Friday, January 28, 2011

Paksa anak yatim cari dana

Pernah sekali saya menghantar SMS kepada pengusaha kismis minda atau doa untuk bertanya kenapa perlu mengguna tenaga dan membenar kanak-kanak perempuan dan laki-laki berumur di antara 9-15 tahun merayau-rayau sekitar Pertama Komplek  pada waktu hampir senja untuk menjual kismis yang dihasilkan oleh pengusaha tersebut. Jawapan beliau itu bukan tanggung jawab beliau, dia hanya mengusaha dan memarahi saya kerana menuduh dia  bukan-bukan. Dia menegaskan bahawa telah mendapat kebenaran dari ibu bapa kanak-kanak tersebut sebagai latihan keusahawanan. Ada akai ke ? Logik kah ? adakah ? mengapa ? seorang bapa atau ibu membenarkan anak-anak kecil merayau-rayau menjual kismis di waktu senja sebagai latihan keusahawanan?

Minta derma dengan mengguna resit yang  kununnya menunjukkan ia sebagai aktiviti sah juga semakin menjadi-jadi. Kanak-kanak yang berlebai putih ala-ala murid sekolah pondok akan meminta derma untuk dana rumah anak yatim. Pernah juga saya membuat panggilan ke Kedah mengikut nombor telefon seperti tercetak di resit derma yang dikutip oleh kanak-kanak yang mengaku dari Pusat Tahfiz itu, tetapi nombor tersebut tidak pernah didaftarkan. Bayangkan resit beralamat di Kedah tetapi kanak-kanak tersebut mengutip derma di Kuala Lumpur dan Selangor, tidak ke itu satu penipuan mengguna kanak-kanak... tidak bersekolah ke mereka ?.

Kosmo hari ini melaporkan seperti di bawah : 

PORT DICKSON – Setelah sekian lama bebas mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja miskin serta yatim piatu seramai 83 orang supaya melakukan jualan amal hingga lewat malam setiap hari, sebuah pusat tahfiz di sini diserbu pihak berkuasa kelmarin.

Serbuan ke atas pusat yang terletak di Ambang Kota, Lukut itu dibuat selepas orang ramai mengadu tidak tahan lagi melihat pelajar terbabit dipaksa menjual peralatan ibadah, buku, minyak angin dan kismis tanpa sebarang upah.

Ketika pengusaha pusat tahfiz itu lena tidur, kanak-kanak terbabit terpaksa tidur beralaskan lantai simen setelah kepenatan ‘bekerja’ atas alasan ia adalah sebahagian kurikulum keusahawanan pusat tahfiz tersebut.
Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berkata, siasatan mendapati kanak-kanak tersebut dibawa dengan kenderaan ke beberapa lokasi sekitar Port Dickson, Seremban, Nilai dan lain-lain tempat untuk menjual barangan tanpa sebarang upah.


Bagaimana jika kanak-kanak tersebut diculik adakah Pusat Tahfiz tersebut akan melaporkan kepada Polis ? , saya amat pasti mereka akan mendiam diri  kerana khuatir akan di soal siasat oleh pihak Polis. Maka kanak-kanak tersebut berkemungkinan besar akan terjebak didalam kancah  pelacuran, penghambaan, pemerdagangan manusia dan mungkin menjadi mangsa bunuh dan akan lenyap tanpa mendapat pembelaan... Memalukan nama Islam, amat memalukan jika Pusat yang dianggap sebagai tempat menjana para ilmuan Islam tetapi sebaliknya dimanipulasi sebagai pusat hamba zaman moden.

Ya Allah Ya Tuhan Ku masukkan lah Iman di dalam hati mereka yang berfikiran jahat dan memalukan agama Islam dengan mengguna nama Islam sebagai topeng... Selamatkan lah kanak-kanak terutama anak yatim dari menjadi mangsa kepada manusia yang zalim.

Di harap pihak berkuasa akan membanteras kegiatan tidak bermoral ini sehingga ke akar umbi....

1 comment: