Tuesday, June 18, 2013

TERBONGKAR Cara Mudah Nak Beli Rumah


Gambar kredit kepada beritasemasa.com

Ada yang berpendapat , kalau nak beli rumah kena kerja dengan gomen atau kerja dengan syarikat besar seperti Petronas ke atau TNB ke..tapi percaya tak kalau saya katakan jika korang sorang penjual nasi lemak di gerai tepi jalan pun boleh membeli rumah yang berharga 300k-1M. 

Mesti korang kata saya temberang, ini bukan kes submit borang pinjaman dan kasi bank itu "blackout" hehe ..ops itu term politik, tengah kepoh sekarang Blackout 505. Saya dah bertemu dengan ramai pegawai bank yang memproses pinjaman untuk membeli rumah semua jawapan dorang sama je ...

Ok meh saya bongkarkan rahsianya... 1st step mestilah kena ada 10% duit cash, contoh kalau rumah idaman korang berharga RM350K , jadi 10% deposit mestilah RM35k, 

2nd step dah ada duit 10% , kene stanby duit untuk lawyer dan etc , stanby la RM10k lagi..duit ni tak semestinya habis semua tapi stanby je la untuk kos-kos yang tidak nampak.

3rd step, duit dah ada, maka pergilah ke pejabat pemaju kalau nak beli rumah baru atau pergilah deal dengan owner rumah jika nak beli rumah 2nd hand. Dulu-dulu 3-5 tahun lepas duit booking kalau RM500 dah boleh tapi sekarang minima dah cecah RM5k. Selebihnya bayar baki bagi cukup 10% kepada pemaju atau owner sewaktu nak sign S & P. 

Pemaju atau owner biasanya akan beri anda masa 2 minggu untuk mencari lawyer. Lawyer akan sediakan S & P (surat perjanjian). Tapi hati-hati bila memilih lawyer kerana bukan semua lawyer yang reti buat kerja jual beli rumah. Saya dah terkena sampai burn 1/2 duit deposit sebab lawyer tak reti buat kerja. Tips memilih lawyer tanyalah bank , atau saudara atau kawan-kawan yang pernah beli jual rumah. Jika lawyer itu cekap semua urusan akan lancar.

4th step, bila dah bayar booking, sewaktu menunggu lawyer siapkan S & P, korang dah boleh pergi jumpa bank-bank untuk memohon pinjaman 90% lagi. Bank pun korang kena pilih, contohnya jangan pilih Maybank, sebab Maybank sangat cerewet dan suka underating pembeli, ini hasil dari pengalaman saya sendiri. Buat masa ni CIMB boleh bagi double thumb up, para pegawai CIMB agak mesra dan suka membantu para pelanggan, begitu juga RHB dan Public Bank. Malangnya bank berstatus Islam agak sukar untuk memberi pinjaman walaupun kita nak sangat buat pinjaman secara Islamic ... misteri sungguh.

So sewaktu dok tanya-tanya kelayakkan korang sama ada boleh lulus atau tidak, ..sampai lah part RAHSIA TERBONGKAR cara mudah nak beli rumah... terutama kepada usahawan  .. Pegawai bank akan belek-belek bank statement, akaun syarikat dan jeng jeng.... "encik declare income tax tak?", rata-rata para usahawan akan jawab "belum la encik"... maka harapan anda untuk mendapat kelulusan adalah tipis, kalau bank bagi pinjaman pun , had pinjaman hanya mungkin 70-80% ... parah la juga kan nak top up jumlah 10% yang terkurang..contoh seperti di atas jika harga rumah RM350K ... jika 10% korang bayar RM35k tapi kalau lulus 80% jer maka korang kene bayar RM70K ...phiewwww parahkan hehe..

Kenapa gitu ek? Jawapan pegawai bank ialah LHDN akan warning bank kenapa luluskan pinjaman sedangkan pihak bank tahu yang kita ada duit tapi tak bayar income tax... haduiii sakit je hati bila dengarkan hehe tapi itulah RAHSIANYA... jika korang declare income tax pegawai bank akan luluskan dengan mudahnya jika nama korang clear dan cantik dalam CCRIS Bank Negara Malaysia.

So janganlah malu-malu, pergilah declare income tax di LHDN ok hehehe... tq yer kerana sudi luangkan masa catatan saya yang tak seberapa ni ......

2 comments: