Saturday, April 8, 2017

Bekas Makanan Biodegradasi, Pembeli Terpaksa Menanggung Kosnya?



Sentap juga bila Cik Kiah caj 0.30 sen untuk 1 bekas makanan plastik. Mula-mula tak perasan yang Cik Kiah dah caj 0.30, tapi bila dia pulang duit baki short 0.30 sen baru perasan. Nak tanya segan juga mungkin Cik Kiah silap kira kot sebab tadi ramai yang beratur untuk beli nasi lemak "Nasi Lemak Cik Kiah Sambei Petey". Berbaik sangka aje lah lagipun 0.30 sen aje, halal kan anggap sedekah je la kan..

Esoknya pergi ke restoran Tomyam pula untuk lunch, dan pesan 1 Nasi Goreng Cina untuk anak di rumah. Harga di menu untuk Nasi Goreng Cina ialah RM5. Saya order Nasi Goreng Ikan Masin RM5 dan air Nescafe Panas RM2 dan kedai tersebut belum daftar GST mungkin jualannya tidak melebihi had yang perlu untuk mendaftar GST. Congak-congak total untuk dibayar ialah RM12

Lepas belahak (sendawa) terpaksa je telan makanan walaupun tak sedap, habiskan juga kerana sayang dan rasa membazir oii sepinggan dah la RM5 hehe... terus panggil budak ambil order kira, tanpa buang masa budak tu siap congak "RM13 bos" .... aik aku silap kira ke?? Saya termenung jab dan terus minta bil.... terbeliak mata "bekas makanan RM1" mak aiii bekas plastik nipis yang tak boleh diguna semula di caj RM1 untuk makanan yang saya beli di kedai dia??. 


Terus teringat Cik Kiah yang pulangkan short 0.30 sen tadi... waweiii mahal sangat ke bekas "mudah terurai atau biodegarasi" ni? Saya sangat sokong langkah menghalang penggunaan polisterin demi kelestarian alam sekitar tetapi mengapa pengguna pula yang menjadi mangsa??  Jika beg plastik pengguna masih boleh membuat pilihan untuk membayar 0.20 atau tidak tetapi bekas makanan mana ada pilihan... habis tu makanan tu nak letak di mana?? Nak kena usung tupaware ke??

Penguatkuasaan larangan pembungkusan plastik dan polisterin mulai 1 Sept 2017, tetapi bermula 1 Januari 2017 boleh dikatakan 99% peniaga sudah tidak mengguna bahan polisterin. Rata-rata peniaga di KL dan Selangor mengguna bekas plastik lutsinar yang lembut untuk membungkus makanan. 

Perlu ada mekanisma perancangan yang rapi menyedia alternatif kepada peniaga dan pengguna agar tidak terbeban dengan penguatkuasaan. Pengguna sudah terbeban dengan tambahan kos GST 6% dan kini dengan kos bahan untuk membungkus makanan pula. Cuba kita congak secara simple jika restoran tersebut mengenakan GST . 

Kos total pembelian saya ialah RM12 jika ada GST 6% ini bermakna lebihan 0.72 sen dan jika kedua-dua makanan itu saya bungkus dan peniaga tersebut mengenakan bayaran untuk 1 bekas makanan 0.30 setiap satu ini bermakna saya akan membayar 0.60 sen (kita assume peniaga kenakan 0.30 sen, restoran tomyam tadi melampau sangat dan saya telah boikot restoran tersebut). Mari kita kira kos keseluruhan yang terpaksa dibayar RM12 + 0.72 sen + 0.60 sen = RM13.32 sen. Tolonglah kenapa kami sebagai pengguna harus menanggung semua ini??? Ekonomi slow, inflasi meningkat, harga petrol seminggu sekali berubah dan matawang semakin menyusut nilainya ... tolonglah beri sesuatu yang boleh menggembirakan kami .... pleaseeeeee

No comments:

Post a Comment