Showing posts with label artis idola. Show all posts
Showing posts with label artis idola. Show all posts

Friday, July 13, 2012

Artis Kaya Raya






Kereta Dato' K
 
Tu Dia Pak Tam.... haha tu nama restoran orang kampung saya yang sudah kaya raya hasil dari perniagaan restoran. Artis Malaysia pun ada yang kaya raya dan bertaraf Jutawan seperti Dato' Siti Nurhaliza, Dato' Ac Mizal dan beberapa nama artis yang tersohor di Malaysia. Depa berniaga bakat seni depa .. ada juga yang berniaga bakat seni dan berniaga produk seperti Dato' Siti Nurhaliza dengan produknya Simplysiti dan Dato' Ac Mizal yang popular dengan "gelang hikmatnya" ..

Cuba korang tengok kereta depa ni http://beritasemasa.com/gambar-kereta-artis-malaysia-kaya-raya , mak ai rugi saya tak jadi artis kan hehehe kalau tidak mesti dah Jutawan sekarang ... yang bangganya depa semua ni anak-anak Melayu yang berasai dari kampung seperti Dato' Siti Nurhaliza.

Yang baik jadikan tauladan yang buruk buang dalam laut k ... 

 

Monday, April 18, 2011

Artis Idola

Tengah kaki terangkat-terangkat geram sebab Samir Nasri tak dapat score goal (game live Arsenal vs Liverpool), anak saya yang berumur 9 tahun menerjah tanpa salam. Soalan dia bukanlah susah sangat pun. "Piece of cake" je bak kata cikgu Ilmu Hisab (mathematic) saya pada suatu ketika dulu, dia menegur saya sewaktu saya terkial-terkial menjawab soalan algebra. Apa la pekdahnya x+y - (x+y) ni?  saya selalu merungut dalam hati sebab bosan subject tu. Soalan anak saya amat simple, "apa maksud idola?" . Mudah je kan, kalau sedang tidur pun saya boleh jawab. 

Soalan berikutnya menjadi semakin "susah gila" bila dia bertanya "siapakah artis yang patut menjadi idolanya". Memang sukar kerana artis yang terbayang dikepala semua tidak boleh dijadikan idola dari segi moral dan kehidupan mereka..tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 18sx. Kalau search je di internet mesti ada gossip yang tak baik, pakai seksi-seksi macam tak pernah belajar hal-hal aurat atau saja tak ambil tau sebab negara kita bebas nak pakai macam mana pun .., nak jadikan idola kanak-kanak memang amat merbahaya dan tidak digalakan, takut bila besar nanti suka berkemban pula . Contohnya saya ingatkan artis ini sopan tetapi bila search je "artis malaysia" keluar gambar berkemban dia, then paling tak bes gambar ni diambil pada 2009 lepas Diana Danielle baru je habis SPM. Saya ingat dia ok tapi ko juga (mungkin sekarang dia dah ok kot kan hehe maaf, sebab tak tau lak cerita terbaru Diana Danielle) ... terus cari-cari tak jumpa juga ...




Garu kepala untuk mencari satu nama artis idola, memang susah dan secara spontan  saya kata Siti Nurhaliza lah. Anak saya yang berumur 9 tahun itu geleng kepada dan amat mengejutkan saya bila dia memberi fakta, "Dato' Siti orang marah dia  Baba, sebab orang kata dia kahwin dengan suami orang". Wow! umur 9 tahun dah baca gossip artis.! Terangkat saya dari tempat duduk terkejut. Hebat-hebat anak-anak sekarang. "Baca kat mana ni Kak Cik?" saya korek-korek rahsia dia, pelik umur 9 tahun dah pandai gossip-gossip ni. "Kak Cik baca kat Beutifulnara lah Baba". Lopong jab mulut saya untuk beberapa saat.. inilah dunia serba canggih kan, semuanya adaaaa... (Dato' Siti bagi saya dia berjaya tanpa perlu seksi-seksi, tayang dada atau peha untuk maju .. dia amat sopan dan berjaya diatas usaha dan bakatnya)




Disebabkan saya tak mengikut sangat hal-hal artis, saya suruh dia merujuk kepada ibunya.. orang perempuan memang suka hal-hal artis ni kan... wife saya pun berkerut-kerut dahi memikir... dan nama Yuna terbit dari mulutnya. Saya pun segera bersetuju dengan dengan pendapat wife saya .. kerana Yuna bertudung sopan, sudah grad dari UIA dan kini di New York, USA sebagai recording artis di Cutting Room Studios. So far rekod Yuna boleh dijadikan sebagai Artis Idola, dan dia pun cute juga walaupun tak berkemban atau tayang peha.