Sunday, June 9, 2019

Driver Singapura Paling Ramai Guna Laluan Kecemasan



Biadap, haprak berfikiran serta tingkah laku seperti penduduk di third world country sedangkan mereka amat berbangga menyebut "I'am Singaporean". 

Bukan semua driver Singapura yang biadap tau 😁. Sebagai contoh jika terdapat 10 biji kereta Singapura di atas highway, akan terdapat 8 orang pemandu yang biadap 😎.

Saya sendiri menyaksikan kebiadapan mereka memandu laju di laluan kecemasan sewaktu perjalanan pulang dari Melaka ke Bangi. Time raya jalan mestilah jem, mereka tak suka jem jadi hentam sajalah di lane kecemasan. Bukan sekali tetapi setiap kali terserempak dengan kereta Singapura, akan terlihat aksi mereka seperti beruk yang baru mendapat highway. Singapura tak ada highway ke? Saya tanya je jangan marah tau 😇

Sayangnya dashcam yang merekod aksi mereka  telah terpadam, tak dapat lah saya share di sini kerana sd card yang tidak cukup memori rakaman sewaktu kejadian sudah bertindih dengan rakaman terbaru ...citt 


Sehingga 2017 Sebanyak 61,057 saman membabitkan kenderaan warga asing masih belum dijelaskan dengan 37,506 saman membabitkan warganegara Singapura, sejak tahun 2014. Sudahlah menyusahkan pengguna highway rakay Malaysia, saman pun tak nak bayar!

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor, berkata sejak tahun 2014, sebanyak 81,706 saman membabitkan warganegara asing bagi pelbagai kesalahan.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 20,651 saman sudah dijelaskan tetapi 61,057 saman belum dijelaskan. Kata la kan 1 saman berjumlah RM50 di darab 61,057, ini bermakna negara telah kehilangan dana sebanyak RM3,052,850

Wow mereka berada puncak cartalah, tidak seperti pemandu di negara maju yang lain terutama di Jepun. Pemandu Singapura hanya berdisiplin di negara pulau mereka sahaja. Segelintir pemandu Singapura seperti budak sekolah, budak sekolah yang kunun berdisiplin di hadapan guru disiplin dan pengawas saja.😇😇

Bila terlepas ke tanah besar negara jiran mereka seolah-olah menjadi hilang akal 😈😈 melihat highway di Malaysia yang luas dan panjang. 

Mereka menjadi gelabah semacam 😈😈 , tak kisahlah Polis nak saman pun, duit mereka lebih besar, nak saman samanlah kan ada aku kesah. Mereka akan memecut di lorong paling laju bila highway clear dan bila highway sesak seperti minggu ini, laluan kecemasan menjadi pilihan mereka..ada aku kesah...janji aku kiasu 😎😎

Saya bukan anti Singapura atau rasis tetapi saya sangat anti pemandu biadap. Bayangkanlah kita punyalah ikut peraturan sampai naik kematu montot layan jalan jem. 

Tup tup berdesup 5-6 biji kereta dipandu dengan laju di lane kecemasan. Terbakau darah wooo bak kata orang Melaka, dan paling geram dan meluat bila tengok plat kereta tu orang Singapura. Boleh ke orang Malaysia buat macam tu di sana??

Moral dari catatan ini bagaimana dan langkah apakah yang perlu dilaksana oleh pihak penguatkuasa kita untuk mengekang kebiadapan pemandu luar negara yang ternyata bila disaman ramai yang tak bayar pun. 

Kalaulah terjadi kemalangan adakah insuran yang melindungi warga negara Malaysia? Insuran apa yang mereka ada sewaktu memandu di Malaysia?. Rakyat Malaysia diwajibkan mengambil insuran, tak ada insuran maka tak dapatlah cukai jalan. Apa hak kita sebagai pemandu tempatan yang membayar cukai jalan dan membayar tol?

Pihak penguatkuasa bermula dari pintu masuk ke Malaysia seharusnya lebih tegas, menyenaraihitamkan no plat dan nama pemandu yang telah disaman di Malaysia. Jangan sampai rakyat sendiri teraniaya aje... 

So bagi rakyat Malaysia yang suka sangat guna lane kecemasan tu, berubahlah jangan tiru gaya driver negara jiran. Kita dah lama merdeka, negara kita pun bukanlah third world country so janganlah jadi seperti orang berfikiran third world contry yer 

Akhir kata Maaf Zahir Batin Selamat Hari Raya AidilFitri, Syawal 1140.😂😂



No comments:

Post a Comment