Sunday, January 9, 2011

Derma Ikhlas Anda Diperlukan - Masjid Al-Mustaqim

Selagi anda mempercayai perbuatan baik dibalas baik dan perbuatan jahat dibalas jahat, dengan iman yang tidak berbelah bagi dengan balasan dari Allah. Pahala adalah satu kepercayaan yang memerlukan keimanan yang tinggi untuk mempercayainya kerana sebagai seorang Islam kita amat mengharap akan mengumpul pahala yang banyak untuk dibawa sebagai bekalan di hari Akhirat nanti. Secara mudahnya pahala adalah ganjaran dari Allah yang kita tidak akan nampak atau merasainya selagi kita masih di dunia ini.

Amat mudah untuk mendapat ganjaran pahala, sedarkah anda sewaktu anda melangkah keluar dari rumah ke pejabat dengan niat untuk menyara ahli keluarga anda. Allah akan menganugerahkan pahala dengan niat tersebut. Setibanya anda dipejabat,anda bekerja keras dengan niat untuk membantu syarikat anda lebih maju atau sekiranya anda bekerja di pejabat kerajaan, anda telah melaksanakan tugas anda dengan memudahkan urusan orang ramai dan tanpa dicemari rasuah. Anda akan dianugerah pahala .... Mudahkan.

Salah satu pahala yang amat besar ialah menderma untuk pembinaan masjid, di sini saya sertakan info untuk anda menderma terus ke tabung pembinaan masjid yang amat memerlukan bantuan kewangan untuk pembinaan masijid Al Mustaqim di Bandar Seri Putra, Bangi Selangor.

Masukkan terus infak anda ke dalam akaun Masjid al-Mustaqim:
Maybank Islamic: 562834504024
CIMB Islamic: 12370000608108
BIMB: 12029010059585

Hubungi Bendahari jika memerlukan resit pembayaran dan keterangan lanjut:
En. Ahmad Nizam 019-2462115 

"Sesungguhnya pahala amalan dan kebajikan yang dicapai oleh seseorang mu'min selepas matinya ialah ilmu pengetahuan yang disebarinya atau anak soleh yang ditinggalnya atau naskah Quran yang dipusakakannya atau masjid yang dibinakannya atau rumah tumpangan perantau yang dirikan atau sungai yang dialirkannya atau derma yang dikeluarkan dari hartanya dalam masa sihatnya dan dalam masa hidupnya akan diperolihi pahalanya selepas matinya" (diriwayat oleh Imam Ibnu Majah)


Kita perlu berusaha agar bersedekah jariah demi mendapatkan pahala selepas mati.Sekiranya kita tidak mampu untuk membina sebuah masjid,lapangkan bantuan dengan menderma sedikit wang sekurang-kurangnya mmapu membeli 10 atau 20 buah batu bata dalam pembinaan masjid...

Kita perlu berusaha mengejar amalan jariah kerana itulah pahala kita selepas mati nanti...



No comments:

Post a Comment