

Kenapa gitu ek? Jawapan pegawai bank ialah LHDN akan warning bank kenapa luluskan pinjaman sedangkan pihak bank tahu yang kita ada duit tapi tak bayar income tax... haduiii sakit je hati bila dengarkan hehe tapi itulah RAHSIANYA... jika korang declare income tax pegawai bank akan luluskan dengan mudahnya jika nama korang clear dan cantik dalam CCRIS Bank Negara Malaysia.

So janganlah malu-malu, pergilah declare income tax di LHDN ok hehehe... tq yer kerana sudi luangkan masa catatan saya yang tak seberapa ni ......

Sunday, June 9, 2013

Pelaburan Hartanah Lebih Power Dari Pelaburan Emas


Harap maaf apartment ini sudah dijual ... dengan harga RM155,000. Tak sampai satu minggu saya meletak banner di apartment tersebut, ianya sudah disambar orang. Walaupun menunggu selama lebih kurang 9 tahun saya amat berpuas hati dengan jumlah keuntungan hasil jualan apartment ini.

Saya menyeru kepada semua terutama orang Melayu, belilah hartanah kerana ia lebih menguntungkan dari pelaburan emas. Jika korang melabur didalam bentuk emas dan perak, korang tak boleh generate passive income seperti menyewakan emas tersebut. Rumah atau apartment boleh menambah simpanan korang pada setiap bulan. Hasil dari pengalaman saya sendiri telah melabur didalam emas ..adeshh bila harga turun nak jual pun tak boleh, begitu juga sekiranya harga emas naik. Untuk mendapat keuntungan besar dari emas kita perlu tunggu sekurang-kurangnya lebih dari 10 tahun. Berbeza dengan hartanah seperti rumah,  mana ada harga rumah turun dan korang boleh menjana passive income pula ... kecualilah terjadinya kejadian tanah runtuh ke ... atau ada kes bunuh yang berlaku di dalam rumah korang seperti kes Mona Fendi. 

Lagi bagus korang mula dari umur yang muda kerana bank lebih suka orang muda berbanding orang tua seperti saya ini...



Sebagai pelabur di dalam hartanah saya bermula se awal tahun 1990an, membeli dan menjual adalah perkara biasa. Kadang-kadang beli dan flipping untuk mendapat keuntungan segera biasanya untuk hartanah yang dilelong. Ada yang saya "buy and hold", bila tiba masa yang sesuai saya akan menjual hartanah tersebut dengan keuntungan yang setimpalnya.

Salah satu hartanah yang saya buy and hold selama 8-9 tahun ialah apartment di Taman Sutera Kajang. Apartment ini saya beli pada tahun 2004. Sudah tiba masanya saya menjual hartanah ini untuk mendapatkan hartanah yang lebih tinggi nilainya. Kemungkinan untuk saya buy and reside kalau sesuai dengan keluarga dan jiwa saya serasi di kawasan tersebut.


Korang boleh bermula dengan hartanah yang murah-murah, jika duit simpanan korang tak banyak sangatlah kan.. start dengan apartment kos murah yang berharga sekitar seunit RM45 - 75,000. Kalau masih tinggal dengan parent, korang buy and hold dulu. Sewakan untuk mendapat passive income. Orang muda akan membayar ansuran bulanan lebih murah kerana jangkawaktu pembayaran lebih panjang berbanding orang yang lebih berumur. Ada bank yang membenarkan tempoh ansuran sehingga korang berumur 70 tahun. 



kalau ada lebihan RM200-300 selepas ditolak bayaran bulanan itu sudah dikira sebagai keuntungan. Jika korang sudah ada gaji tetap, duit lebihan tersebut janganlah dibelanja tetapi simpanlah di dalam Tabung Haji. Jika lebihan RM200, ini bermakna korang sudah boleh mengumpul RM2,400 setahun. Bayangkan kalaulah korang mampu menambah hartanah di dalam tempoh tersebut, sedar tak sedar korang mungkin sudah bergelar jutawan pada nilaian harta korang.. percaya ke tidak? Cuma korang tak boleh menjadi jutawan di dalam 1 - 2 bulan seperti pelaburan skim cepat kaya atau piramid yang "to good to be true" kesahihannya.



