Showing posts with label hadis. Show all posts
Showing posts with label hadis. Show all posts

Friday, May 6, 2011

Jom Jihad! Osama Dah Mati

 

Jom Jihad ! Osama Dah Mati


Sambil jalan carii makan tetiba jeng.., mata cool terus terpaku di paper yang tergantung. Laaa Obama dah kena bunuh, betuk ke ni?. Terperanjat dan curiga kot-kot salah info, cool tenung betul-betul...  ohh bukan Obama yang kena bunuh tapi Osama di ulang dengan capslock OSAMA bukan OBAMA tau...  Nama dorang lebih kurang sama je bunyinya kan, sorang OS sorang OB,  yang bezanya huruf S dengan B jer kan, kalau dulu senang nak bezakan nama antara Osama dan semak (Bush). Osama Kena Bunuh! siap ada gambar mayat Osama yang cedera parah, begitulah tajuk paper tersebut, Inna lillah hiwainna ila hiroo jioon. Dah sampai masa si Osama ajal dia dah sampai , itu kuasa Allah yang menentukan bila kita akan mati untul mengadap-Nya.


Tenung lagi paper tu.. laaa ada gambar Osama time hidup dan selepas kena bunuh. Hermm ada yang tak kena pula rasanya gambar tu..Tiba-tiba mamak tu jeles lak sebab dok belek-belek paper tak beli-beli pun. “murah saja itu paper macha, kasi beli satu u baca puas-puas”. Amboi mamak ni kan cool cilikan mulut dengan sambal nasi lemak baru dia tau kan, tapi cool senyum juga sebab nama kan cool. Rela dalam paksa cool pun beli la paper tu, sebenarnya malas nak baca paper tu sebab terlampau berat sebelah. Demi Osama cool gagahkan diri belikan juga untuk menatap wajah Osama puas-puas sewaktu dia hidup dan selepas kena tembak. Gambar tu sangat unik kerana mulutnya… kerana mulutnya sama , seiras dan sebijik sewaktu dia berucap dan dan mulut tu sebijik selepas dia mati… wow!


Jihad Ala Osama


Osama ni kaya orangnya, duit dan asset dia  dianggarkan bernilai  ratusan juta malah mungkin billion Dollar Amerika. Walaupun kaya dia memilih untuk hidup di dalam gua untuk jadi geng kelawar. Semua orang ingat dia duduk dalam gua untuk merancang strategi, tup tup rupa-rupanya dia kena tembak di rumah agam yang mewah yang terpasang piring satelit sebesar Perodua Viva!. Ish .. kata dok dalam gua kan.. ni siap ada isteri muda dok temankan dia? Lantak la dia duit dia kan….

Osama ni asalnya geng Amerika juga kan semua orang tau, tapi jadi musuh nombor 1 Amerika lepas “bercerai” dengan CIA.  Selepas 9/11 dia jadi musuh nombor 1 Amerika, mana tidak kan habis dua tower bangunan buruk World Trade Centre runtuh. Dengar cerita lebih 3000 orang Amerika mati kerana Osama dan Al-Qaeda. Magiknya satu gambar pun tadak, zero kosong habuk pun tadak dalam internet pun takdak dalam paper pun tadak, kalau lah satu tragedy mesti la berdoyun-doyun wartawan buat liputan dan siarkan tunjuk orang-orang yang mati tu kan…? Biar lah kan .. mungkin Amerika malu kot nak tunjuk ..

Berbalik kepada prinsip jihad ala Osama, seorang jutawan yang mempunyai ratusan Dollar Amerika tetapi dia memilih untuk berjihad, menjadi buruan dan nyawa sering terancam. Memang payah nak cari orang macam Osama ni kan, dari satu sudut hanya Allah yang membalas jasa-jasanya, dari sudut yang lain pula Osama menjadi punca kepada orang bukan Islam melabelkan Islam sebagai pengganas. Kenapa Al-Qaeda mensasarkan sasaran awam? kan lebih baik pergi bom sarang markas Amerika..berbaloi-baloi tu kalau pergi bom. Imej Islam juga tercemar dengan label sebagai "Suicide Bomber", adakah Islam membenarkan pejuang mati syahid dengan membunuh diri? Kalau dulu teknik Suicide Bomber hanyalah digunakan oleh pejuang LTTE atau Tamil Elam sahaja, dah confirm dia bukan Islam.


