Sunday, July 15, 2012

Kelab Pemilik Innova Malaysia (KPIM)









Telah diluluskan pada 06.04.2011 dengan nombor pendaftaran 1807-11-SEL

Kelab Pemilik Innova Malaysia (KPIM) memang best dan KPIM juga bukan kelab haram taw.. kelab ni berdaftar dengan ROS... so segala aktiviti KPIM adalah Halalan Toiyiban. Jika ada terbaca artikel ini dan anda seorang pemilik Innova yang hebat lagi best atau sedang bercadang-cadang nak sambaq sebijik Innova, anda dijemput untuk  join di FACEBOOK .. jangan malu-malu, kami semua peramah taw.. saya sendiri semalam baru 1st time pi join yang dipanggil T.T di R & R Awan Besar dan disifatkan oleh YDP En.Rahim Ghazali sebagai TT yang "termeriah" sampai beliau lupa nak makan tu hahahaha.... 

 Anda boleh join komuniti KPIM sebagai ahli di FB sahaja untuk "beramas mesra" atau join dua-dua sekaligus. Join di FB dan sebagai ahli yang membayar yuran untuk sertai pelbagai aktiviti yang best seperti konvoi, aktiviti amal, sukan dan T.T untuk mengerat silaratulrahim.. (yuran pun murah ja untuk tampung aktiviti kelab). Selain dari itu di FB kita boleh bertukar pendapat mengenai Toyota Innova kita, seperti penjagaan kereta, idea untuk modifikasi seperti memekap Innova anda jadi cun melecun, tip-tip jimat petrol dan macam-macam lagi. Rugi kalau tak join broo.. eh and sis hehehe ... KPIM juga ada ahli wanita tau!! Rasanya kelab-kelab lain takdak kan kan kan..

Semalam memang best (13.01.2012) yang sebenaq nya 13.07.2012 silap type naaa jgn marah hehe .. lepas mesorat brother Solihin KPIM 007 (saya KPIM 047) yang juga Polis Trafik dengan megahnya meng"escort" para Innovarian ke Indah Parade ... saya tak dapat join sebab depa semua nak karaoke hehe .. saya bukan tak pandai karaoke tapi bila nyayi ja semua rentak Negaraku dari kena marah dengan pencipta lagu tu sebab saya rosakkan lagu dia baik saya jangan karaoke .. saya berniat baik taw .. so baik balik lah hehehe ... lagipun kunci rumah tak bawa, naya kena tidoq dalam gheta pula saya hehe..


 Bro Solihin dengan moto besaq beliau, macam artis tu kena serbu hehehe
Bro Solihin ni berkenalan dengan saya sebelum saya betul-betul join the club lagik.. tapi dengan cara yang seram sejuk kehkeh mana tidak dia ni kan Polis Trafik.. satu hari tu saya kena tahan sebab tak pakai tali pinggang keledar.. mujoq la bro Solihin perasan sticker kelab KPIM ... so dengan budi bicara kawan sekelab dia pun lepaskan saya dengan pesanan "lenkali pakai tali pinggang taw" .. adoyaii seram tol bila ingat hehehe.. Tapi untungkan jadi ahli kelab, kita boleh berkenalan dengan pelbagai lapisan orang dan kerja terutama POLIS hehehehe...

Ok last sekali ..jenguk-jenguklah kami di FB ok dan join sekali.. Salam ceria

No comments:

Post a Comment