Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Thursday, September 26, 2013

Tan Azizan Abdul Razak Telah Meninggal Dunia



Tan Sri Dato Seri Azizan Abdul Razak yang di lahirkan pada  25 ctober 1944 telah meninggal dunia pagi ini lebih kurang pukul 11 pagi 26 September 2013. Tan Azizan Abdul Razak adalah bekas Menteri Besar Kedah yang mewakili PAS, PKR dan DAP ataupun Pakatan Rakyat (PR). Namun pada pilihanraya lepas PR telah tewas kepada Barisan Nasional (BN). 

Beliau telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) pada 16 Julai 2008 yang membawa gelaran "Datuk Seri". Anugerah ini di anugerah oleh Yang Teramat Mulia Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Anak Bukit 

Tan Sri Dato Seri Azizan mempunyai 14 orang anak melalui dua perkahwinan, beliau adalah graduan lulusan Unversiti Al-Azhar dan University Of Kent. Pernah mengetuai Jabatan Undang-Undang Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebagai seorang ilmuan Tan Sri Azizan boleh bertutur 3 bahasa, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Arab.

Karier Politik 

2013: Kedah DUN - Sungai Lima

  • Azizan Abdul Razak (PAS) 13,294
  • Mohd Fazillah Mohd Ali (BN) 10,520
  • Sobri Ahmad (BEBAS) 100
  • Abdullah Hashim (BEBAS) 84

2008: Kedah DUN - Sungai Limau

  • Azizan Abdul Razak (PAS) 12,028
  • Basorri Abu Hassan (BN) 8,816

2004: Kedah - Sungai Limau

  • Azizan Abdul Razak (PAS) 10,882
  • Suhaimi Abdullah (BN) 9,802

Ini bermakna kita akan menghadapi pilihanraya kecil di dalam masa terdekat.

Al-Fatihah semoga Allah mencucuri Rahmat-Nya ke atas roh Tan Sri Azizan Abdul Razak, dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

Saturday, September 22, 2012

Innocence Of Islam dan DAP


Soalan pertama yang saya selalu terpikiaq di fikiran, why? mengapa? wei shen me (为什么) ?  dan lah-mah (hebrew)?. Bermula dengan si bangsat Salman Rushdie sehingglah yang terbaru Nakoula Basseley Nakoula (nama dia ni pun dah ala-ala nama syaitan kan), dah la kurang ajar lepas tu Nakoula atau Sam Basile ni adalah kapiaq paling pengecut berbanding lain-lain kapiaq seperti Salman Rushdie yang kita tau juga rupa dia macam mana kann ..dia pi larik sembunyikan diri lepas tu bila kena tangkap tutup muka... pirahhh  . Depa ni tak serik-serik, tak puas-puas dok hina Al-Quran dan Baginda Rasulullah. Ada yang buat kartun dan filem, ada yang bakaq Al-Quran, fitnah 9-11 dan buat isu Islamofobia. Mengapa ?.


Paling depa suka, depa reka cerita menghina Baginda Rasulullah yang telah wafat selama 1433 tahun lamanya. Depa sangat takut dengan nama Muhammad. Masakan tidak, tidak ada penganut agama lain yang boleh meniru aqidah Umat Islam pada zaman selepas kemangkatan Baginda. Umat Islam selepas Baginda wafat, tidak pernah melihat wajah Baginda sama ada imej lukisan atau di dalam bentuk lain,  tetapi Umat Islam tanpa ragu-ragu amat menyayangi, menyanjung Baginda dan menjadi asas aqidah Umat Islam untuk mempercayai dan berikrar bahawa Nabi Muhammad adalah Rasul dan Pesuruh Allah. Ada ka tokoh lain yang sehebat Rasulullah saw.. jawapannya tidak ada!!. Umat Islam tanpa ragu-ragu berikrar sekurang-kurang 5 kali sehari bahawa tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhamad itu Persuruh Allah.

Berbeza dengan agama lain, depa ada gambar, depa ada patung dan lukisan yang mengambarkan tuhan atau dewa mereka. Kristian ada patung Jesus di salib, sementara agama Buddha ada patung imej Buddha, kaum India juga mempunyai dewa mereka yang diukir dan dibuat patung-patung yang mereka kata menyerupai dewa atau tuhan kepercayaan mereka.