Oleh itu cool berpendapat, Osma tidak bijak dan membazir usia dengan menjadi pelarian, jika dia benar-benar seperti yang diceritakan oleh Media Barat, atau Osama hanyalah watak sahaja? Senario berkemungkinan Osama hanyalah watak “bad and evil” seperti watak-watak di Holloywood mungkin ada, kan Amerika pakar dalam bab-bab membina watak-watak pelakon. Watak orang jahat filem di Hollywood memang payah nak mati, hero dah tembak dah bom dan tikam, sampai habis kudrat hero hingga lembik dah, tapi penjahat Hollywood memang liat nak mati dan tetap menyerang hero walaupun perut dia dah berlubang. Watak Osama pun hampir sama kan, susah gila Amerika nak jejak dia sampai 10 tahun tu … tapi akhirnya hero  mesti menang. Dah plot good against evils kan, yang baik pasti menang, maka matilah penjahat itu..setelah genap 10 tahun. Hero sentiasa akan menang dan kita jangan lupa ada fakta yang mengatakan setiap Presiden Amerika akan mewarisi 1 buku yang amat Top Secret. Hanya presiden dan pengganti presiden sahaja yang boleh membacanya. Tidak hairanlah dan tidak mustahil Obama hanya sambung cerita buku Top Secret tu je kan...


Jika Osama Memilih Jalan Bijak


Jika benar watak Osama adalah seperti yang dilapurkan, maka dia tidak bijak untuk menyusun strategi jihadnya. Boleh ke lawan Amerika dengan hanya rifel Kalasnikov atau AK 47, grenad dan pelancar roket? Kalau mampu pasang bom pun di kawasan awam dan membunuh orang awam. Jihad Osama mendapat reputasi yang buruk begitu juga reputasi Islam. Dorang label kita sebagai pengganas kerana kes Al-Qaeda.


Jika dia bijak dan berwawasan jauh, wangnya berjumlah ratusan juta bukan puluhan juta.,,,ratusan juta .. kalau tulis pun penuh ruang kan.  Kemampuan Osama untuk menjadi pengeluar senjata bukanlah mustahil jika dia bijak mengatur strategi serampang dua mata, iaitu bina senjata, bina sistem pertahanan dan mungkin boleh membina jet pejuang. Jika dia seorang pemikir agung pasti dia akan bermuka-muka dengan Barat, kunun-kunun baik, tetapi di dalam waktu yang sama ceduk lah ilmu kententeraan Barat. Ambil saintis Islam dan bukan Islam sebagai pekerjanya untuk mencipta alat-alat kententeraan. Secara diam-diam Osama akan menjadi pengeluar senjata, menjadi kegerunan kepada yang anti-Islam. ilmu pembikinan senjata sudah di “transfer technology” kepada saintis Islam, dan Osama akan memindah kepakarannya selama berpuluh tahun itu kepada negara Islam yang mempunyai kekayaan untuk menjadi Paksi Islam sebagai dacing penimbang kuasa Barat dan Kristian. Osama tidak pernah fikir begitu sehinggalah wataknya ditamatkan.

Di dalam Al-Quran dengan terang dan jelas menunjukan bahawa kuasa udara mampu mengalahkan tentera Abrahah yang perkasa. Burung-burung melontarkan bebola api memusnahkan tentera Abrahah sampai rentung. Apa yang realiti bebola api yang dimaksudkan Allah di dalam Al-Quran sekarang adalah bom-bom buatan orang bukan Islam malah bom tersebut telah membunuh orang-orang Islam yang hanya membaca Al-Quran untuk Musabaqah sahaja.