Jika di hold selama 5 tahun korang sudah boleh mengumpul RM12,000. Biasanya Tabung Haji akan memberi 5-7% dividen, ini bermakna korang akan mendapat keuntungan contohnya 5-7% dividen mengikut jumlah simpanan korang. Simpanan ini juga akan menambah kekuatan character  korang bila memohon pinjaman perumahan yang seterusnya. Bank mempunyai istilah "Character Loan" di mana bank akan menilai peminjam tersebut seperti kelulusan sijil hingga PhD. Jika korang ada PhD lagi besarlah character korang, ditambah dengan simpanan tunai yang banyak  lagi mudahlah loan diluluskan. Selain dari itu jangan lupa bayar zakat dan cukai peribadi, hutang-hutang hendaklah dibayar mengikut waktu kerana semua ini dinilai oleh pihak bank. 

Selepas 5 tahun korang boleh memilih untuk terus hold atau jual, kerana pada kebiasaannya harga hartanah tersebut sudah naik sebanyak 100% atau lebih jika dibantu oleh pembangunan disekitarnya, seperti kemudahan awam, sekolah, masjid dan lain-lain. Bagi saya melabur di dalam hartanah adalah lebih "power" keuntungannya dari melabur emas.

Selepas ini saya akan bercerita mengenai cara-cara membeli hartanah lelong dan flipping.. Assalamualaikum & Selamat Malam.



Kenapa Harga Rumah Semakin Naik?



Pada sekitar 2007 saya telah membeli rumah yang berkeluasan 20x65 di Taman Impian Putra, Bangi Lama dengan harga RM163,000, tetapi selepas membayar deposit saya terpaksa batalkan kerana ingin membeli rumah yang sama keluasan di Bandar Baru Bangi dengan harga RM183,000. Perbezaan kedua hartanah ini lebih kurang RM20,000 hanya kerana di Bandar Baru Bangi rumahnya sudah siap dan terdapat sekolah rendah dan menengah dikawasan berhampiran. Sedangkan di Bangi Lama rumah masih didalam pembinaan dan tidak ada satu pun sekolah menengah. Pelik tapi benar di kawasan Bangi Lama hanya terdapat satu sekolah rendah dan tidak ada satu pun sekolah menengah setelah lebih 50 tahun merdeka, sehingga kini sekolah menengah hanya dibina di Bandar Seri Putra yang jaraknya 5km.  

Rumah saya di Gombak berkeluasan 20x65 pada harga asal RM55,000 di beli pada 1990 kini berharga RM390-450,000 dan 
Apartment di Kajang yang dibeli pada 2004 pada harga RM75,000 kini telah berharga RM160,000 yang berkeluasan 791 kaki persegi. 
Rumah saya di Bangi Lama yang dibeli pada harga RM169,000 kini telah berharga RM320-360,000. Peningkatan harga rumah yang mendadak ini amat menguntungkan jika kita melabur membeli hartanah pada usia yang muda.

Namun niat saya terhalang untuk memiliki rumah di Bandar Baru Bangi kerana pemilik rumah tersebut mengalami meroyan selepas lawyer saya membuat permohonan untuk mengetahui baki terkini rumahnya. Maka secara tiba-tiba saya kehilangan separuh wang deposit saya, itu pun selepas saya fight hak saya kerana pembatalan pembelian dibuat oleh pemilik rumah tersebut. Kalau tidak burn semua duit saya. Pelikkan .. 

