Friday, April 29, 2011

Tarzan yang serabai pun ada pengikut?



Ayat power guru sesat nak cari pengikut sangat simple. Tak payah solat! niat je atau hati biar bersih macam kes guru tarzan yang pakai seluar pendek baju koyak rabak, selekeh dan macam orang gila itu kepada pengikut-pengikut yang boleh dikategorikan sebagai "tersangat tidak bijak" adanya. Ada kes ajaran sesat begitu berani sekali, hinggakan mengucap dua kalimah syahadah pun di "modifiednya" mengikut selera guru gila tersebut.

Lagi power guru gila dan sesat itu juga ada yang gila sex bila menghalalkan aktiviti sex sesama pengikutnya yang sangat bodoh dan dikategorikan sebagai gila sex juga. Manakan tidak "isteri kau isteri aku jua", "anak gadis kau aku boleh buat isteri main niat-niat jer", lepas bosan dorang tukar-tukar pasangan, yang bes tok guru gila sex dapat habuan power-power la rasanya.

Pelik bin ajaib, kebanyakan ketua ajaran sesat ini bukanlah insan yang mempunyai IQ yang tinggi melebihi paras manusia biasa. Boleh dikatakan "chief" ajaran sesat hanya bersekolah biasa atau ada yang sampai tak tahu membaca pun ada. Contohnya Ayah Pin dan terbaru Guru Tarzan. Fatwa sesat mereka pun mudah je tak perlu solat, hanya perlu niat atau hanya perlu berhati bersih je.. Dakwaan sesat dan bodoh seperti mendapat arahan dari langit atau mendapat ilmu selepas berkawan dengan rimau dan gajah di hutan. Rasanya budak darjah tiga pun was-was nak percaya kan..

Serendah-rendah IQ seseorang insan yang mempunyai iman tidak akan percaya dengan dakwaan bodoh lagi mengarut ini tetapi terdapat para profesional yang menjadi pengikut Ayah Pin atau Guru Tarzan yang yang mempunyai IQ yang boleh dibanding antara langit dan bumi dengan IQ seorang profesional tersebut. Si tidak cerdik memperbodohkan si cerdik hairan..hairan dan tersangat hairan.

Mengapa situasi ini boleh terjadi?, ini menunjukan tahap pengetahuan agama mereka yang terjebak dengan ajaran sesat boleh di kategorikan sebagai "amat jahil". Ada orang kata (ayat biasa di negeri utara) "dah jahil murakap pula tu" , ungkapan ini biasanya digunakan kepada orang yang bodoh yang teramat sangat tapi tak mau belajar. Mereka mungkin alim ilmu dunia sahaja tetapi hal-hal agama boleh diibaratkan lebih teruk dari muallaf atau saudara baru memeluk Islam.

Apa puncanya ek? Sejak Merdeka sistem persekolahan di Malaysia masih dibawah pengaruh penjajah walaupun Perlembagaan Tanah Melayu dan sehingga penubuhan Malaysia pada tahun 1963 sistem pendidikan Malaysia lebih bersikap sekular di dalam silabus dan kurikulumnya. Pendidikan Islam di Sekolah Rendah (SK) dan Menengah (SMK) adalah bersifat subjek tidak wajib, boleh ambil atau diganti sengan subjek-subjek lain. Menteri Pelajaran dari yang pertama iaitu Tun Abdul Razak sehingga kini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin masih mengekalkan konsep silibus yang masih menjadikan subjek Agama sebagai subjek yang tidak wajib tetapi wujud sistem PAFA, JQAF dan lain-lain.  Perlembagaan Malaysia mengenai Islam adalah seperti;

 Artikel/Perkara 11


Artikel/Perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama rasmi Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkan agamanya sendiri.

Sekolah Agama Rakyat (SAR)  dilihat sebagai pilihan kepada ibubapa yang inginkan Pendidikan Agama Islam yang lebih komprehensif, malangnya kebanyakan ibubapa tidak menghantar anak-anak ke SAR kerana kesukaran untuk mengurus 2 sesi persekolahan anak-anak, dimana ibubapa memerlukan kos tambahan untuk pakaian seragam, buku-buku, yuran dan logistik seperti pengangkutan dan transit untuk anak-anak untuk ke sekolah SK selepas itu. Murid-murid Islam terpaksa bergelut dengan 2 sesi persekolahan yang memenatkan, menjadikan murid-murid Islam keletihan dan tidak kreatif, hanya menghafal dan menjawab soalan untuk skor "A" bagi memuaskan hati ibubapa dan guru yang ingin menaikan nama sekolah sahaja tetapi bukanlah ilmu untuk menjadi amalan murid-murid tersebut.Hasilnya, kita bolehlah berbangga dengan statistik yang memalukan seperti ajaran sesat, pembuangan bayi, murtad, kerosakan akhlak dan lain-lain yang melibatkan orang Melayu dan Islam amnya.

Solusinya ? Adalah wajar untuk disepadukan, disatukan SK dan SAR, kurikulum pembelajaran SAR diajar di SK. Lebih baik jika waktu persekolahan dipanjangkan contohnya sesi bermula 8.30 pagi dan berakhir 4.00 petang. Ini bermakna murid-murid akan ada lebih masa di waktu pagi sebelum sesi persekolahan untuk bersolat dan bersarapan. Subjek Agama Islam boleh dipanjangkan dan memberi penekanan kepada ilmu Aqidah Islam dan lain-lain. Solusinya kembali kepada Al-Quran dan Hadis pasti generasi akan datang mempunyai pegangan agama yang kuat lagi kukuh, maka tidak mudahlah Guru Tarzan yang serabai tu nak kelentong ikut suka hati dia jer!

Sesi persekolahan sekarang yang terlalu awal menjadikan murid-murid yang tinggal bejauhan dari sekolah tidak sempat untuk bersolat Subuh, seperti contoh anak saya terpaksa keluar seawal jam 6 pagi untuk mengejar bas sekolah sedangkan Subuh bermula jam 6.20. Sampai je di sekolah dah pukul 7.10, jika lewat cikgu dan pengawas sudah siap sedia menanti untuk "ambil nama" dan sistem merit akan dikenakan. Pelajar kita disekolah sentiasa stress, tidak peliklah kes gangguan emosi kian bertambah sekarang.



No comments:

Post a Comment