Showing posts with label dsai. Show all posts
Showing posts with label dsai. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

Wan Azizah Kata Itu Bukan Anwar

Nota : Saya bukan ahli politik atau pro mana-mana parti politik, ulasan ini hanya setakat pandangan peribadi saya terhadap apa yang berlaku.


Paling dibenci dan tidak ada kompromi bagi seorang wanita ialah apabila dia dicurangi oleh suami tercinta. Seorang isteri amat memahami tingkah laku suaminya, kehendak seksualnya dan susuk tubuh suaminya. Perkongsian hidup selama berpuluh tahun menjadikan si isteri amat mengenali suaminya, tidak akan goyang pendiriannya walaupun berderet tuduhan dan fitnah yang dilempar, itulah pendapat saya. Datuk Seri Dr Wan Azizah amat kenal suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dr Wan Azizah menegaskan video sex yang dikaitkan dengan suami beliau adalah fitnah dan pelakon utama didalam video sex tersebut bukanlan Datuk Seri Anwar Ibrahim.. jika anda sebagai isteri sanggupkah anda berbohong demi politik? dan ini bukanlah tuduhan yang pertama tetapi sudah masuk kali ketiga.. malah DSAI hilang segala-galanya pangkat, kawan-kawan (ramai yang membelot demi politik dan periuk nasi) , ditahan dipenjara dan hampir mati didalam tahanan.. secara logiknya, kenapa dan mengapa, Dr. Wan Azizah menyiksa dirinya didalam tempoh yang lama hanya mungkin kerana politik?


Begitu juga dengan anak perempuan DSAI, dia juga seorang wanita, tetapi dia juga menyokong kata-kata ibunya.


 Termenung sejenak saya memikirkan plot-plot cerita DSAI, mula-mula kes liwat dengan pemandunya tetapi kes tersebut tidak kemana dan tuduhannya pun amat meragukan. Fakta kes ini seolah-olah memperbodohkan rakyat dengan kes yang tunggang langgang, pendakwa ubah tarikh untuk "ngamkan" dengan pertuduhan dan fakta yang amat selekeh, sehinggakan saya yang tidak belajar undang-undang pun merasa ragu-ragu dengan pendakwaan tersebut, apatah lagi para graduan undang-undang pastinya kelam kabut selak buku mencari klausa yang tidak pernah mereka belajar di universiti.

Setelah bebas DSAI mula aktif didalam politik yang telah menjadi darah dagingnya, dan bermula semula kes-kes terbaru apabila DSAI kembali menjadi Ahli Parlimen, kali ini kes liwat juga dengan pembantu peribadi yang tidak rela diliwat tetapi siap bersihkan diri sebelum diliwat. Sanggup sumpah laknat di Masjid Negara, dan menonjol di khalayak sebagai mangsa liwat (maruahnya dalam botol kot). Kes ini pun tunggang langgang juga, bila terdapat 3 DNA didubur bekas pembantu DSAI itu, pelik dan misteri dia kata diliwat DSAI tetapi DNA ketiga menunjukkan ada orang kedua yang meliwatnya.. wah semakin rumit kan... bila soal jawab pakar forensik, pakar tersebut kata mungkin dari sabun atau "apa-apa aje lah" . Kes ini pun nampaknya DSAI masih tidak tergugat.



Terbaru video sex dengan perempuan Cina yang saya kategorikan sebagai pelacur tanpa kelas(tengok di headline,  akhbar perdana) yang dilanggan oleh orang yang terdesak (gian sangat), tidak berbaloi untuk sesorang yang ternama untuk mencari nahas melanggani pelacur sedemikian. Tambahan pula adalah sangat dan amat bodoh jika seseorang itu pernah di tuduh, dipenjara dan dilebamkan matanya kerana tuduhan liwat, mencari pasal dengan pelacur dan terdapat pula lelaki lain yang bakal membelot," tak dak akai ka"  DSAI nak buat begitu?, selepas pembantu beliau mengheretnya ke mahkamah kerana kes liwat.... Lokasi pun teruk, tahap tempat hanya "taik bintang" bukan 5 bintang.

Desas desus di internet, bakal menyusul DSAI akan "dijodohkan" pula dengan maknyah (pondan) di Thailand, jika kes ini menjadi kenyataan, maka lengkaplah semua jantina lelaki, wanita dan pondan.. aduhai jangan la buat gila, jika lepas ini ada tuduhan dengan haiwan pula... astaqfirullah hal azim...

