Tengah kaki terangkat-terangkat geram sebab Samir Nasri tak dapat score goal (game live Arsenal vs Liverpool), anak saya yang berumur 9 tahun menerjah tanpa salam. Soalan dia bukanlah susah sangat pun. "Piece of cake" je bak kata cikgu Ilmu Hisab (mathematic) saya pada suatu ketika dulu, dia menegur saya sewaktu saya terkial-terkial menjawab soalan algebra. Apa la pekdahnya x+y - (x+y) ni? saya selalu merungut dalam hati sebab bosan subject tu. Soalan anak saya amat simple, "apa maksud idola?" . Mudah je kan, kalau sedang tidur pun saya boleh jawab.
Soalan berikutnya menjadi semakin "susah gila" bila dia bertanya "siapakah artis yang patut menjadi idolanya". Memang sukar kerana artis yang terbayang dikepala semua tidak boleh dijadikan idola dari segi moral dan kehidupan mereka..tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 18sx. Kalau search je di internet mesti ada gossip yang tak baik, pakai seksi-seksi macam tak pernah belajar hal-hal aurat atau saja tak ambil tau sebab negara kita bebas nak pakai macam mana pun .., nak jadikan idola kanak-kanak memang amat merbahaya dan tidak digalakan, takut bila besar nanti suka berkemban pula . Contohnya saya ingatkan artis ini sopan tetapi bila search je "artis malaysia" keluar gambar berkemban dia, then paling tak bes gambar ni diambil pada 2009 lepas Diana Danielle baru je habis SPM. Saya ingat dia ok tapi ko juga (mungkin sekarang dia dah ok kot kan hehe maaf, sebab tak tau lak cerita terbaru Diana Danielle) ... terus cari-cari tak jumpa juga ...
Garu kepala untuk mencari satu nama artis idola, memang susah dan secara spontan saya kata Siti Nurhaliza lah. Anak saya yang berumur 9 tahun itu geleng kepada dan amat mengejutkan saya bila dia memberi fakta, "Dato' Siti orang marah dia Baba, sebab orang kata dia kahwin dengan suami orang". Wow! umur 9 tahun dah baca gossip artis.! Terangkat saya dari tempat duduk terkejut. Hebat-hebat anak-anak sekarang. "Baca kat mana ni Kak Cik?" saya korek-korek rahsia dia, pelik umur 9 tahun dah pandai gossip-gossip ni. "Kak Cik baca kat Beutifulnara lah Baba". Lopong jab mulut saya untuk beberapa saat.. inilah dunia serba canggih kan, semuanya adaaaa... (Dato' Siti bagi saya dia berjaya tanpa perlu seksi-seksi, tayang dada atau peha untuk maju .. dia amat sopan dan berjaya diatas usaha dan bakatnya)
Disebabkan saya tak mengikut sangat hal-hal artis, saya suruh dia merujuk kepada ibunya.. orang perempuan memang suka hal-hal artis ni kan... wife saya pun berkerut-kerut dahi memikir... dan nama Yuna terbit dari mulutnya. Saya pun segera bersetuju dengan dengan pendapat wife saya .. kerana Yuna bertudung sopan, sudah grad dari UIA dan kini di New York, USA sebagai recording artis di Cutting Room Studios. So far rekod Yuna boleh dijadikan sebagai Artis Idola, dan dia pun cute juga walaupun tak berkemban atau tayang peha.
yuna? yg pakai tudung & main muzik ni biasa kita tgk dlm gereja.. cakaplah kan anak tu artis tak perlu dijadikan idola..tp kalu drpd segi usaha tu mungkin bolehlah..mcm dato ct tu dr kecik memg disuruh menyanyi & mcm2 pertndingan dia masuk & sentiasa berlatih cuma popular tu bergantung pd nasib jugak..kalu dulu og akan kata pakai tudung mana boleh nyanyi tak sesuai.. tp zaman sekarg dah terbaik org pakai tudung pun boleh wat apa2 dia suka. dah hilang hormat org pd p'puan bertudung.
ReplyDeletesuara wanita adalah aurat, walaupun dia tutup aurat lain, dah jadi trend pakai tudung, main muzik dan menyanyi tetapi yg moleknya taklah dedah sampai tak cukup kain..itu kira nilai murnidan contoh kepada kanak-kanak, dari segi hukum memang sah haram lah kan.
ReplyDeletebudak-budak mencari idola dan secara pskilogi kita beri 1 idola dan beri penjelasan, barulah otak kanak-kanak diajar untuk berfikir bukan hanya mengkritik..sebaik-baiknya kita mengajar kanak-kanak itu menerima kritikan dan mengkritik diri sendiri sebelum mengkritik orang lain sebab kita sebagai insan memang sentiasa anggap diri kita bagus selalu kan :)
Terima kasih atas komen azila :)
wah beutifulnara x tahan. Saya umur 19 baru tahu baca Blog..Kelas gitew..
ReplyDelete