Showing posts with label artis sexy. Show all posts
Showing posts with label artis sexy. Show all posts

Monday, May 16, 2011

MARSHA: "Saya bukan Pelacur"

Hermm ... tajuk akhbar memang power, "cheq tak buat aihh... mana ada cheq buat, petnah tu" macam tu lah lebih kurang kalau Marsha cakap loghat Utara kan.  Posing dan dressing macam ni? Sapa-sapa pun akan kata "ya" kan.. alahai kenapa murah sangat nak tayang body? Marsha boleh menolak jika wartawan atau jurugambar yang minta dia dressing macam ni, itu hak dia kan pedulikan lah. Jangan ikut je kalau betul-betul tak buat.. kalau betul-betul berbakat! Cool terbaca satu komen wartawan hiburan, dia punya tajuk "Artis Haprak". Dia sebagai wartawan hiburan pun meluat dengan artis yang nak glamor,tetapi bakat haprak, artis itu hanya pandai berpakaian ala pelacur aje.

 Petikan dari B*POP
Gosip bertebaran berbunyi kononnya dalam diam Marsha bukan saja menjaja bakatnya demi mencari rezeki selama ini, sebaliknya dia yang bakal genap 26 tahun pada 6 Disember ini juga dituduh ligat menjaja diri menggunakan pengaruhnya, kononnya kini menjadi pelacur kelas atasan secara sambilan.


Gosip bertebaran berbunyi kononnya dalam diam Marsha bukan saja menjaja bakatnya demi mencari rezeki selama ini, sebaliknya dia yang bakal genap 26 tahun pada 6 Disember ini juga dituduh ligat menjaja diri menggunakan pengaruhnya, kononnya kini menjadi pelacur kelas atasan secara sambilan.
Namun, mengenalinya sekian lama, dia tidak pantas melenting atau melatah dengan apa saja cerita buruk yang menghimpit diri. Penyanyi yang turut bergelar pelakon itu menafikan sekeras-kerasnya cerita itu. Marsha masih waras serta tidak tergamak mempertaruhkan tubuh badannya yang mungil itu semata-mata untuk hidup mewah.

“Saya bukan sebegitu. Kalau sudah lama saya buat kerja terkutuk macam itu, barangkali saya sudah lama bersara dalam dunia seni. Kalau difikirkan logik pun, saya hanya memandu kereta Toyota Vios dan jauh sekali memandu kereta mewah. Hakikatnya gosip ini memang jauh menyimpang dan saya sendiri tertanya apa motif sebenar pembawa gosip ini.


“Sedihlah kalau cerita ini terus bertebaran tanpa mengetahui kebenaran. Ia seperti satu penghinaan dan kejian terbesar dalam hidup saya. Ibaratnya, kehadiran saya selama ini dalam arena seni tidak memberikan apa-apa impak langsung,” katanya kepada B*POP.
 Maaf cakap cool memang tak nampak pun impak Marsha ni di dunia seni Malaysia sehinggalah terbaca B*POP, itu pun sebab tajuknya hehe. Terkenang pula kes Faizal Tahir buka baju, habis satu Malaya termasuk para Mufti menemplak Faizal Tahir. Faizal Tahir lelaki kan.. buka baju bukan aurat kalau tak nampak pusat dan lutut. Peliknya artis wanita yang dah confirm aurat dan berdosa seperti gambar di atas kenapa tak marah?

Monday, May 2, 2011

Diana Danielle Menderita Ketumbuhan Rahim

Artis cantik ini yang mesra dipanggil D telah membuat pengakuan di PANCAINDERA, sisipan Mingguan Malaysia 1 May 2011 bahawa dia sedang menderita ketumbuhan rahim sehingga terbang ke China untuk mencari rawatan alternatif untuk mengubat penyakitnya.

Ketumbuhan rahim atau ovarian tumor kalau tidak dirawat akan melarat menjadi kanser. Ketumbuhan atau tumor boleh terjadi di mana-mana termasuk rahim.Terdapat 3 jenis tumor di rahim ;

  1. Epithelial cell tumors - bermula di permukaan sel rahim. Jenis ini adalah yang paling biasa dan kerap terjad.
  2. Germ cell tumors - bermula di sel yang menghasilkan telur. Sama ada hanya setakat ketumbuhan atau kanser, tetapi kebanyakannya hanya sekadar ketumbuhan
  3. Stromal tumors - berasal dari sel yang menghasilkan hormon wanitainate in the cells that produce female hormones.
Tidak pasti pula Diana Danielle menghidap ketumbuhan rahim yang mana satu, tetapi mengikut cerita di PANCAINDERA , Sifu Xuan telah berjaya merawat dan mengeluarkan ketumbuhan tersebut, 


Sebagai pengamal homeopati saya ingin memberi info serba ringkas mengenai ubat-ubat homeopathy yang boleh diambil jika ada pembaca yang telah membuat pembedahan membuang ketumbuhan atau kanser rahim. Ubat-ubat yang boleh diambil selepas pembedahan adalah seperti produk Dr.Reckeweg R55 yang mempunyai gabungan ubat-ubat untuk merawat kecederaan dalaman.Jika belum membuat pembedahan terdapat beberapa ubat homeopathy yang boleh membantu untuk mengecutkan tumor tersebut seperti Thuja, Apis.mel, Lachesis dan beberapa ubat yang lain mengikut simptom.

Semoga Diana Danielle akan bertambah sihat , dan rasanya tak perlu lah seksi-seksi lagi lepas ni kan ....:)