Selepas itu saya kembali ke projek rumah di Bangi Lama yang sudah masuk ke progress 20% pembinaannya. Wang deposit saya masih ada cuma harga rumah sudah naik kepada RM169,000 (naik RM6,000). Ok lah tu reasonable la kan ..dulu hanya tanah kosong tetapi kini sudah ada frame concrete.. at least saya sudah boleh bermimpi untuk memiliki rumah sendiri yang baru...

Pada waktu itu harga petrol sudah dinaikkan dengan mendadak oleh PM pada masa itu Tun Abdullah Badawi. Harga barang binaan pun turut naik seperti besi, kayu dan lain-lain tetapi harga simen dikawal oleh kerajaan dengan menetapkan harga siling. Mujurlah saya sudah sign S&P sebelum itu, maka harga rumah saya masih kekal pada harga tersebut. Selepas itu kecoh di akhbar-akhbar bahawa bekalan simen terjejas atau berkurangan. Pengeluar simen mula bermain "sekejab ada sekejab tak ada" macam iklan biskut tu... Hati saya mula risau boleh ke siap rumah aku ni???....

Maka mulalah episod di mana harga rumah melonjak naik bila pada 5 Jun 2008 Pak Lah mengumumkan "HARGA SILING SIMEN DIMANSUHKAN". Ini bermakna harga simen sudah tidak lagi dikawal oleh kerajaan. Maka tersenyum lebarlah semua pengilang simen, dari RM14 harga simen mula naik sehingga RM17.75 pada Ogos 2012. bakal pembeli rumah pula, mula tidak tidur lena bila harga rumah dengan keluasan 20x65 yang baru dilancarkan sudah mencecah lebih RM200 - 250,000 (pada sekitar 2008-2009). 

Terkini pada tahun 2013, selepas 3-5 tahun selepas harga siling simen dimansuhkan. Harga rumah sudah melonjak naik lebih 100%. Harga rumah yang berharga RM170,000 pada 2007-2008 telah meningkat kepada RM320-390,000 pada 2013. Nampaknya semakin sukarlah pembeli rumah untuk membeli rumah yang lebih selesa untuk keluarga. Terutama bagi yang berpendapatan rendah dan sederhana ditambah dengan kekangan ketat oleh bank-bank yang memberi pinjaman... walaupun mampu mengeluarkan wang 10% deposit untuk membeli rumah tetapi ia belum terjamin untuk korang sudah boleh beli rumah. Bank-bank akan meminta pelbagai dokumen untuk menyaring permohonan korang. Kalau korang bekerja dengan syarikat-syarikat besar, korang ada bonus untuk dipermudahkan kelulusan tetapi jika sebaliknya atau korang sorang peniaga maka harapan mungkin tinggal harapan atau kalau diluluskan pun hanya 80-85% sahaja dibiayai oleh bank dan selebihnya korang kena korek sendirilah!!.

Secara amnya saya berpendapat harga rumah naik memang bagus untuk pelabur tetapi bagi pembeli rumah pertama ia adalah bencana. Sifat tamak oleh segelintir manusia telah menjerumuskan kepada konflik yang paling serius iaitu memiliki rumah sendiri. Jika mampu pun untuk membeli rumah, lokasi rumah dan tempat kerja adalah tidak munasabah seperti korang beli rumah di Seremban tetapi bekerja di Gombak... dah la pengangkutan awam kita masih di tahap dunia ketiga.. kita masih dilabel negara dunia ketiga ke ?? 





Monday, May 27, 2013

Rahsia Bagaimana Orang China Menjadi Kaya Terbongkar!!

 
 
Rahsia Orang China Menjadi Kaya Telah Terbongkar!!!

