Thursday, August 4, 2011

Polis Diserang Di Taman Seri Gombak



Saspen kan tajuk catitan Cool kali ni. Agak lama tak mencoret di blog ni kerana terlalu sibuk dengan tugasan yang tak pernah habis... Ramadan atau bulan puasa tiba lagi, Alhamdulilah Allah masih mengizinkan Cool beribadah di bulan yang penuh berkat ini, sedangkan Cool baru sahaja kehilangan teman sekelas di SMK Gombak Setia, akibat komplikasi buah pinggang pada 1 Ramadan.. Al-Fatihah buat Azrin Bahaldin. Terkilan rasanya, kerana Cool tidak sempat menziarahi beliau sewaktu di hospital mahupun sewaktu pengkebumian kerana tidak ada di Selangor.

Tiba-tiba teringat memori di zaman remaja sekitar tahun 1984 - 1985 ketika itu Cool berumur 15-16 tahun.Cool berpindah dari Kedah ke Selangor dan menetap di Taman Seri Gombak selepas tamat peperiksaan SRP, mengikut ayah dan mak Cool berhijrah ke Selangor untuk membina kehidupan baru. Dengan pantas Cool mula mendapat kawan yang tinggal se taman seperti Azizul (nama gelaran Ly-punk kerana dia berwatak agak gangster hehe), Azizol, Sham, Rosli dan lain-lain yang tidak dapat diingati nama mereka. Kebetulan beberapa orang dari mereka akan bersekolah yang sama dengan Cool bila sekolah dibuka.

Biasanya "lesen" untuk merayap pada waktu malam hanya diluluskan pada bulan Ramadan saja. Paling best berkumpul dengan rakan sebaya di surau dan selepas Isyak mengelatlah geng-geng Cool, bukan nak bertarawikh pun. Aktiviti utama main mercun dan meriam kabait. Pada waktu itu di sekitar Fasa 6 (jalan 6/), Taman Seri Gombak terdapat tangki air di atas bukit dan kawasan itu memang agak terasing dengan perumahan, jalan agak gelap tanpa lampu jalan dan amat sesuai untuk menjadi "port kereta rosak" (pasangan yang memadu cinta dalam kereta). Kerap kali ternampak kereta berhenti di kawasan tersebut dengan enjin dan penghawa dingin terpasang, apa lagi projek lah tu!.

Kebetulan nak jadi cerita malam tu stok mercun berlebihan, apa lagi main game perang-peranglah. Berpecah kepada dua pasukan , satu pasukan  sebelah kanan, hanya dipisahkan dengan jalan yang boleh muat 1 kereta je di sebelah kiri.Baru nak mula perang ada sebuah kereta naik "slow" je dan lampu dimatikan. Wah! peluang keemasan ni!,  nak kenakan "geng kereta rosak" malam ni. Kereta itu berwarna putih, Proton Saga kebanggaan Malaysia (Proton barui je keluar time tu) berhenti di sisi jalan. Cool bisik kat Ly-punk "apa lah bulan posa pun nak projek!" . Ly-punk tersengih jahat "apa lagi jom kita ambush depa biaq haru biru", Ly-punk mengajuk gaya bahasa kedah Cool walaupun bunyinya macam Siam lidah pendek je ehehe tapi ok la tu kan...

Geng sebelah sana pun tanpa perlu walkir talkie pun dah boleh agak apa tindakan selanjutnya ... jeng..jeng. Fireeeee!!! Ly-punk beri arahan. Apa lagi mercun roket, meriam kabait, mercun bola dan segala mercun di tembak ke arah kereta tersebut. Dam ..dumm ...phiewwww tumm!...meriah betul bunyi. Ternampak kelibat orang dalam kereta tersebut agak terperanjat. Jeng...jeng!

Tiba...tibaa! Lampu berwarna biru putih menyala di atas bumbung kereta tersebut dan siap siren sekali ...wiouwwwww..wiouwwww.. alamak POLIS!!! bukan geng kereta rosak. Bertempiaran larik geng sebelah sana, dorang boleh lari menuruni bukit ke jalan utama Taman Seri Gombak, malangnya kebetulan geng sebelah Cool ada pagar la pula, pagar yang menutupi tangki air tersebut. Maka tidak ada pilihan, bersembunyilah disebalik semak lah jawabnya hehehe.... Apa kan daya Polis punya "torchlight" besar dan terang gila maka terperangkaplah komando-komando yang sedang berjuang ..menyerah diri dengan membuat muka paling kesian di dunia....

Pada malam itu Cool menjadi jurucakap sebab Ly-punk sudah terkedu seribu bahasa hehe.. paling tak boleh ingat, mujurlah Abang Polis tu tak ketuk kepala dengan torchlight. Abang Polis tu tanya mana IC (kad pengenalan), Cool jawab selamba je.. "pakai kain bang mana boleh bawa IC, nanti cicir abang juga yang susah bila saya buat repot. Mujurlah malam tu abang-abang Polis tu hanya beri ceramah je, mujur juga dia tak buat betul-betul ..katanya nak panggil trak Polis angkut kami ke Balai.. aduii mujurlah... kalau tidak berbirat Cool kena belasah dengan mak Cool yang sememang sangat garang hehehe, ayah ok Cool macam Cool juga..Rahsia kejadian ni, disimpan sehingga selepas Cool beranak pinak baru berani cerita dekat ayah dan mak cool. Dorang gelak dan sambil beristiqfar dengan kenakalan Cool ... "patut la anak hang buas (lasak) macam hang" kata Allahyarham ayah saya........ 


No comments:

Post a Comment