Dari pemerhatian saya dan pengesahan Dr.Wan Azizah ini, saya membuat konklusi dan yakin semua tuduhan ini adalah mainan politik yang disusun oleh orang yang sama berkemungkinan disebabkan oleh dendam. Apa pun saya amat percaya dengan kredibiliti pihak Polis, yang baru menyambut ulang tahun ke 204 tahun. Polis Malaysia amat cekap untuk merungkai segala yang kusut didalam kes ini.


Berikut ialah laporan dari BERNAMA 

It's Not Anwar, Says Wan Azizah

KUALA LUMPUR, April 5 (Bernama) -- Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail defended her husband Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying Anwar was not the man featured in the sex video implicating a senior opposition leader.

Wan Azizah, who is Parti Keadilan Rakyat (PKR) president, said after watching the video clip on the Internet, she and her family were convinced that the man in the video was not Anwar.

"My family and I have watched the video that was published in a website. We decided to watch it after we were told that there were no obscene scenes in the video clip.

"Only we know Anwar intimately and it is clear that the actor in the video is not Anwar based on the man's physique which is different (from that of Anwar's)," she told a news conference at her house in Segambut, here Tuesday.

The one-minute-47-second black and white video clip was uploaded on YouTube yesterday showing a man and a women in their towels.

Present at the news conference were PKR vice-president Nurul Izzah Anwar, Anwar's father Datuk Ibrahim Abdul Rahman, DAP chairman Karpal Singh and Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Wan Azizah said Anwar was currently in Sarawak for the state election.

She also said that although the police had confirmed that the sex video was genuine, it did not prove that her husband was the actor in the video.

"Genuine or not, that is not the issue. It's not Anwar Ibrahim in the video and there was also a Thai language sentence in the video," she said.

She said it was impossible for the man in the video to be her husband because since a year ago, their children had been accompanying him wherever he went, including during physiotherapy sessions for his back pain.

"All the allegations hurled against Anwar are absurd. How is it possible for him to do all these things which seem to contradict one another," she said.

When asked on Anwar's Omega wristwatch, Wan Azizah said it was in her safekeeping.

The group behind the screening of the sex video to journalists last month, namely former Melaka chief minister Tan Sri Rahim Tamby Chik, businessman Datuk Shazryl Eskay Abdullah and Perkasa treasurer Datuk Shuaib Lazim, claimed that they had handed over an Omega watch and the sex video to the police.

Meanwhile, Karpal urged police to arrest the three individuals, collectively known as Datuk T.

"The trio should be investigated and arrested because they have admitted that they were involved in the screening of the video. Screening a sex video is an offence whether the video is genuine or not," he said.

Abdul Khalid said the sex video's distribution should not have taken place because it was embarrassing.

"It's as though we are encouraging the screening of obscene videos in the country," he said.

-- BERNAMA


Tuesday, April 5, 2011

Kes Video Lucah : Kununnya Melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim

Semenjak trio Dato' T mendedahkan video sex yang kununnya melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI), saya juga mendapat tempiasnya kerana ejaan nama saya yang sama seperti DSAI, bukannya tempias apa cuma kawan-kawan yang suka mengusik dengan memegang perut saya dan berkata "perut doc tak buncit..sah bukan doc pelakon video tu". Saya hanya ketawa dan layan sahaja gurauan tersebut. tak kecil hati pun , mereka kan gurau-gurau je...



Setelah terbongkar siapakah Dato' T yang sebenarnya, secara peribadinya saya tidak mengiktiraf kredibiliti "tukang tuduh" yang utama iaitu Tan Sri Rahim Thamby Cik berikutan kes-kes lama beliau, dan yang memeranjatkan saya bila saya tengok wajah salah seorang dari trio Dato' T, salah seorang darinya mirip wajah DSAI jika dilihat sekali imbas , iaitu Dato' Eskay Shazryl Abdullah (DESA). Jika orang mengatakan wajah pelakon yang hanya memakai "towel" itu DSAI, maka orang juga boleh mengatakan DESA juga adalah pelakon utamanya ? kerana wajahnya mirip DSAI kan? (gambar kabur, jadi tuduhan akan dibuat dalam pelbagai cara) sedangkan lelaki yang berpakaian lengkap itu wajahnya amat kabur dan mengapa lelaki berpakaian kemas itu dengan selamba sahaja "join the party", mungkin juga ada aksinya pula selepas itu dan telah di "delete"? ataupun dia adalah "pembekal ayam" sahaja ?. Jika DSAI yang dituduh dan dikatakan tidak bermaruah, kaki sex dan lain-lain, maka lelaki yang berpakaian kemas itu mungkin seorang bapa ayam, kalau tidak mengapa dia bersengkongkol dan dengan selambanya menjadi salah seorang watak didalam video tersebut. Kalau ingin menuduh pelbagai tuduhan boleh dibuatkan..

