Showing posts with label ppz. Show all posts
Showing posts with label ppz. Show all posts

Friday, August 5, 2011

Umat Islam Murtad Kerana Sukar Mendapat Bantuan

Isu kesukaran Umat Islam untuk mendapat bantuan dari Pejabat Agama, Pusat Pungutan Zakat (PPZ)dan lain-lain bukanlah perkara baru lagi, malah sudah naik jelak dengan karenah birokrasi atau sikap tidak ambil peduli mereka yang sepatutnya membantu para asnaf yang memerlukan bantuan. Paling menyedihkan akibat kealpaan pihak tertinggi kerajaan dan lembaga atau pusat pungutan itu menjalankan kerja pengagihan zakat, terdapat Umat Islam yang terpaksa mengambil wang dari Gereja. Amat memalukan!.

Umat Islam yang hampir murtad atau yang telah murtad kerana kesukaran mendapat bantuan kewangan dari badan yang sepatutnya menjaga hal ehwal umat Islam itu sendiri.  Sedangkan kutipan Zakat mencecah ratusan juta ringgit setiap tahun... di mana silapnya? Jika dilihat dari kekuatan kewangan yang dikumpul, Umat Islam di Malaysia atau Asnaf amat beruntung kerana tinggal di Malaysia dan beragama Islam, tetapi hakikatnya terdapat 12 orang yang di diragui akidah semasa JAIS membuat serbuan di sebuah Gereja (sila baca lapuran di bawah).

Sukar dapat bantuan

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PETALING JAYA: Kecewa usahanya untuk mendapatkan sokongan dan bantuan bagi meneruskan kehidupan, segelintir ibu tunggal dikatakan sanggup bernaung serta menerima bantuan daripada pihak gereja, biarpun menyedari tindakan itu mungkin perangkap untuk mereka meninggalkan Islam.
Seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Sabrina berkata, dia sudah menyertai pelbagai aktiviti anjuran sebuah gereja di Seksyen 13 di sini, sejak lebih setahun lalu dan mendapati ada lebih 100 wanita sepertinya di rumah ibadat itu.
“Sebelum ini saya pernah mohon bantuan dari jabatan agama dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tapi gagal, sedangkan mereka (gereja) sanggup memberikan wang untuk saya menyara diri dan keluarga, malah untuk modal saya membuka perniagaan,” katanya kepada Harian Metro.

Ibu tunggal berusia 34 tahun yang mahu dikenali sebagai Sabrina itu antara 20 individu beragama Islam berada di gereja berkenaan ketika penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Sabrina berkata, dia menyertai kegiatan di gereja itu sejak lebih setahun lalu selepas diperkenalkan seorang rakan.


  Oleh itu saya ingin menyeru kepada mereka yang berada di kerusi empuk di PUSAT PUNGUTAN ZAKAT atau lain-lain badan yang berkaitan sila buat kerja anda..kerana di dunia ini anda gagal menjalankan tugas sehingga terdapat umat Islam yang murtad, anda akan menanggung akibatnya kerana kegagalan tersebut, kerusi anda empuk di akhirat nanti berkemungkinan akan berapi atau dipenuhi jarum tajam... hanya Allah yang tahu ...

Friday, April 8, 2011

Derita Janda Anak Tiga

Tidak tau dan tidak faham mengapa masih ada berita seperti laporan di myMetro  atau Harian Metro. Cool bukan nak panas-panaskan cerita buruk pasal yang berkaitan Pusat, Jabatan atau Korporat yang bertanggungjawab membawa imej Islam. Islam itu indah tetapi orang-orang, eh jangan salah faham bukan patung orang-orang tu yer tetapi orang yang berada di organisasi tersebut. 

Bukan Cool nak memandai nak komen je, tetapi terkilan bila terbaca berita yang seolah-olah zakat yang dikutip itu tidak diagihkan dengan sewajarnya. Anti-Islam juga akan menggunakan isu ini sebagai "senjata" untuk mereka memesongkan akidah orang-orang Islam. 

Jabatan yang tidak hanya untuk orang Islam yang sepatutnya menjaga kebajikan keseluruhan rakyat Malaysia pun cool tak faham jika nama Jabatan Kebajikan Masyarakat .. kenapa kebajikan masyarakat tidak dijaga dan dipantau selalu? Sukar sangat ke nak memohon dan apakah prosedurnya? Cool tidak berada ditempat orang-orang yang cool komenkan ini, mungkin mereka ada alasan yang boleh diberikan..teringin sangat cool nak tahu

Pelik tapi benar, pantas.. sepantas kilat akan dilancarkan tabung bantuan  jika negara luar memohon bantuan, berjuta-juta RM dikutip untuk didermakan seperti bantuan bencana di Acheh dan yang terbaru di Jepun. Rakyat di depan mata sampai perlu surat khabar membuat "kepoh" atau sewaktu Pilihanraya jika ada YB yang meninggal barulah terhengeh-hengeh semua agensi, parti politik dan NGO datang menghulur replika cek yang besar sampai boleh buat tampal dinding rumah orang. Semua sibuk buat "statement" kamilah yang membela rakyat dan menunding jari "sebelah sana" mana pedulikan rakyat, dia kata dia bagus yang dia belah sana pun kata dia bagus.. semua perkara nak berpolitik je aduhaiii Malaysiaku..

