Friday, March 8, 2013

PRU13 - Pemimpin Berasal Dari Rakyat Marhein adalah Pilihan Rakyat




 Di Malaysia dan beberapa Negara di dunia,  akan menjadi tradisi untuk memilih pemimpin dari keturunan yang memimpin sebelumnya.  Jika ayahnya adalah ahli politik terkenal maka anak-anak malah cucu-cucu mereka pun akan mewarisi populariti ayah dan datuk mereka jika mencebur diri di dalam politik. Mereka akan diangkat menjadi pemimpin negeri ataupun negara kerana mereka “berbinkan” ayah dan keturunan datuk mereka yang terkenal. Anak-anak dan cucu pemimpin ini akan membesar sebagai golongan bangsawan yang akan hidup dengan gaya mewah dan bergaya. Mereka ini seperti pepatah English; “born with a silver spoon in mouth” , semuanya sudah tersedia dan hanya perlu disuapkan sahaja. 

Adakah anak dan cucu bangsawan ini memahami masalah rakyat marhaen? Sudah tentu tidak kerana mereka tidak akan bergaul dengan rakyat biasa seperti yang digarapkan didalam filem Tan Sri P.Ramlee, iaitu “Di Antara Dua Darjat”. Segala aktiviti rakyat biasa adalah aktiviti remeh dan leceh bagi mereka, golongan bangsawan hanya akan mengarahkan kuli-kuli untuk melakukan segala kerja dan memenuhi segala keperluan mereka.

Perbandingan jelas di hadapan mata,  kualiti pemimpin dari akar umbi rakyat akan berjaya mentadbir negara dengan sukses dan maju, rakyat akan bersama-sama merasa nikmat pembangunan dan limpahan ekonomi yang dijanakan dan yang paling penting pemimpin berasal dari rakyat biasa akan dapat memenuhi keperluan rakyat marhaen atau golongan rakyat jelata. 

Tepuk dada dan pangkahlah kertas undi dengan bijaksana. Kuasa memilih di tangan kita. Jika masih ingin kekalkan tradisi silakan tetapi teruskanlah dengan gaya kepimpinan orang-orang bangsawan atau ingin berhijrah kepada gaya pemimpin yang berasal dari golongan marhaen,  yang telah terbukti berjaya sebelum ini. 

Salam ceria …. Salam PRU13

No comments:

Post a Comment