Friday, July 22, 2011

Bila Lelaki Jadi Wanita


Mohd Ashraf Hafiz Abd.Aziz, 25 tahun telah memohon untuk menukar jantina dan nama kepada seorang wanita, iaitu Aleesha Farhana Abd Aziz. Mahkamah telah menolak permohonan beliau. Mujurlah dia tidak berjaya, kalau dia berjaya maka beraturlah kaum pondan untuk menukar jantina dan nama selepas ini. Kacau bilau seluruh sistem kekeluargaan, kehakiman Islam dan Konvensional.

Kenapa Cool kata "mujur"?, secara mudahnya jika Ashraf ini dilahirkan sebagai lelaki sempurna, bukan sebagai khunsa (khunsa dilahirkan dengan 2 alat kelamin, dan cool tidak jumpa fatwa mengenai khunsa), hukum atau undang-undang manakah yang Ashraf hendak guna pakai? Jika dia bersolat di ruangan wanita dan mungkin bersalam-salaman sesama jemaah wanita. Adakah tidak batal wuduk hanya kerana dia sudah membuat pembedahan jantinanya?. Itu baru satu bab kan... hermm. Bagaimana pula jika Ashraf hendak berkahwin? Ashraf sudah melanggar Rukun Nikah iaitu lelaki berkahwin akan berkahwin dengan wanita, sedangkan Ashraf lelaki dan pasangannya nanti juga seorang lelaki?

Rukun-rukun nikah dan syarat-syarat sah nikah.
 
Rukun Nikah :

1.Calon suami (lelaki)
2.Calon isteri (perempuan)
3.Wali
4.Saksi
5.Ijab dan Kabul (akad)

The damage has done!, nak repair alat sulitnya supaya menjadi lelaki semula adalah pada kadar mustahil, jika mengikut hadis ;

Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): “Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki.” (Riwayat al-Bukhari).

-Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata (maksudnya): “Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki”. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih).

Allah Maha Pengampun, jika Ashraf sedar dengan kesilapannya, maka bertaubatlah.Untuk bertaubat Cool rasa dia perlu kembali menjadi lelaki walaupun tanpa alat sulit lelakinya, Cool rasa Allah akan terima taubatnya selagi Ashraf benar-benar insaf akan kesilapannya dan tidak lagi berkeras untuk menjadi seorang wanita. Di mana hasratnya itu adalah mustahil dan songsang. Cool berdoa supaya Ashraf diberikan hidayah oleh Allah SWT...aminn.

Wednesday, July 6, 2011

Nora Danish ..Adui Pendeknya Skirt

 Gambar kredit blog oh-bulan

Mujur la Cool bukan artis, kalau tidak nak lepak kedai mamak nak pekena roti canai pun susah. Tengok la Nora Danish ni aduii seksa kan kalau jadi terkenal. Lagi-lagi la bila pakai skirt pendek tayang peha gebu lagi la cepat tersebar. Heran sungguh artis-artis ni kan, suka bebenor tayang-tayangkan selain tayang muka di TV.

Nurul Seksi (Bekas Isteri Ajai)

Gambar kredit kepada zonartis.com

Kalau tengok pada gambar ni tak la seksi mana pun. Cuma tayang ketiak je kan... tapi kenapa perlu ambil gambar macam ni? Nurul ni kategori dah berumur, bila umur meningkat posing seksi adui sakit mata lak tengok hehehe. Mak Jan lak tu, mesti banyak fitnah akan datang kalau dok posing macam ni. Kalau Nurul rasa lagu dia sedap dan boleh laku, tak perlulah jual guna album cover gambar macam ni kan.... Cool bukan marah tau tapi nasehattt!!!

BERSIH kensel nak demonstrasi!

 
Lega Cool rasa bila terbaca paper hari ni, geng kaler kuning BERSIH dah kensel nak berarak di KL. Dorang mungkin mengguna stadium untuk meneruskan hasrat mereka. 99% demonstarasi akan berakhir dengan menyusahkan orang ramai, keganasan dan rosak harta awam. 





Cool memang tak menyokong sebarang demonstrasi dari pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan. Cuma Cool harap pihak POLIS yang bijaksana lagi cekap akan bersikap profesional, tidak memilih bulu untuk menghalang hanya sebelah pihak pembangkang sahaja, jika ada yang berhasrat nak buat demonstrasi waalaupun di pihak kerajaan, jika dorang degil tahan dan buat sama rata seperti di pihak pembangkang. Barulah kredibiliti pihak POLIS sentiasa di tempat tertinggi!. 