Tak percaya bacalah berita di bawah ;

Derita janda tiga anak

 MELAKA: Sejak kematian suami tiga tahun lalu, kesempitan hidup seorang ibu tunggal bersama tiga anaknya tidak berkesudahan apabila gagal mendapat bantuan daripada mana-mana pihak biarpun pelbagai permohonan dilakukan.
Malah, empat beranak itu kini hanya mengharapkan belas ihsan jiran tetangga yang menyumbang barang keperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Amas Emat, 51, berkata, beliau semakin tertekan apabila sewa rumah kerap tertunggak sehingga menyebabkan mereka sudah beberapa kali diarah keluar dari kediaman itu.
“Kami terpaksa meminjam wang daripada jiran atau rakan untuk mengelakkan daripada dihalau keluar dan bernasib baik kerana tuan rumah masih mempunyai sifat bertimbang rasa serta faham keadaan kami.

“Mungkin orang lihat saya sentiasa tersenyum, namun mereka tidak tahu saya `makan hati’ mengenang nasib kami sekeluarga yang serba kekurangan dan hanya bergantung pada belas ihsan orang lain,” katanya ketika ditemui di Taman Bukit Beruang Utama, di sini, baru- baru ini.

Keperitan hidupnya bermula apabila suaminya, Abdul Karim Bur Rahim, 50-an, yang menyara keluarga dengan berniaga terlantar sakit tiga tahun lalu kerana menghidap penyakit lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis sebelum meninggal dunia tidak lama kemudian.
Biarpun mempunyai tiga anak berumur antara 20 hingga 23 tahun, disebabkan ketiga-tiganya tidak berpelajaran seorang daripadanya, Abdul Majid, 20, hanya berkerja sebagai pembantu kedai dan dua lagi tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Disebabkan tidak berpendidikan, mereka sukar mendapat pekerjaan, namun simpati dengan keperitan hidup kami menyebabkan jiran mengambil Majid bekerja sebagai pembantu di gerainya dengan upah RM15 sehari.

Manakala dua abangnya Mohad Karim, 23, dan Abdul Rahman, 22, tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Pendapatan yang mereka peroleh tidak cukup untuk menampung perbelanjaan kami apatah lagi perlu membayar sewa rumah RM250 sebulan dan membiaya kos rawatan saya yang menghidap penyakit darah tinggi dan sakit jantung,” katanya.

 PS: Tak ada pula disertakan no.akaun kan , kalau tidak pasti ada penderma yang boleh terus menderma jer

Thursday, January 20, 2011

Kutipan Zakat Selangor 2010 Berjumlah 336.8 Juta

Wow hebat RM336.8 juta kutipan zakat oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ)di Selangor pada tahun lepas 2010, ini di Selangor sahaja. Ada lagi 12 negeri dan ada 12 lagi (PPZ) di seluruh Malaysia. Bangga tersangat bangga kerana kesedaran yang amat tinggi bagi umat Islam untuk menunaikan zakat.

Jika PPZ menunaikan tanggung jawab seperti sahabat Rasulullah S.A.W iaitu Abdul Rahman Bin Auf pasti tidak ada lagi Umat Islam yang merempat, tidak ada lagi rancangan Bersamamu TV3 dan pasti Umat Islam di Malaysia adalah rakyat yang paling bertuah jika zakat ini diagihkan dengan penuh tanggung jawab oleh kakitangan PPZ seluruh Malaysia.

Hairan dan pelik , tidak faham dan keliru, jika kutipan yang sebegini "mewah" mengapa masih ada Umat Islam yang di hampiri oleh pihak yang ingin memesongkan akidah Umat Islam dengan menawarkan bantuan kerana kesukaran mendapat wang bantuan dari PPZ atau lain-lain organisasi yang sepatutnya menjaga hal ehwal Umat Islam ?. Paling mudah untuk dipesongkan akidahnya ialah Saudara Baru, sehingga kini rasa tidak puas hati bermain di fikiran saya mengapa ini terjadi..mengapa ...mengapa dan masih tidak ada jawapannya.

Berikut ialah laporan akhbar mengenai kejayaan Pusat Pungutan Zakat Selangor mengutip zakat sebanyak RM336.8 juta pada tahun lepas 2010.

