Tidak tau dan tidak faham mengapa masih ada berita seperti laporan di myMetro atau Harian Metro. Cool bukan nak panas-panaskan cerita buruk pasal yang berkaitan Pusat, Jabatan atau Korporat yang bertanggungjawab membawa imej Islam. Islam itu indah tetapi orang-orang, eh jangan salah faham bukan patung orang-orang tu yer tetapi orang yang berada di organisasi tersebut.
Bukan Cool nak memandai nak komen je, tetapi terkilan bila terbaca berita yang seolah-olah zakat yang dikutip itu tidak diagihkan dengan sewajarnya. Anti-Islam juga akan menggunakan isu ini sebagai "senjata" untuk mereka memesongkan akidah orang-orang Islam.
Jabatan yang tidak hanya untuk orang Islam yang sepatutnya menjaga kebajikan keseluruhan rakyat Malaysia pun cool tak faham jika nama Jabatan Kebajikan Masyarakat .. kenapa kebajikan masyarakat tidak dijaga dan dipantau selalu? Sukar sangat ke nak memohon dan apakah prosedurnya? Cool tidak berada ditempat orang-orang yang cool komenkan ini, mungkin mereka ada alasan yang boleh diberikan..teringin sangat cool nak tahu
Pelik tapi benar, pantas.. sepantas kilat akan dilancarkan tabung bantuan jika negara luar memohon bantuan, berjuta-juta RM dikutip untuk didermakan seperti bantuan bencana di Acheh dan yang terbaru di Jepun. Rakyat di depan mata sampai perlu surat khabar membuat "kepoh" atau sewaktu Pilihanraya jika ada YB yang meninggal barulah terhengeh-hengeh semua agensi, parti politik dan NGO datang menghulur replika cek yang besar sampai boleh buat tampal dinding rumah orang. Semua sibuk buat "statement" kamilah yang membela rakyat dan menunding jari "sebelah sana" mana pedulikan rakyat, dia kata dia bagus yang dia belah sana pun kata dia bagus.. semua perkara nak berpolitik je aduhaiii Malaysiaku..
Tak percaya bacalah berita di bawah ;
Derita janda tiga anak
MELAKA: Sejak kematian suami tiga tahun lalu, kesempitan hidup seorang ibu tunggal bersama tiga anaknya tidak berkesudahan apabila gagal mendapat bantuan daripada mana-mana pihak biarpun pelbagai permohonan dilakukan.
Malah, empat beranak itu kini hanya mengharapkan belas ihsan jiran tetangga yang menyumbang barang keperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Amas Emat, 51, berkata, beliau semakin tertekan apabila sewa rumah kerap tertunggak sehingga menyebabkan mereka sudah beberapa kali diarah keluar dari kediaman itu.
“Kami terpaksa meminjam wang daripada jiran atau rakan untuk mengelakkan daripada dihalau keluar dan bernasib baik kerana tuan rumah masih mempunyai sifat bertimbang rasa serta faham keadaan kami.
“Mungkin orang lihat saya sentiasa tersenyum, namun mereka tidak tahu saya `makan hati’ mengenang nasib kami sekeluarga yang serba kekurangan dan hanya bergantung pada belas ihsan orang lain,” katanya ketika ditemui di Taman Bukit Beruang Utama, di sini, baru- baru ini.
Keperitan hidupnya bermula apabila suaminya, Abdul Karim Bur Rahim, 50-an, yang menyara keluarga dengan berniaga terlantar sakit tiga tahun lalu kerana menghidap penyakit lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis sebelum meninggal dunia tidak lama kemudian.
Biarpun mempunyai tiga anak berumur antara 20 hingga 23 tahun, disebabkan ketiga-tiganya tidak berpelajaran seorang daripadanya, Abdul Majid, 20, hanya berkerja sebagai pembantu kedai dan dua lagi tidak mempunyai pekerjaan tetap.
“Disebabkan tidak berpendidikan, mereka sukar mendapat pekerjaan, namun simpati dengan keperitan hidup kami menyebabkan jiran mengambil Majid bekerja sebagai pembantu di gerainya dengan upah RM15 sehari.
Manakala dua abangnya Mohad Karim, 23, dan Abdul Rahman, 22, tidak mempunyai pekerjaan tetap.
“Pendapatan yang mereka peroleh tidak cukup untuk menampung perbelanjaan kami apatah lagi perlu membayar sewa rumah RM250 sebulan dan membiaya kos rawatan saya yang menghidap penyakit darah tinggi dan sakit jantung,” katanya.
PS: Tak ada pula disertakan no.akaun kan , kalau tidak pasti ada penderma yang boleh terus menderma jer
No comments:
Post a Comment