Rahsia ini amat rahsia hehehe sampai saya terpaksa menjadi spy tak bergaji.. saya berjaya mengorek rahsia mereka tanpa mereka sedari Percaya atau tidak, amalan perniagaan dorang ni meniru gaya Nabi Muhammad saw & sahabat.. kita sebagai orang Islam & Melayu hanya amalkan phD..maaf yer

OK rahsianya ; Orang China mempraktik 3B - Bincang -->Berpakat--->Borong, kita selalu hairan mengapa barang-barang di kedai China lebih murah dari kedai orang Melayu. Contohnya semalam saya membeli acuan buat kek "Made in China" di kedai Melayu berharga RM26.90 ... alih-alih tak cukup , saya singgah beli di kedai China. Beli barang yang sama TETAPI hanya berharga RM13.50!!!

Apakah rahsia dorang? Mudah aje ..let say si Ah Meng nak borong barang di Negara China , dia ingin borong acuan buat kek la contohnya. Ah Meng hanya ada RM10k .. dengan modal RM10K Ah Meng hanya dapat 5,000 unit pada harga beli RM9 se unit .. tapi Ah Meng guna 3B, cari geng BINCANG!! sekurang-kurang 9 orang lagi yg berminat untuk jual acuan kek dan 9 orang lagi akan keluarkan modal 10K setiap sorang...skrg sudah jadi 100K!!! modal ... bila ada 100K BERPAKAT ke China dan BORONG.. dengan 100K mereka dapat 50,000 unit pada harga jauh lebih murah dari sebelum ini iaitu RM3.50 se unit. 
Jadi tidak hairan lah barang di kedai China lebih murah dari kedai kita... Bukan salah sesiapa jika kedai orang Melayu lebih mahal dan tidak kompetitif berbanding kedai orang China..salah kita orang Melayu sendiri. Saya pasti penjual di negara China, Vietnam atau Indonesia pasti akan memberi harga yang murah, tak kira bangsa China atau Melayu jika kita membeli di dalam kuantiti yang besar.
Malangnya 3B tidak ada pada orang Melayu .. malah bila kita terjumpa sesama Melayu di luar negara terutama tempat memborong seperti di China, Vietnam dan Indonesia ... bila terserempak orang-orang Melayu pemborong akan buat-buat tak nampak je!! ... mungkin mereka takut pecah lubang mana dia dapat barang..nak kaya sorang...hermm jika kita orang Melayu boleh buang perasaan PhD...rasanya kita boleh compete harga dengan orang China .... Orang Melayu dan Islam nampaknya tidak yakin dengan janji Allah .. bahawa rezeki masing-masing sudah tertulis dan hanya Allah yang tahu.
Berlainan dengan orang China mereka lebih mempercayai rezeki Allah itu sudah tertulis, tak perlu sembunyi-sembunyi. Mereka berpakat dan akan berbangga jika kawan-kawan mereka juga menjadi seorang jutawan... yang peliknya kebanyakkan dari mereka bukanlah orang Islam.

Friday, May 24, 2013

PRU13 - Berpolitk Jangan Sampai Jadi Macai..




Paling terkejut bila kawan satu kelas di sekolah menengah memaki hamun saya dengan perkataan yang penuh keji. Dia akan menyelit di setiap pos saya di fb .. dan akan maki saya kerana mengatakan pos saya berunsur politik walaupun saya pos "aduss penatnya memandu ...kl jem teruk sampai bilakah begini?" .. cuba bayangkan pos yang macam ni pun ditafsir sebagai politik... saya membalas dengan ringkas "aku menyesal kenal ko ... kerana tak sangka ko macai paling hina pernah aku jumpa!!" Lepas saya reply .. saya unfriend dia di FB.. tak mengapa hilang kawan begitu.. kawan yang terlalu rendah mentalitinya kan...

Sebelum itu kawan saya ni memang aktif pos di FB .. paling dia suka pos ialah menghentam peribadi pemimpin pembangkang, berserta "kununnya" video seks sebagai bukti. Saya sering memberi komen secara kawan-kawan dan mengguna bahasa paling hormat untuk menegur sikap beliau. Saya khuatir dan malu jika anak-anak saya terbaca pos-pos lucah tersebut. Bermula dari situ dia sudah "declare war" terhadap saya ... perghhh!!.. siap ajak geng maki saya.. tetapi mujurlah saya bukan jenis cepat melatah..saya gelak-gelakkan ajer.... kerana saya sangka mereka pun bergurau-gurau ajer , tetapi bila dah hari-hari "attack" saya .. eloklah dia dan geng dia di "unfriend" kan aje.

