Sebelum ini cool ada membuat artikel
Hati-Hati Perompak Di Telefon!! - 03-36 30 88 89
hasil dari pengalaman sendiri yang nyaris-nyaris menjadi mangsa perompak melalui telefon. Kes terbaru yang disiarkan di HARIAN METRO hari ini hampir sama dengan kes cool tetapi penyamun tersebut semakin canggih, siap ada operator elektronik yang sinonim dengan jabatan kerajaan. Malah nombor yang tertera di telefon mudah alih pun dorang boleh "ekjas" keluar nombor yang kununnya dari Bank Negara Malaysia atau Bukit Aman. Ini bermakna penyamun-penyamun tersebut telah membuat "homework" dan memperhalusi seni menyamun mereka dengan teknik yang amat licik.
Jika sebelum ini cool hampir terkena dan panggilan "semi pro" dari penyamun tersebut, dan "kantoi" bila cool telefon semula "Bank Negara" palsu itu, terus ke "direct line" dan yang lucunya perempuan Cina yang menjawab, berapa kerat sangat la orang Cina yang bekerja di BNM kan... amoi yang kununnya "Bank Negara" tersebut kantoi bila cool dapat ilham untuk cari nombor sebenar BNM mengguna directory panggilan 103. Bila dapat nombor sebenar BNM, mesin operator elektronik BNM pun beraksi, dan di "pas" sana ditendang sini barulah dapat bercakap dengan pegawai bertugas ... yang "frust" sangat-sangat pengawai tersebut dengan selamba beritahu cool , "ramai yang dah kena encik, jadi hati-hatilah" .. habis tu BNM buat apa ek? Cuba baca berita Harian Metro dibawah kalau kawan-kawan belum sempat membacanya ...
KUALA LUMPUR: Awas! Hanya menerusi panggilan telefon, satu sindiket penipuan antarabangsa dipercayai didalangi warga Taiwan boleh membuatkan anda pokai dan setakat ini hampir 200 orang menjadi mangsa membabitkan kerugian kira-kira RM10 juta.
Sindiket itu yang bergiat aktif sejak dua tahun lalu mempunyai kepakaran tinggi apabila mampu memastikan nombor telefon pemanggil yang tertera pada telefon bimbit mangsa adalah nombor telefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman atau Bank Negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata mangsa terbaru sindiket itu ialah seorang lelaki dari Sabah berusia 30-an yang tertipu sebanyak RM250,000.
Menurutnya, modus operandi sindiket licik itu memerangkap mangsa dimulakan dengan menelefon mangsa dengan pemanggil menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara.
“Mangsa dimaklumkan akaun bank atau kad kredit mereka diceroboh pihak ketiga dan jika tidak segera memindahkan wang ke akaun lain, mereka akan kerugian kerana wang akan dicuri sindiket penipuan,” katanya.
Menurut Syed Ismail, mangsa pada mulanya tidak percaya maklumat itu dan akan menghubungi semula nombor telefon terbabit, namun panggilan mereka dijawab mesin operator elektronik sama seperti sistem yang diguna pakai Bukit Aman atau bahagian khidmat pelanggan Bank Negara. “Siasatan polis mendapati sindiket terbabit menggunakan perisian khas dikenali sebagai Voice Internet Protocol iaitu sistem panggilan telefon melalui pelayan komputer bagi memudahkan proses penyamaran.
“Justeru, mangsa yang mula yakin dan takut wang mereka hilang akan mengikut arahan diberikan dan arahan itu yang menyebabkan mangsa kehilangan wang di dalam akaun bank atau kad kredit mereka,” katanya.
Beliau berkata, antara arahan pemanggil yang mendakwa pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara itu ialah memberikan satu siri nombor yang didakwa kod atau kata laluan untuk proses transaksi pemindahan wang melalui mesin juruwang automatik (ATM).
Nota : Sebarkan pada kawan-kawan
seb baiklah aku tader duit lam bank nun....sia2 jelah penyamun tu nk kelentong aku...lainlah duit aku lam bank jote2.....len kali buat bilik bwh tanah kat umah...invest lebey takpe asal selamat......
ReplyDeletehehe sama la kita.. bodo penyamun tu.. call cool ..bukannya ada duit pun
ReplyDelete