Umat Islam menolak semua bentuk pemujaan, Allah tidak akan menyerupai apa-apa pun yang terfikir di fikiran manusia, kerana jika ada yang boleh membayangkan bentuk rupa Allah, sohih dia tu sesat!!. Begitu juga rupa Rasulullah saw, Islam melarang Umatnya untuk membayangkan atau melakar rupa bentuk atau imej Baginda kerana pasti akan ada yang manusia yang akan memuja gambar baginda. Sememangnya diakui, tidak terdapat nas (pernyataan) yang jelas dalam Al-Quran yang melarang melukis gambar Rasulullah s.a.w. Namun, ini tidak bermakna bahawa larangan itu tertegak atas hujah yang rapuh kerana Al-Quran bukan hanya satu-satunya sumber hukum Islam.

Memang betui tak ada nas yang jelas, tapi isunya depa melukis, depa buat filem semuanya berbentuk fitnah, menghina dan mengaibkan keperibadian Baginda, tu yang salahnya.. jika depa melukis dan buat filem hanya sekadar penceritaan tanpa menghina dan mengaibkan baginda, saya rasa tidak lah jadi kecoh satu dunia..macam sekarang ni. Umat Islam setahu sayalah tidak pernah pun menghina mana-mana kepercayaan agama lain secara membuat filem atau imej.

Secara peribadi saya berpendapat, depa ni AMAT TAKUT dengan pengaruh Baginda, depa amat takut dengan keperibadian Baginda yang amat mulia, depa amat takut dengan hadis Baginda dan depa amat takut kerana Baginda menerima Wahyu dari Allah sehingga lengkapnya Al-Quran yang menjadi pedoman, garis panduan dan hukum-hakam yang diguna pakai di seluruh dunia tanpa mempunyai versi-versi seperti Bible. Al-Quran tetap sama walaupun di Kutub Utara dan tetap sama di Kutub Selatan. Walaupun Baginda sudah wafat selama 1433 tahun lama.. tapi depa masih dok takut dengan Baginda... 

Harap-harap Sultan tarik balik pangkat Dato' si Ngeh ni


Bila Umat Islam membantah sekeras-kerasnya tindakan kurang ajar  extremis Yahudi dan Kristian, ada pula suara-suara puak yang bodo pasal Islam dok komen di laman Twitter. Seperti komen bodo dan kurang ajar Setiausaha Agong DAP Perak, Datuk Ngeh Ko Ham. Ada ka dia kata buat apalah Umat Islam dok buang tenaga, penat-penat dok buat demonstrasi pasal kes hina Rasulullah... dia ni asai mana yer? Hongkong ke? atau Beijing? semua tidak.... dia ni asai dari Perak, Malaysia. Dia pun bukan budak-budak lagi, dah tua, mustahil lah dia tak tau kes-kes yang melibatkan Allah dan Rasul amat sensitif bagi orang Islam dan Melayu amnya. Lepas dah orang Islam dok marah dia termasuk geng dia dari PAS, barulah minta maaf, eloklah la kan... buat hal lepas tu minta maaf, damage is done.. What da hell kan..... kalau lah orang Melayu atau Islam dah sohih kena tahan dan di dakwa tapi bila depa buat...


Wednesday, June 15, 2011

Malaysia Truly Asia, Truly Scandal



Malaysia truly colourful with sex scandal. Bermula pada tahun 1998 dengan tuduhan liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim, sampai hari ni dah 13 tahun berlalu budaya pendedahan sex scandal makin menjadi-jadi pula sampai dah berlambak-lambak pendedahan kununnya salah laku seorang pemimpin terutama geng "opposition". 

Paling terbaru Cool terbaca  cerita sensasi, fresh punya cerita melibatkan sex scandal Naib Presiden PAS Mat Sabu yang digelar "Mat Sabu's Sex Scandal". Pendedahan skandal yang berbentuk video ini tak pasti pula kaler hitam putih ke atau magenta, tetapi semuanya dok  "iras-iras pemimpin tersebut". Kecuali  lah yang sorang tu gentleman mengaku "I'm the man in sex video", berbaloi-baloi dia mengaku sebab sekarang dah jadi Presiden MCA tu!!.

Entahlah apa nak jadi Malaysia ni kan .... Entah siapalah yang bertangungjawab mendedahkan?, bila masa pula dia ambil video tu? dan kalau dia tahu yang dituduh buat kerja tu kenapa tak lapur Majlis Agama Islam je tangkap dan dakwa kan senang, peliknya sumpah laknat boleh pula selepas tu, kenapa boleh sumpah laknat dan Majlis Agama Islam tidak dakwa dia bersubahat dalam kes zina pula? 



Serabut-serabut kalau dikorek-korek cerita ni ... sapa-sapa yang buat hal ni kan.. tidak kiralah UMNO ke PAS ke PKR ke selagi dia seorang Islam, ingatlah balasan Allah Maha Dasyat..jangan dok kejar dunia je...... cubalah berpolitik cara sihat dan mengikut hukum Allah dan hadis.