Friday, January 14, 2011

Rumah Kanak-Kanak Nur Salam Chow Kit

Assalamualaikum... semoga di hari Jumaat ini anda mendapat keberkatan yang berlipat kali ganda..Insya Allah. Sebagai seorang Muslim hati saya tersentuh melihat gambar kanak-kanak yang terbiar akibat dari perbuatan mungkar yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Mujurlah ada invidu dan organisasi yang perihatin dengan nasib kanak-kanak yang terbiar dan berkeliaran di Chow Kit yang terkenal dengan imej aktiviti tidak bermoral.

Cuba lihat anak-anak kita yang dirumah, yang kita tatang, dibelai dan diberi makanan yang lazat-lazat, kadang-kadang bilik dilengkapi "air-cond" untuk mengelak dari anak terasa panas dan menghindar gigitan nyamuk. Dihantar ke sekolah dan diberi kelas bimbingan untuk berjaya di dunia. Diberi didikan agama secukupnya dan pelbagai kemudahan yang kita "laburkan" kepada anak-anak kita. Bagaimana anak-anak di Nur Salam Chow Kit?. Mereka tidak merasa semua itu ..mereka mengharapkan belas ikhsan orang untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Sekiranya ..anda ingin "melabur" saham akhirat dan memberi sinar harapan kepada anak-anak ini anda boleh ke alamat :

Rumah Nur Salam
No 24A-B, Jalan Chow Kit
Kuala Lumpur

Tel No: 03-4045 4021
Fax: 03-4045 4031



Anda boleh menderma wang tunai ke akaun Public bank : Yayasan Salam - 3072879302

Antara Sumbangan yang sangat-sangat diperlukan ialah :-
  • Makanan dan Minuman seperti Cornflakes, Nestum, Peanut Butter, Jem dan sebagainya
  • Barangan 'Dettol'
  • Keperluan Harian
  • Pakaian seperti T-Shirt, Tract suit dan sebagainya
  • Dana berbentuk kewangan

[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim
 

No comments:

Post a Comment