Amerika dan Negara bukan Islam telah lama mengkaji Al-Quran berbanding orang Islam sendiri. Sekarang cuba lihat strategi perang Amerika, pasukan mana yang dia hantar dulu, mesti angkatan tentera udara kan, sama seperti kes burung-burung yang diarahkan oleh Allah untuk melontar bebola api kepada tentera Abrahah. Dorang bom sampai ranap semua sistem pertahanan dan serbu masuk dengan kereta kebal seperti yang Abrahah mempunyai gajah-gajahnya menyerbu masuk untuk merobohkan Ka'abah. Amerika mengambil fakta di dalam Al-Quran bahawa sesiapa yang mengawal udara, maka dia akan mengawal dunia dan kekuatan tentera darat berpunca dari gajah-gajah yang kuat, tahan lasak dan laju, maka mereka mengambil ikhtibar tersebut dengan mencipta kereta kebal yang lasak, laju dan kuat.

 Obama dan geng-gengnya melihat wayang bagaimana Osama dibunuh


Malangnya Osama yang kaya tidak berfikiran jauh, lagi malang negara-negara Islam yang kaya seperti Arab Saudi, Kuwait, dan lain-lain semuanya hanya boneka, hanya tau membeli tetapi tidak ada usaha untuk menjadi pencipta dan pengeluar senjata. Jika saintis Islam yang mahir mampu membuat jet pejuang, sistem pertahanan darat ke udara, radar-radar, bom-bom yang mampu mencapai sasaran ribuan kilometer dan kereta kebal yang memang kebal dan canggih, secara automatiknya Amerika dan Sekutunya pasti akan cuak lah..dorang plan nak  serang Iraq, Iran atau Syria mesti fikir dua tiga kali kerana kemampuan senjata buatan Osama yang sama mutu dan keupayaan  senjata Amerika. Obama - Amerika nak hantar jet pejuang canggih Osama pun ada jet pejuang yang dibina sendiri, sekarang dorang beli jet pejuang Amerika then lepas tu nak lawan toke, habis kena tembak berterabur bersepai… Amerika tau mana kelemahan senjata tersebut sebab dia yang buat kan.. nak harap Rusia pun sama juga, Rusia pun bukan orang Islam juga kan. 

Cool bukan anti jihad dan bukan hendak memperlekehkan usaha para pejuang Islam, tetapi sampai kemanakah kemampuan mereka untuk membela nasib umat Islam. Bila sudah kuat barulah berjihad untuk membela agama,  kerana anda berjihad dengan kemampuan yang sama tarafnya dengan lawan anda bukan hanya sekadar pergi perang bawa AK-47 dan nak mati jhad, itu macam suicide je kan… Sebab definisi Jihad mengikut Al-Quran dan Hadis amat luas sekali… Semuanya hanya JIKA sahaja kan...sebab Osama dah mati .. sapa lagi yang kaya macam dia kan....
 

Wednesday, April 20, 2011

Ramalan Bintang Anda Betul-Betul Terjadi Hari Ini?






Anda berbintang Capricon, Aquarius, Pisces, Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio dan Sagittarius ?. Hukumnya adalah HARAM..mengapa ?, alah lecehlah kan nak seronok-seronok baca horoscopes atau ramalan bintang pun tak boleh ke?. Bila melibatkan akidah bukan aqiqah tau..di ulang AKIDAH, hukumnya jelas tidak boleh!, nahi' kabee nahi'! (dalam bahasa Urdu, entah betul ke tidak tatau la hehe) no!, meiyou, bu shi dalam bahasa Mandarin dan apa jua bahasanya tetap tidak boleh dan HARAM, Ramalan bintang adalah HARAM kerana bersifat ramalan, bila kita suka-suka membacanya untuk hiburan, TIBA-TIBA ramalan tersebut betul-betul terjadi dan menjadi realiti, Syaitan pun berbisik "haa tengok kan dah real ramalan tu", hati kita pun terdetik "iyer la real la ramalan ni!".. maka dikhuatiri akidah anda telah terpesong dan terkeluar dari Islam (Nauzubillah) tanpa anda sedari... Oleh itu leceh ke atau tak bes ke, sebagai seorang Islam kita wajib akur bahawa HUKUMNYA HARAM seperti petikan huraian yang diterdapat di laman web JAKIM.

