Showing posts with label derma. Show all posts
Showing posts with label derma. Show all posts

Wednesday, January 26, 2011

Pusat Pendidikan Al-Barakah

Rasanya jika disebut Ustaz Kazim, kalau anda tidak kenal dengan beliau rasa agak janggallah.. saya cadangkan anda semua mula "search" di internet pasti ada link - link video percuma di You Tube atau laman yang membenarkan kita download secara percuma. Kalau ingin menderma untuk saham akhirat, sila dapatkan CD beliau di kedai-kedai yang menjual CD agama, versi CD adalah lengkap dan bersiri. Selain dari mendapat ilmu agama, hasil jualan CD tersebut disalurkan ke Pusat Pendidikan Al-Bakarakah yang dikendalikan oleh Ustaz Kazim sendiri.

Semenjak berkenalan dengan CD Ustaz Kazim, saya telah menjadi peminat setia kepada Ustaz yang dianugerahkan dengan Ilmu Agama yang tinggi, selamba dan amat bijak serta lucu, cara penyampaian beliau amat terang dan jelas.Bagi saya Ustaz Kazim juga boleh digelar sebagai "Singing Ustaz" kerana Ustaz Kazim juga amat berbakat untuk menyanyi, yang mengkagumkan saya Ustaz Kazim Al-Hafiz sememangnya mempunyai daya hafalan yang amat hebat kerana mampu menghafal Al-Quran malah mampu menghafal dialog-dialog filem lama dan terkini, lirik-lirik lagu terutama Bollywood dan nama-nama pelakon serta ahli keluarga pelakon tersebut pun Ustaz Kazim tahu... cayalah hehe

Kini jika saya" travel" bersama keluarga, CD Ustaz Kazim pasti menjadi pilihan utama sewaktu perjalanan jauh berbanding dulu-dulu, Sebelum kenal CD Ustaz Kazim CD Spiderman lah, CD Zombie Kampung Pisang lah, dan CD hiburan semata-semata yang tidak berbentuk ilmiah langsung. Anak-anak saya yang sudah bujang-bujang pun tidak jemu-jemu mendengar ceramah Ustaz Kazim, cara terbaik untuk kita dekatkan anak-anak dengan Ilmu Agama secara interaktif. Kalau nak ajak ke surau atau masjid untuk mendengar ceramah pasti liat "banget" anak-anak remaja ni kan ... dengan CD Ustaz Kazim anak-anak remaja tidak menolak dan terpaku mendengar.

Paling penting... Ustaz Kazim tidak mewakili mana-mana Parti Politik, itu yang paling utama kerana beliau akan memberi komen yang sama rata tidak berpihak kepada mana-mana parti pun... 



Untuk mengenali Ustaz Kazim dengan lebih lanjut anda bolehlah ke laman web http://www.albarakah.org/index.html atau ke laman Fanpage Facebook. Anda juga boleh menyumbang dan membuat wakaf kepada Pusat Pendidikan Al-Barakah untuk saham Akhirat, untuk derma dan wakaf sila klik sini http://www.albarakah.org/derma/index.html

Kalau cari CD ..carilah CD Ustaz Kazim... Kalau Cari Ustaz Kazim carilah CD ... hehe itulah cara ungkapan popular beliau.


Friday, January 14, 2011

Rumah Kanak-Kanak Nur Salam Chow Kit

Assalamualaikum... semoga di hari Jumaat ini anda mendapat keberkatan yang berlipat kali ganda..Insya Allah. Sebagai seorang Muslim hati saya tersentuh melihat gambar kanak-kanak yang terbiar akibat dari perbuatan mungkar yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Mujurlah ada invidu dan organisasi yang perihatin dengan nasib kanak-kanak yang terbiar dan berkeliaran di Chow Kit yang terkenal dengan imej aktiviti tidak bermoral.

Cuba lihat anak-anak kita yang dirumah, yang kita tatang, dibelai dan diberi makanan yang lazat-lazat, kadang-kadang bilik dilengkapi "air-cond" untuk mengelak dari anak terasa panas dan menghindar gigitan nyamuk. Dihantar ke sekolah dan diberi kelas bimbingan untuk berjaya di dunia. Diberi didikan agama secukupnya dan pelbagai kemudahan yang kita "laburkan" kepada anak-anak kita. Bagaimana anak-anak di Nur Salam Chow Kit?. Mereka tidak merasa semua itu ..mereka mengharapkan belas ikhsan orang untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Sekiranya ..anda ingin "melabur" saham akhirat dan memberi sinar harapan kepada anak-anak ini anda boleh ke alamat :

Rumah Nur Salam
No 24A-B, Jalan Chow Kit
Kuala Lumpur

Tel No: 03-4045 4021
Fax: 03-4045 4031



Anda boleh menderma wang tunai ke akaun Public bank : Yayasan Salam - 3072879302

Antara Sumbangan yang sangat-sangat diperlukan ialah :-
  • Makanan dan Minuman seperti Cornflakes, Nestum, Peanut Butter, Jem dan sebagainya
  • Barangan 'Dettol'
  • Keperluan Harian
  • Pakaian seperti T-Shirt, Tract suit dan sebagainya
  • Dana berbentuk kewangan

[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim
 

Saturday, December 25, 2010

Blog baru Drcool ?

Ya benar dan betul dan tepat dan segala-galanya benar ... saya bercadang untuk menjadikan blog ini sebagai catatan umum dan tidak terikat hanya semata-mata kepada perubatan Homeopathy yang telah menjadi kerja harian saya di dunia nyata dan juga di alam siber. 

Saya bercadang untuk menjadikan blog ini sebagai satu blog yang mampu membantu didalam pelbagai aspek seperti info mengenai asnaf (orang susah) yang memerlukan bantuan, derma-derma untuk pembinaan surau atau masjid, pembinaan rumah-rumah anak-anak yatim dan pelbagai aspek yang menjurus kepada aktiviti ukhrawi melebihi duniawi. 

Walaupun terdapat Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang telah berusaha keras mengutip zakat sepanjang tahun sehingga telah berjaya mengumpul ratusan juta ringgit duit zakat,  namun masih "terlepas pandang" sehinggakan masih terdapat golongan asnaf yang tidak menerima bantuan. Berkemungkinan kakitangan PPZ tidak mencukupi untuk meredah bandar dan desa untuk menyalur bantuan zakat kepada golongan asnaf. Apa yang menyedihkan saya masih ramai orang Islam yang merempat dan merayu-rayu untuk bantuan, ada yang ditolak bantuan zakatnya kerana pelbagai alasan sehingga ada orang Islam yang ditawarkan bantuan oleh pihak bukan Islam yang tidak diketahui maksudnya.


JIka sekiranya pembaca blog ini mempunyai info asnaf atau golongan miskin Islam yang memerlukan bantuan bolehlah salurkan maklumat kepada saya untuk di paparkan di blog ini.Jika anda benar-benar yakin akan balasan Allah untuk amal-amal kita di dunia marilah kita menyumbang sedikit wang ringgit dan info. Seboleh-bolehnya saya akan sertakan no.akaun asnaf dan anda boleh terus "bank in" secara terus kepada mereka.

Blog ini juga akan menjadi medium cerita harian, mingguan, bulanan dan pengalaman saya sebagai doktor atau pengamal perubatan Homeopathy, komen-komen semasa dan luahan hati mungkin hehee.... tapi!! ini bukan blog yang berunsur politik harap maklum!