Kalau nak tunjuk power sangat tunggu PRU13, Cool rasa pilihanraya di Malaysia dah ok , walaupun terdapat beberapa perkara yang boleh disyaki terdapat "kes-kes auta" seperti pengundi hantu atau lain-lain, suara pengundi tidak akan dapat dihalang. Contohnya Selangor, Perak (kalah semula), Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang sekarang berada di tangan pembangkang!. Tak perlulah demonstrasi tambahan pula ada Ambiga..dan yang paling Cool kesali dan rasa tidak bijak berpolitik adalah PAS.... wahai PAS kenapa rosakkan reputasi anda dengan Ambiga dan DAP demi kuasa?

                                                                                 

Tuesday, July 5, 2011

Melayu dan Perkahwinan

Tengah dok lepak-lepak dengan wife terkeluar cerita pasal perkahwinan. Bercerita tentang nostalgia sewaktu muda-mudi, waktu zaman mengorat-ngorat dan cinta monyet. Kebetulan anak dara Cool menjenguk ke dalam bilik dan Cool terus panggil untuk memberi nasihat hehe...

"Akak kalau nak berboipren sok cari lelaki yang pandai agama, tak de nak dating-dating, walaupun dia datang amik kat rumah!". Anak dara cool tercengang-cengang dengan nasihat yang tiba-tiba je datang dari ayahnya. "Arr Baba pesan ni agak-agaknya zaman bila yer Akak nak buat ni?" Anak dara Cool ni baru berumur 13 tahun... hehe form 1!.  Cool jawab tegas "Zaman bila-bila pun lah!".

Kes Cinta Tidak Mendapat Restu

Lelaki yang sering menjadi mangsa  "antara dua darjat" ialah peniaga, ustaz, lelaki yang berpendapatan rendah dan kategori lelaki yang tidak ada masa depan contohnya bekas banduan atau bekas penagih. Biasanya emak gadis tersebut akan mengenakan kuasa veto untuk menentukan bakal suami anaknya dan ayahnya pula akan sokong je. (sepatutnya ayah yang berkuasa kalau mengikut Islam)

Paling banyak kes cinta tidak mendapat restu ialah para peniaga dan ustaz yang bekerja secara bebas, tambahan pula naik "honda cup" je.  Alasan mak bapak gadis tersebut cukup simple, takut anak dara mereka tidak "hidup senang", takut anak mereka merempat kerana poket orang yang tak makan gaji ni tak menentu, kejab ada kejab tak de.  Mengikut  perkiraan sempit mak ayah yang jumud, sekiranya lelaki itu makan gaji, maka lebih power lah. Lebih-lebih lagi kalau makan gaji dengan kerajaan, maka terjaminlah hidup anak dara mereka nanti!. (Ramai yang menolak atau tidak percaya kepada kuasa Allah Yang Maha Kaya. Hanya Allah sahaja yang boleh menentukan nasib seseorang itu pada masa hadapan)

Pelik tapi benar, dorang tak tahu sebenarnya income seorang penebar roti canai. Income sebulan penebar roti canai yang bekerja dengan orang pun, paling-paling cikai serendah RM3,000 sebulan, itu kerja dengan orang! Bayangkan bila dia buka bisnes sendiri. Cool pernah risik-risik brother penebar roti canai di area rumah Cool, hari biasa dia boleh jual 200 keping sehari bukan sebulan tau, hari minggu 500-600 keping sehari..diulang sehari bukan sebulan!. Congak-congaklah sendiri berapa income dia  (penebar roti canai yang berminyak-minyak tubuhnya) sebulan berbanding seorang eksekutif yang makan gaji, pakai tie hari-hari, kena marah dengan bos kalau "punch card" merah dan semestinya bau  wangi semerbak dengan perfume yang dibeli secara hutang mengguna kredit kad.

Cool dapat harga roti canai pada bulan April 2011.

senarai harga roti canai

Roti canai                   rm 0.90 each
roti booom                  rm  1.20 each 
roti sardin                   rm 2.50 each
roti pisang                   rm 2.00 each
doh roti canai              rm 0.50 each
murtabak   ayam        rm 3.00 each
murtabak daging        rm 3.80 each
murtabak vegetrian   rm 2.50 each
mini murtabak           rm  2.00 each

Orang Melayu di Malaysia,  99.9% beragama Islam. Rata-rata orang Melayu tidak percaya kepada rezeki yang Allah telah tetapkan kepada setiap individu. Kalau percaya dengan Allah maka tidak adalah kes di mana ramai mak ayah yang cuba menjodohkan anak mereka dengan pilihan hati mereka yang kadang-kadang "makan diri" dan menyusahkan anak mereka. 