"Sebagai umat Islam kita dilarang mempelajari hal yang bersifat tekaan untuk meramal nasib manusia bahkan ia merupakan suatu perbuatan syirik dan berunsur jahiliyah serta termasuk dalam kategori sihir dan mendustakan takdir sedangkan mereka yang mendustakan takdir jelas termasuk di dalam golongan musyrik."

Sejarah Ramalan Bintang

Sejarah awal diperlori oleh Greeks, yang menggunakan kaedah ramalan matahari, bulan dan digandingkan dengan tarikh lahir seseorang individu, kaedah ini digunakan  untuk meramal apa yang "bakal" terjadi kepada seseorang itu.

Amalan meramal bintang ini tersebar ke seluruh dunia dan di beri nafas baru oleh seorang lelaki yang bernama Willian Lilly untuk ahli-ahli gerejanya dan digelar "Christian Astrology", sehingga kini usaha murni William untuk menyesatkan umat manusia telah berjaya! Sehingga kini dengan secara tradisinya ada 12 bintang iaitu: Aries (March 21-April 19), Taurus (April 20-May 20), Gemini (May 21-June 20), Cancer (June 21-July 22), Leo (July 23-August 22), Virgo (August 23-September 22), Libra (September 23-October 22), Scorpio (October 23-November 22), Sagittarius (November 23-December 21), Capricorn (December 22-January 19), Aquarius (January 20-February 19), and Pisces (February 20-March 20).

Hadith Nabi dan Huraian Dari JAKIM

Mempercayai Ramalan Bintang

Tarikh: 
Apr 13, 2010
 
Riwayat: 
(Muslim)
 
Kategori: 
Akidah
 
Hadith: 
 
 
Dari Zaid bin Khalid, katanya: Kami bersembahyang subuh dengan Rasulullah s.a.w di Hudaibaiah, sedangkan pada malamnya hujan turun. Setelah selesai, beliau menghadapkan mukanya kepada orang banyak seraya berkata: Tahukah anda apa yang telah dikatakan Allah? Jawab mereka itu: Allah dan Rasul-Nya yang mengetahui. Kata Rasulullah s.a.w.: Allah telah berkata: Pada pagi ini ada di antara hamba-hamba-Ku yang percaya kepada-Ku dan ada pula yang ingkar; adapun yang menyatakan: Kita telah didatangkan hujan dari kurniaan Allah dan rahmat-Nya, maka orang itulah yang beriman kepada-Ku dan ingkar kepada bintang-bintang; adapun yang berkata, kita telah dituruni hujan sebab bintang Anu dan bintang Anu, maka orang itulah yang ingkar kepada-Ku dan percaya kepada bintang-bintang.
 
 
Huraian Hadith: 
 
 
Bintang adalah salah satu daripada ciptaan Allah SWT yang berfungsi sebagai penunjuk arah bagi pelaut dan nelayan selain sebagai penghias cakerawala. Justeru adalah satu pemikiran yang sesat apabila ada orang yang beranggapan bahawa bintang-bintang tersebut mempunyai kuasa yang mampu mempengaruhi nasib dan perjalanan hidup manusia sebagaimana yang menjadi bahan kepercayaan muda mudi sekarang terhadap bintang Capricon, Aquarius, Pisces, Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio dan Sagittarius. Sebagai umat Islam kita dilarang mempelajari hal yang bersifat tekaan untuk meramal nasib manusia bahkan ia merupakan suatu perbuatan syirik dan berunsur jahiliyah serta termasuk dalam kategori sihir dan mendustakan takdir sedangkan mereka yang mendustakan takdir jelas termasuk di dalam golongan musyrik.
 
Ingat-ingatkanlah saudara, saudari, anak-anak dan sahabat taulan, Cool bukanlah seorang ustaz, tetapi ingin berdakwah dan menyumbang sesuatu untuk Islam dan saudara saudari seagama. Hendak berdakwah secara fizikal Cool tak mampu, jadi blog ini  Cool jadikan sebagai medium untuk menyampaikan sedikit dakwah dengan berpandukan halaman JAKIM sebagai panduan.Jika salah tolong tegurkan.......