Saya bukan ahli politik dan tidak ada parti politik pun, cuma saya inginkan perubahan, negara yang bebas rasuah dan jika rakyat teraniya ada individu atau organisasi bebas yang mampu membela nasib rakyat, negara yang lebih maju dengan pentadbiran yang lebih cekap dan Malaysia yang aman damai tanpa persengketaan kaum... itu sahaja yang saya inginkan tetapi ramai yang tafsirkan saya pro PR... 

Nak berpolitik silakan tak ada siapa yang melarang, tetapi janganlah sampai jadi macai.. cuba lihat petikan dari blog ini , maksud macai;

Walaupun maksud "Macai" (馬仔) itu secara terjemahan terus boleh lah dimaksudkan 'budak yang diperkudakan', namun perkataan ini tidak wujud dalam kamus bahasa Cina di Tanah Besar China dan ia merupakan perkataan yang lahir di Tanah Melayu. Ia juga merupakan hasil kependekan kepada "Malaicai" yang disebut dengan bunyi "Macai".

Kredit - http://ipohmalay.blogspot.com/2013/04/asal-usul-perkataan-macai.html

So ... nak berpolitik silakan tapi janganlah jadi macai...  Wasalam 



 

Friday, March 8, 2013

PRU13 - Pemimpin Berasal Dari Rakyat Marhein adalah Pilihan Rakyat




 Di Malaysia dan beberapa Negara di dunia,  akan menjadi tradisi untuk memilih pemimpin dari keturunan yang memimpin sebelumnya.  Jika ayahnya adalah ahli politik terkenal maka anak-anak malah cucu-cucu mereka pun akan mewarisi populariti ayah dan datuk mereka jika mencebur diri di dalam politik. Mereka akan diangkat menjadi pemimpin negeri ataupun negara kerana mereka “berbinkan” ayah dan keturunan datuk mereka yang terkenal. Anak-anak dan cucu pemimpin ini akan membesar sebagai golongan bangsawan yang akan hidup dengan gaya mewah dan bergaya. Mereka ini seperti pepatah English; “born with a silver spoon in mouth” , semuanya sudah tersedia dan hanya perlu disuapkan sahaja. 

Adakah anak dan cucu bangsawan ini memahami masalah rakyat marhaen? Sudah tentu tidak kerana mereka tidak akan bergaul dengan rakyat biasa seperti yang digarapkan didalam filem Tan Sri P.Ramlee, iaitu “Di Antara Dua Darjat”. Segala aktiviti rakyat biasa adalah aktiviti remeh dan leceh bagi mereka, golongan bangsawan hanya akan mengarahkan kuli-kuli untuk melakukan segala kerja dan memenuhi segala keperluan mereka.

Perbandingan jelas di hadapan mata,  kualiti pemimpin dari akar umbi rakyat akan berjaya mentadbir negara dengan sukses dan maju, rakyat akan bersama-sama merasa nikmat pembangunan dan limpahan ekonomi yang dijanakan dan yang paling penting pemimpin berasal dari rakyat biasa akan dapat memenuhi keperluan rakyat marhaen atau golongan rakyat jelata. 

Tepuk dada dan pangkahlah kertas undi dengan bijaksana. Kuasa memilih di tangan kita. Jika masih ingin kekalkan tradisi silakan tetapi teruskanlah dengan gaya kepimpinan orang-orang bangsawan atau ingin berhijrah kepada gaya pemimpin yang berasal dari golongan marhaen,  yang telah terbukti berjaya sebelum ini. 

Salam ceria …. Salam PRU13