Semuanya kabur, susah hendak cakap betul ke tidak.. jika dilihat dari beberapa "headline" akhbar hari ini, 5 April 2011. Saya tidak pro Anwar walaupun ejaan nama kami serupa dan saya juga tidak menyebelahi mana-mana parti politik kerana pada pandangan peribadi saya politik Malaysia adalah terlalu "berpolitik", rakyat sering dimomok dengan berita berat sebelah dulu, kini dan selamanya dan di "mental block" untuk membuat pertimbangan dengan sekatan media yang melampau. Jadi saya menjadi rakyat "atas pagar" yang melihat dan menilai dan memangkah wakil rakyat mengikut kredibiliti bakal YB itu , tetapi bukan pada cap parti politiknya. Saya amat mengharapkan berita yang sama rata, berita yang membolehkan saya dan rakyat lain mengguna akal yang matang untuk menilai sesuatu berita itu sama ada ia boleh diterima atau tidak. Sekurang-kurangnya tirulah cara kebebasan bersuara di Amerika. Setiap calon atau parti politik diberi masa dan ruang untuk mempersembahkan agenda dan hala tuju politik mereka, dan rakyat akan membuat keputusan untuk memilih wakil yang dirasa mempunyai agenda dan hala tuju yang benar-benar "rakyat didahulukan".

Kembali kepada persoalan kepada video lucah ini, ia amat meragukan, ia didedahkan ketika pembubaran DUN Sarawak, berkemungkinan mempunyai agenda dendam, melanggar undang-undang penyiaran dan memiliki bahan lucah, walaupun saya tidak mahir undang-undang, menonton dan memiliki video lucah adalah salah disisi undang-undang dan hanya pihak Polis sahaja yang mempunyai kuasa untuk menonton setelah laporan Polis dibuat, maka video itu akan menjadi bahan kes. Sesiapa yang menonton tanpa laporan dan keizinan Polis maka ia boleh ditahan di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620), boleh dikenakan denda antara RM10,000 sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.. Peliknya mereka kata "bahan bukti boleh ditonton". Sewaktu itu rasaya laporan belum dibuat lagi, Dato Nazri kata "ok" tak mengapalah "kot" rasanya, lepas ni ramai kaki jual dan tonton video sex haram akan tonton merata-merata tempat dan bila ditangkap akan mengguna alasan yang diberikan Dato' T..agak-agak lepas tak?

Memang banyak persoalan yang pelik lagi misteri, kini zaman High Definition (HD)," gadget-gadget" pengitipan pun semestinya sudah berada pada tahap HD yang mempunyai resolusi gambar yang amat "sharp" untuk membuat dakwaan. Jika kita menonton video yang kununnya video intipan, tahi lalat di muka orang yang kena intip itu pun kita dapat mengira jumlahnya. Mengapa Dato' T yang kaya raya ini mempunyai gadget yang "cikai" sahaja iaitu hitam putih (seingat saya television berwarna sudah mula dilancarkan semenjak 80an lagi). Ini adalah intipan untuk membuktikan seorang yang bernama Anwar Ibrahim bukan Linggam!. Alangkah "bestnya" jika Dato' T menggunakan teknik intipan HD atau pun biarlah ada "kaler", Polis pun tidak pening kepala dan tak perlulah Suruhanjaya atau sebagainya kerana semua itu hanya membazir masa dan duit rakyat sahaja!. Kalau berdasarkan resolusi video yang "glamor" ini gambarnya adalah tahap kamera "handphone" murah sahaja. Jika Dato' T berusaha lebih keras maka makin mudah cita-cita mereka tercapai, tetapi mengapa mereka tidak berusaha dengan lebih keras dengan mempersembah video yang terang, berwarna dan ada suara (audio) sekali?

Saya tidak pasti sama ada video ini mempunyai audio atau hanya gambar sahaja, jika mempunyai audio maka mudahlah Polis untuk menyiasat walaupun muka pelakon utama adalah kabur. Teknologi pengecaman suara dan bentuk muka seseorang individu telah dicipta, tetapi rasanya di Malaysia belum terdapat lagi teknik tersebut ( kalau sudah ada harap maaf). Saya cadangkan kedua-dua pihak, dituduh dan menuduh perlu "gentleman" dengan mengupah pakar dari luar negara, yang bebas dan tidak memihak kepada mana-mana pihak, tetapi mereka hanya memihak kepada "bayaran" yang mereka tentukan sahaja. Pelbagai cara boleh membuktikan video ini benar-benar yang dituduh bukan hanya mengesahkan video itu adalah asli sahaja.

