Showing posts with label pru13. Show all posts
Showing posts with label pru13. Show all posts

Friday, June 28, 2013

Pilihanraya Kecil Kuala Besut, Masa Untuk Bercakar?



Bahang PRU13 baru mula nak sejuk, ... tup tup kita nak kena layan lagi satu episod pilihanraya kecil la pulak di DUN Kuala Besut di Terengganu.  Kematian Dr A Rahman Mokhtar yang mewakili BN baru-baru ini memaksa situasi kembali panas kerana pecahan kerusi di DUN Terengganu adalah sangat tipis, sebelum ini BN mempunyai 17 kerusi dan Pakatan Rakyat 15 kerusi. 

Kini kerusi BN menyusut kepada 16 kerusi dan Pakatan Rakyat kekal 15 kerusi, kalau nak dijadikan cerita ....Pakatan Rakyat menang .. maka situasi "seri" tidak dapat tidak mesti diterima oleh MB Terengganu yang baru-baru ini telah mem "punish" pengundi yang tidak memangkah BN dengan kenyataan yang dianggap oleh penganalisa politik sebagai tidak cerdik dan tidak melambangkan kecerdikan seorang pemimpin tertinggi di Terengganu, atau mungkin PR akan berkuasa di Ganu Kiter?

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu YB Dr Alias Razak menyifatkan kenyataan Adun Kijal Dato' Seri Ahmad Said yang tidak mahu melaksanakan pembinaan rumah mampu milik di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dimenangi oleh pembangkang sebagai 'tidak masuk akal'.

Secara kasarnya MB Terengganu, telah "mendera" pengundi BN yang telah memangkah BN pada PRU13 di kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Hermm mungkinkah pengundi BN akan berkecik hati dengan kenyataan MB dan berpaling tadah menyokong PR? Jentera BN akan mengguna segala kekuatan yang ada itu sudah pasti ... namun terpaksa membayar dengan harga yang amat tinggi dengan kenyataan yang telah MB Terengganu ucapkan dengan tersebarnya video ucapan tersebut di Youtube dan baru-baru ini membekukan penghantaran Pelajar ke Universiti Al-Azhar dengan alasan  kursus di universiti yang berumur ratusan tahun itu tidak "sesuai".

Kemungkinan pilihanraya kecil akan di adakan pada bulan Syawal ini,dan rasanya Syawal ini Masa Untuk Bercakar akan kembali ...tunggu.... 

Friday, May 24, 2013

PRU13 - Berpolitk Jangan Sampai Jadi Macai..




Paling terkejut bila kawan satu kelas di sekolah menengah memaki hamun saya dengan perkataan yang penuh keji. Dia akan menyelit di setiap pos saya di fb .. dan akan maki saya kerana mengatakan pos saya berunsur politik walaupun saya pos "aduss penatnya memandu ...kl jem teruk sampai bilakah begini?" .. cuba bayangkan pos yang macam ni pun ditafsir sebagai politik... saya membalas dengan ringkas "aku menyesal kenal ko ... kerana tak sangka ko macai paling hina pernah aku jumpa!!" Lepas saya reply .. saya unfriend dia di FB.. tak mengapa hilang kawan begitu.. kawan yang terlalu rendah mentalitinya kan...

Sebelum itu kawan saya ni memang aktif pos di FB .. paling dia suka pos ialah menghentam peribadi pemimpin pembangkang, berserta "kununnya" video seks sebagai bukti. Saya sering memberi komen secara kawan-kawan dan mengguna bahasa paling hormat untuk menegur sikap beliau. Saya khuatir dan malu jika anak-anak saya terbaca pos-pos lucah tersebut. Bermula dari situ dia sudah "declare war" terhadap saya ... perghhh!!.. siap ajak geng maki saya.. tetapi mujurlah saya bukan jenis cepat melatah..saya gelak-gelakkan ajer.... kerana saya sangka mereka pun bergurau-gurau ajer , tetapi bila dah hari-hari "attack" saya .. eloklah dia dan geng dia di "unfriend" kan aje.

Saya bukan ahli politik dan tidak ada parti politik pun, cuma saya inginkan perubahan, negara yang bebas rasuah dan jika rakyat teraniya ada individu atau organisasi bebas yang mampu membela nasib rakyat, negara yang lebih maju dengan pentadbiran yang lebih cekap dan Malaysia yang aman damai tanpa persengketaan kaum... itu sahaja yang saya inginkan tetapi ramai yang tafsirkan saya pro PR... 

Nak berpolitik silakan tak ada siapa yang melarang, tetapi janganlah sampai jadi macai.. cuba lihat petikan dari blog ini , maksud macai;

Walaupun maksud "Macai" (馬仔) itu secara terjemahan terus boleh lah dimaksudkan 'budak yang diperkudakan', namun perkataan ini tidak wujud dalam kamus bahasa Cina di Tanah Besar China dan ia merupakan perkataan yang lahir di Tanah Melayu. Ia juga merupakan hasil kependekan kepada "Malaicai" yang disebut dengan bunyi "Macai".

Kredit - http://ipohmalay.blogspot.com/2013/04/asal-usul-perkataan-macai.html

So ... nak berpolitik silakan tapi janganlah jadi macai...  Wasalam 



 

Friday, March 8, 2013

PRU13 - Pemimpin Berasal Dari Rakyat Marhein adalah Pilihan Rakyat




 Di Malaysia dan beberapa Negara di dunia,  akan menjadi tradisi untuk memilih pemimpin dari keturunan yang memimpin sebelumnya.  Jika ayahnya adalah ahli politik terkenal maka anak-anak malah cucu-cucu mereka pun akan mewarisi populariti ayah dan datuk mereka jika mencebur diri di dalam politik. Mereka akan diangkat menjadi pemimpin negeri ataupun negara kerana mereka “berbinkan” ayah dan keturunan datuk mereka yang terkenal. Anak-anak dan cucu pemimpin ini akan membesar sebagai golongan bangsawan yang akan hidup dengan gaya mewah dan bergaya. Mereka ini seperti pepatah English; “born with a silver spoon in mouth” , semuanya sudah tersedia dan hanya perlu disuapkan sahaja. 

Adakah anak dan cucu bangsawan ini memahami masalah rakyat marhaen? Sudah tentu tidak kerana mereka tidak akan bergaul dengan rakyat biasa seperti yang digarapkan didalam filem Tan Sri P.Ramlee, iaitu “Di Antara Dua Darjat”. Segala aktiviti rakyat biasa adalah aktiviti remeh dan leceh bagi mereka, golongan bangsawan hanya akan mengarahkan kuli-kuli untuk melakukan segala kerja dan memenuhi segala keperluan mereka.

Perbandingan jelas di hadapan mata,  kualiti pemimpin dari akar umbi rakyat akan berjaya mentadbir negara dengan sukses dan maju, rakyat akan bersama-sama merasa nikmat pembangunan dan limpahan ekonomi yang dijanakan dan yang paling penting pemimpin berasal dari rakyat biasa akan dapat memenuhi keperluan rakyat marhaen atau golongan rakyat jelata. 

Tepuk dada dan pangkahlah kertas undi dengan bijaksana. Kuasa memilih di tangan kita. Jika masih ingin kekalkan tradisi silakan tetapi teruskanlah dengan gaya kepimpinan orang-orang bangsawan atau ingin berhijrah kepada gaya pemimpin yang berasal dari golongan marhaen,  yang telah terbukti berjaya sebelum ini. 

Salam ceria …. Salam PRU13