Anda berbintang Capricon, Aquarius, Pisces, Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio dan Sagittarius ?. Hukumnya adalah HARAM..mengapa ?, alah lecehlah kan nak seronok-seronok baca horoscopes atau ramalan bintang pun tak boleh ke?. Bila melibatkan akidah bukan aqiqah tau..di ulang AKIDAH, hukumnya jelas tidak boleh!, nahi' kabee nahi'! (dalam bahasa Urdu, entah betul ke tidak tatau la hehe) no!, meiyou, bu shi dalam bahasa Mandarin dan apa jua bahasanya tetap tidak boleh dan HARAM, Ramalan bintang adalah HARAM kerana bersifat ramalan, bila kita suka-suka membacanya untuk hiburan, TIBA-TIBA ramalan tersebut betul-betul terjadi dan menjadi realiti, Syaitan pun berbisik "haa tengok kan dah real ramalan tu", hati kita pun terdetik "iyer la real la ramalan ni!".. maka dikhuatiri akidah anda telah terpesong dan terkeluar dari Islam (Nauzubillah) tanpa anda sedari... Oleh itu leceh ke atau tak bes ke, sebagai seorang Islam kita wajib akur bahawa HUKUMNYA HARAM seperti petikan huraian yang diterdapat di laman web JAKIM.
"Sebagai umat Islam kita dilarang mempelajari hal yang bersifat tekaan untuk meramal nasib manusia bahkan ia merupakan suatu perbuatan syirik dan berunsur jahiliyah serta termasuk dalam kategori sihir dan mendustakan takdir sedangkan mereka yang mendustakan takdir jelas termasuk di dalam golongan musyrik."
Sejarah Ramalan Bintang
Sejarah awal diperlori oleh Greeks, yang menggunakan kaedah ramalan matahari, bulan dan digandingkan dengan tarikh lahir seseorang individu, kaedah ini digunakan untuk meramal apa yang "bakal" terjadi kepada seseorang itu.
Amalan meramal bintang ini tersebar ke seluruh dunia dan di beri nafas baru oleh seorang lelaki yang bernama Willian Lilly untuk ahli-ahli gerejanya dan digelar "Christian Astrology", sehingga kini usaha murni William untuk menyesatkan umat manusia telah berjaya! Sehingga kini dengan secara tradisinya ada 12 bintang iaitu: Aries (March 21-April 19), Taurus (April 20-May 20), Gemini (May 21-June 20), Cancer (June 21-July 22), Leo (July 23-August 22), Virgo (August 23-September 22), Libra (September 23-October 22), Scorpio (October 23-November 22), Sagittarius (November 23-December 21), Capricorn (December 22-January 19), Aquarius (January 20-February 19), and Pisces (February 20-March 20).
Hadith Nabi dan Huraian Dari JAKIM
Mempercayai Ramalan Bintang
Tarikh:
Apr 13, 2010 Riwayat:
(Muslim) Kategori:
Akidah Hadith:
Dari Zaid bin Khalid, katanya: Kami bersembahyang subuh dengan Rasulullah s.a.w di Hudaibaiah, sedangkan pada malamnya hujan turun. Setelah selesai, beliau menghadapkan mukanya kepada orang banyak seraya berkata: Tahukah anda apa yang telah dikatakan Allah? Jawab mereka itu: Allah dan Rasul-Nya yang mengetahui. Kata Rasulullah s.a.w.: Allah telah berkata: Pada pagi ini ada di antara hamba-hamba-Ku yang percaya kepada-Ku dan ada pula yang ingkar; adapun yang menyatakan: Kita telah didatangkan hujan dari kurniaan Allah dan rahmat-Nya, maka orang itulah yang beriman kepada-Ku dan ingkar kepada bintang-bintang; adapun yang berkata, kita telah dituruni hujan sebab bintang Anu dan bintang Anu, maka orang itulah yang ingkar kepada-Ku dan percaya kepada bintang-bintang.
Huraian Hadith:
Bintang adalah salah satu daripada ciptaan Allah SWT yang berfungsi sebagai penunjuk arah bagi pelaut dan nelayan selain sebagai penghias cakerawala. Justeru adalah satu pemikiran yang sesat apabila ada orang yang beranggapan bahawa bintang-bintang tersebut mempunyai kuasa yang mampu mempengaruhi nasib dan perjalanan hidup manusia sebagaimana yang menjadi bahan kepercayaan muda mudi sekarang terhadap bintang Capricon, Aquarius, Pisces, Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio dan Sagittarius. Sebagai umat Islam kita dilarang mempelajari hal yang bersifat tekaan untuk meramal nasib manusia bahkan ia merupakan suatu perbuatan syirik dan berunsur jahiliyah serta termasuk dalam kategori sihir dan mendustakan takdir sedangkan mereka yang mendustakan takdir jelas termasuk di dalam golongan musyrik.
Ingat-ingatkanlah saudara, saudari, anak-anak dan sahabat taulan, Cool bukanlah seorang ustaz, tetapi ingin berdakwah dan menyumbang sesuatu untuk Islam dan saudara saudari seagama. Hendak berdakwah secara fizikal Cool tak mampu, jadi blog ini Cool jadikan sebagai medium untuk menyampaikan sedikit dakwah dengan berpandukan halaman JAKIM sebagai panduan.Jika salah tolong tegurkan.......
No comments:
Post a Comment