SHAH ALAM, 19 Jan: Selangor berjaya mengutip sebanyak RM336.8 juta zakat pada tahun lepas, berbanding RM283.7 juta pada 2009.

“Jumlah ini meningkat sebanyak 19 peratus dengan perbezaan sebanyak RM53.1 juta,” ujar Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa pada sidang media Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat 2010 di sebuah hotel, di sini hari ini.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM319.5 juta dikutip daripada zakat harta manakala RM17.3 juta daripada zakat fitrah.

Pada tahun lepas, ujarnya, kutipan zakat di negeri ini meningkat sebanyak 20 peratus daripada kutipan pada 2009.

Beliau menambah, Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengutip zakat harta sebanyak RM267.1 juta pada 2009 berbanding RM319.5 juta tahun lepas.

Menurutnya, jumlah pembayar zakat bagi tahun lepas seramai 167,990 orang iaitu meningkat lapan peratus berbanding 155,300 orang pada tahun sebelumnya.

Mengenai zakat fitrah pula, tambahnya, Masi melalui LZS berjaya mengutip sebanyak RM17.3 juta pada tahun 1431 Hijrah berbanding RM16.6 juta pada tahun sebelumnya.

“Bilangan umat Islam yang membayar zakat fitrah pada tahun lepas ialah seramai 2.5 juta orang,” jelasnya.

Tambahnya, LZS meletakkan sasaran kutipan pada tahun ini sebantak RM350 juta dengan mengambil faktor keadaan ekonomi yang stabil dan kesedaran membayar zakat yang semakin meningkat.

Harapan saya amat mudah , PPZ jangan hanya pandai mengutip ribuan juta sahaja tetapi juga berjaya membela nasib umat Islam yang layak dan memerlukan bantuan zakat demi akidah mereka, anda sebagai kakitangan yang di beri amanah untuk membuat agihan , jalankan tanggungjawab anda. Karenah yang dicipta telah membuka ruang kepada orang yang anti Islam mencari peluang untuk memesongkan akidah umat Islam .. Tugas anda adalah amat mulia dan diberkati Allah sekiranya anda amat bertanggungjawab kepada tugas-tugas anda.

Cadangan saya jika boleh PPZ juga perlu untuk mempromosi  Rukun Islam yang ke dua iaitu solat seiring dengan berzakat , cadangan saya slogan  perlu ditambah  seperti  "Bersolat dan Berzakatlah, Kerana Solat adalah Tiang Agama dan
Berzakat Menyucikan Harta Dan Jiwa. Jika tidak bersolat zakat seseorang itu adalah sia-sia sahaja.


Saturday, December 25, 2010

Blog baru Drcool ?

Ya benar dan betul dan tepat dan segala-galanya benar ... saya bercadang untuk menjadikan blog ini sebagai catatan umum dan tidak terikat hanya semata-mata kepada perubatan Homeopathy yang telah menjadi kerja harian saya di dunia nyata dan juga di alam siber. 

Saya bercadang untuk menjadikan blog ini sebagai satu blog yang mampu membantu didalam pelbagai aspek seperti info mengenai asnaf (orang susah) yang memerlukan bantuan, derma-derma untuk pembinaan surau atau masjid, pembinaan rumah-rumah anak-anak yatim dan pelbagai aspek yang menjurus kepada aktiviti ukhrawi melebihi duniawi. 

Walaupun terdapat Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang telah berusaha keras mengutip zakat sepanjang tahun sehingga telah berjaya mengumpul ratusan juta ringgit duit zakat,  namun masih "terlepas pandang" sehinggakan masih terdapat golongan asnaf yang tidak menerima bantuan. Berkemungkinan kakitangan PPZ tidak mencukupi untuk meredah bandar dan desa untuk menyalur bantuan zakat kepada golongan asnaf. Apa yang menyedihkan saya masih ramai orang Islam yang merempat dan merayu-rayu untuk bantuan, ada yang ditolak bantuan zakatnya kerana pelbagai alasan sehingga ada orang Islam yang ditawarkan bantuan oleh pihak bukan Islam yang tidak diketahui maksudnya.


JIka sekiranya pembaca blog ini mempunyai info asnaf atau golongan miskin Islam yang memerlukan bantuan bolehlah salurkan maklumat kepada saya untuk di paparkan di blog ini.Jika anda benar-benar yakin akan balasan Allah untuk amal-amal kita di dunia marilah kita menyumbang sedikit wang ringgit dan info. Seboleh-bolehnya saya akan sertakan no.akaun asnaf dan anda boleh terus "bank in" secara terus kepada mereka.

Blog ini juga akan menjadi medium cerita harian, mingguan, bulanan dan pengalaman saya sebagai doktor atau pengamal perubatan Homeopathy, komen-komen semasa dan luahan hati mungkin hehee.... tapi!! ini bukan blog yang berunsur politik harap maklum!