Saturday, December 25, 2010

Pengenalan Kepada Asnaf

Artikel ini diambil dari laman Pusat Pungutan Zakat (PPZ), untuk maklumat lanjut dan borang-borang yang boleh dimuat turun melalui laman PPZ Selangor.

Siapa yang layak menerima zakat?

"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"

Skop agihan zakat Lembaga Zakat Selangor (MAIS) berdasarkan yang telah ditetapkan oleh syara'. Asnaf tersebut sepertimana yang dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat 60:


Ada 8 asnaf zakat iaitu:
  1. Fakir
     
  2. Miskin
     
  3. Amil
     
  4. Muallaf
     
  5. Riqab
     
  6. Gharim
     
  7. Fisabillilah
     
  8. Ibnu Sabil

Blog baru Drcool ?

Ya benar dan betul dan tepat dan segala-galanya benar ... saya bercadang untuk menjadikan blog ini sebagai catatan umum dan tidak terikat hanya semata-mata kepada perubatan Homeopathy yang telah menjadi kerja harian saya di dunia nyata dan juga di alam siber. 

Saya bercadang untuk menjadikan blog ini sebagai satu blog yang mampu membantu didalam pelbagai aspek seperti info mengenai asnaf (orang susah) yang memerlukan bantuan, derma-derma untuk pembinaan surau atau masjid, pembinaan rumah-rumah anak-anak yatim dan pelbagai aspek yang menjurus kepada aktiviti ukhrawi melebihi duniawi. 

Walaupun terdapat Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang telah berusaha keras mengutip zakat sepanjang tahun sehingga telah berjaya mengumpul ratusan juta ringgit duit zakat,  namun masih "terlepas pandang" sehinggakan masih terdapat golongan asnaf yang tidak menerima bantuan. Berkemungkinan kakitangan PPZ tidak mencukupi untuk meredah bandar dan desa untuk menyalur bantuan zakat kepada golongan asnaf. Apa yang menyedihkan saya masih ramai orang Islam yang merempat dan merayu-rayu untuk bantuan, ada yang ditolak bantuan zakatnya kerana pelbagai alasan sehingga ada orang Islam yang ditawarkan bantuan oleh pihak bukan Islam yang tidak diketahui maksudnya.


JIka sekiranya pembaca blog ini mempunyai info asnaf atau golongan miskin Islam yang memerlukan bantuan bolehlah salurkan maklumat kepada saya untuk di paparkan di blog ini.Jika anda benar-benar yakin akan balasan Allah untuk amal-amal kita di dunia marilah kita menyumbang sedikit wang ringgit dan info. Seboleh-bolehnya saya akan sertakan no.akaun asnaf dan anda boleh terus "bank in" secara terus kepada mereka.

Blog ini juga akan menjadi medium cerita harian, mingguan, bulanan dan pengalaman saya sebagai doktor atau pengamal perubatan Homeopathy, komen-komen semasa dan luahan hati mungkin hehee.... tapi!! ini bukan blog yang berunsur politik harap maklum!