Selain dari itu budaya membazir sewaktu melangsungkan perkahwinan, lebur duit simpanan Tabung Haji janji puas hati. Untuk puaskan hati mereka, pasti mereka akan menyebut fatwa tak masuk akal "Biar mati anak jangan mati adat", maka majlis mesti "grand" dengan penuh istiadat sampai tak sempat nak solat. Selain fatwa yang Cool anggap tidak masuk akal tadi, ialah jumlah hantaran yang melampau-lampau. Sampai ada yang berani letak hampir RM1 juta duit hantaran, kesnya sebab lelaki penipu mengaku saudara Sultan Brunei, last sekali ternganga mulut kena tipu hidup-hidup. "Jual anak", kerana rupa paras anak mereka yang cantik, cun melecun atau tahap pendidikan yang tinggi, tetapi bacaan Al-Fatihah pun merangkak-rangkak mengalahkan orang Muallaf.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya

 Wanita itu bernilai tinggi bukan hanya rupa paras tetapi mengikut hadis, Rasulullah pernah bersabda;

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat". 

Empat sifat yang telah menjadi tanda harga seorang gadis, bukan sekadar cun melecun je. Hartanya bukan bermaksud anak orang kaya.  Pada pemahaman Cool,  "hartanya"   bermaksud gadis tersebut berilmu, contohnya pandai Fardhu Ain atau menghafal Al-Quran. Jika nak baca fatihah pun tergagap-gagap,nak bezakan darah haid atau nifas pun tatau, rasanya hantaran 1 ribu pun macam rugi je!

Kisah benar akibat kunun-kununnya lebih tau dari Allah!

Ada satu kes yang Cool tahu, kawan Cool kene reject sebab dia kerja jual mee kari. Gadis yang kawan cool dok usha nak buat bini tu memang cun, putih melepak dan menjadi rebutan di kampung kawan Cool. Nak jadi cerita dalam ramai-ramai "balak" dok mengorat gadis cun tu suka kat kawan Cool. Hari Raya memang sesuai untuk berkenalan dengan orang tua gadis tersebut, dengan baju baru kawan Cool melangkah pergi untuk mengenal hati budi. 

Malam tu Cool nampak kawan Cool lepak sambil termenung, di tangan dia ada sepucuk surat (zaman tu handphone pesen botol air tu hanya orang kaya je guna, orang semekin guna surat je hehehe). "Oi macam mana jumpa dengan orang tua marka (awek)?", Cool mula bzbodi, "ok... depa ok, budi bahasa, rasa macam suka kat aku, tapi depa tanya aku satu soklan...hang juai mee kari boleh ka beli ghumah (rumah) dan gheta (kereta) untuk anak depa".

"Laa ya ka?" Cool terkedu dengar dia story. "Ni surat, Nisa (nama samaran) habaq (bagitau) yang depa dah ada calon untuk dia. Balak tu ada gaji tetap, boleh buat loan beli ghumah (rumah)". Tak semena-mena dia menagis, buruk gila muka dia waktu menangis hehee.....

Pendek kan cerita 15 tahun berlalu, Cool jumpa semula kawan Cool yang frust menonggeng tadi. Hulamak dah buka restoran, dia kata restoran ni cawangan ke tiga!. Cool bzbodi lagi tanya kereta apa dia guna TOYOTA ALPHARD! (harganya boleh mencecah 500 ribu atau lebih). Alasan kawan Cool,  anak dia ramai ada 8 orang, senang nak jalan. Ghumah dia area elit, sebut nama pun tau rumah dia mesti jenis mewah. Bini dia lak hehehe kawan yang dia kunun-kunun mengadu masalah percintaan dia dolu-dolu...

Cool pernah la ternampak awek lama dia naik kereta Proton Wira denga husband dia, di traffic light. Rumah tatau macam mana hehehe...

Moral of the story, jangan perkecilkan kuasa Allah , kita sebagai makhluk ciptaan-Nya yang lemah, WAJIB percaya kepada QADA dan QADAR-Nya.