Sunday, June 9, 2013

Pelaburan Hartanah Lebih Power Dari Pelaburan Emas


Harap maaf apartment ini sudah dijual ... dengan harga RM155,000. Tak sampai satu minggu saya meletak banner di apartment tersebut, ianya sudah disambar orang. Walaupun menunggu selama lebih kurang 9 tahun saya amat berpuas hati dengan jumlah keuntungan hasil jualan apartment ini.

Saya menyeru kepada semua terutama orang Melayu, belilah hartanah kerana ia lebih menguntungkan dari pelaburan emas. Jika korang melabur didalam bentuk emas dan perak, korang tak boleh generate passive income seperti menyewakan emas tersebut. Rumah atau apartment boleh menambah simpanan korang pada setiap bulan. Hasil dari pengalaman saya sendiri telah melabur didalam emas ..adeshh bila harga turun nak jual pun tak boleh, begitu juga sekiranya harga emas naik. Untuk mendapat keuntungan besar dari emas kita perlu tunggu sekurang-kurangnya lebih dari 10 tahun. Berbeza dengan hartanah seperti rumah,  mana ada harga rumah turun dan korang boleh menjana passive income pula ... kecualilah terjadinya kejadian tanah runtuh ke ... atau ada kes bunuh yang berlaku di dalam rumah korang seperti kes Mona Fendi. 

Lagi bagus korang mula dari umur yang muda kerana bank lebih suka orang muda berbanding orang tua seperti saya ini...



Sebagai pelabur di dalam hartanah saya bermula se awal tahun 1990an, membeli dan menjual adalah perkara biasa. Kadang-kadang beli dan flipping untuk mendapat keuntungan segera biasanya untuk hartanah yang dilelong. Ada yang saya "buy and hold", bila tiba masa yang sesuai saya akan menjual hartanah tersebut dengan keuntungan yang setimpalnya.

Salah satu hartanah yang saya buy and hold selama 8-9 tahun ialah apartment di Taman Sutera Kajang. Apartment ini saya beli pada tahun 2004. Sudah tiba masanya saya menjual hartanah ini untuk mendapatkan hartanah yang lebih tinggi nilainya. Kemungkinan untuk saya buy and reside kalau sesuai dengan keluarga dan jiwa saya serasi di kawasan tersebut.


Korang boleh bermula dengan hartanah yang murah-murah, jika duit simpanan korang tak banyak sangatlah kan.. start dengan apartment kos murah yang berharga sekitar seunit RM45 - 75,000. Kalau masih tinggal dengan parent, korang buy and hold dulu. Sewakan untuk mendapat passive income. Orang muda akan membayar ansuran bulanan lebih murah kerana jangkawaktu pembayaran lebih panjang berbanding orang yang lebih berumur. Ada bank yang membenarkan tempoh ansuran sehingga korang berumur 70 tahun. 



kalau ada lebihan RM200-300 selepas ditolak bayaran bulanan itu sudah dikira sebagai keuntungan. Jika korang sudah ada gaji tetap, duit lebihan tersebut janganlah dibelanja tetapi simpanlah di dalam Tabung Haji. Jika lebihan RM200, ini bermakna korang sudah boleh mengumpul RM2,400 setahun. Bayangkan kalaulah korang mampu menambah hartanah di dalam tempoh tersebut, sedar tak sedar korang mungkin sudah bergelar jutawan pada nilaian harta korang.. percaya ke tidak? Cuma korang tak boleh menjadi jutawan di dalam 1 - 2 bulan seperti pelaburan skim cepat kaya atau piramid yang "to good to be true" kesahihannya.



Jika di hold selama 5 tahun korang sudah boleh mengumpul RM12,000. Biasanya Tabung Haji akan memberi 5-7% dividen, ini bermakna korang akan mendapat keuntungan contohnya 5-7% dividen mengikut jumlah simpanan korang. Simpanan ini juga akan menambah kekuatan character  korang bila memohon pinjaman perumahan yang seterusnya. Bank mempunyai istilah "Character Loan" di mana bank akan menilai peminjam tersebut seperti kelulusan sijil hingga PhD. Jika korang ada PhD lagi besarlah character korang, ditambah dengan simpanan tunai yang banyak  lagi mudahlah loan diluluskan. Selain dari itu jangan lupa bayar zakat dan cukai peribadi, hutang-hutang hendaklah dibayar mengikut waktu kerana semua ini dinilai oleh pihak bank. 

Selepas 5 tahun korang boleh memilih untuk terus hold atau jual, kerana pada kebiasaannya harga hartanah tersebut sudah naik sebanyak 100% atau lebih jika dibantu oleh pembangunan disekitarnya, seperti kemudahan awam, sekolah, masjid dan lain-lain. Bagi saya melabur di dalam hartanah adalah lebih "power" keuntungannya dari melabur emas.

Selepas ini saya akan bercerita mengenai cara-cara membeli hartanah lelong dan flipping.. Assalamualaikum & Selamat Malam.



No comments:

Post a Comment