Pandangan saya ini mungkin dikongsi bersama-sama oleh beberapa juta lagi rakyat Malaysia, yang bakal "memangkah" pada PRU 13 nanti, oleh itu pada pandangan peribadi saya, jika pihak yang berkuasa mampu untuk memberi kata putus yang dianggap adil, berteraskan fakta dan saintifik, serta kredibiliti yang tinggi saya rasa ini adalah "bonus" kepada Kerajaan di PRU 13 nanti, tetapi jika sebaliknya saya amat khuatir akan gelombang "tsunami politik" yang bakal menghentam kerajaaan buat kali yang kedua.

Apa pun saya amat percaya kebenaran akan mengatasi kebatilan, Allah Maha Kaya lagi Bijaksana dan sentiasa bersama orang-orang yang benar. Polis Malaysia telah diiktiraf di antara yang terhandal di dunia, saya pasti Polis akan bertindak adil dan akan mendedahkan kebenaran pada umum dalam sedikit masa lagi. 


Kategori : AKIDAH Akhlak  
Tajuk :
Mencegah Kezaliman/ Keganasan
Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya::” Janganlah salah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim, kerana laknat akan turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankannya.”

 
Riwayat at-Tabrani


Dipetik dari laman e-Hadith, JAKIM

Mendukacitakan juga bila dikenang, telah menjadi tradisi media Malaysia, jika tuduhan kepada pembangkang biasanya memang benar dan sah, malah akan diperkukuhkan dengan laporan akhbar dan media,  tetapi sebaliknya jika tuduhan itu kepada kerajaan ia adalah fitnah semata-mata....99% rakyat sudah berpendidikan tinggi, mempunyai daya pemikiran yang profesional dan sentiasa peka dengan medium berita di talian, oleh itu saya menyeru kepada pihak yang berwajib janganlah hina dan perbodohkan pemikiran rakyat buat kesekian kalinya......

Harapan saya dan rakyat jelata hanya inginkan berita yang benar-benar berita bukan hanya "paper lama" sahaja .... susah sangat ke?

e-Hadith dari JAKIM

Kategori : IBADAH Akidah  
Tajuk :
Menghukum Dengan Adil
Hadith :

Dari Ibnu Abbas r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda:”Jika diberikan kepada manusia apa sahaja yang didakwa oleh mereka tentunya akan mendakwa beberapa orang lelaki akan harta suatu kaum dan darah mereka tetapi (dalam hal ini diperlukan) saksi atas orang yang mendakwa dan sumpah atas (orang) yang engkar (yang terdakwa).”

 
(al-Baihaqi)

Huraian
1. Dalam konteks penghakiman atau pengadilan, seorang hakim adalah dikehendaki memutuskan sesuatu perkara dengan adil berdasarkan keterangan yang diberikan kepadanya. Hal ini disebabkan manusia itu lazimnya suka menurut dakwaan dan pengaduan mereka sendiri demi mendapatkan harta atau menuntut bela (di atas sesuatu kejadian seperti pembunuhan).
2. Oleh itu dakwaan atau sebarang aduan tidak boleh didengar atau diterima begitu sahaja tanpa ditunjukkan bukti yang sah menurut hukum dan kerana itu juga Rasulullah S.A.W menghendaki agar dikemukakan saksi oleh orang yang mendakwa dan sumpah atas orang yang terdakwa.
3. Sebab dikehendaki saksi atas orang yang mendakwa ialah kerana ia menuntut suatu yang berlainan dengan kenyataan. Maka disebabkan itu mestilah ia mempunyai cukup bukti untuk dakwaan yang dibuat.
4. Manakala orang yang engkar iaitu orang yang terdakwa dikehendaki pula melakukan sumpah untuk membuktikan keadaannya bahawa ia terlepas dari dakwaan itu. Sumpah ini dinamakan sumpah sabar iaitu sumpah yang menahan orang yang berhak dari kehilangan haknya seandainya hak itu adalah haknya yang sebenar. Tetapi jika seseorang itu bersumpah untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya maka sumpahnya adalah sumpah dusta.
5. Punca sengketa yang sering terjadi dalam masyarakat adalah dari harta benda hingga membawa kepada pembunuhan dan pertumpahan darah. Semua ini bermaksud untuk memperolehi dan menguasai harta benda sebanyak mungkin biarpun dengan cara yang kotor dan keji. Oleh itu Islam menyuruh agar berhukum dengan adil.