Umat Islam yang hampir murtad atau yang telah murtad kerana kesukaran mendapat bantuan kewangan dari badan yang sepatutnya menjaga hal ehwal umat Islam itu sendiri. Sedangkan kutipan Zakat mencecah ratusan juta ringgit setiap tahun... di mana silapnya? Jika dilihat dari kekuatan kewangan yang dikumpul, Umat Islam di Malaysia atau Asnaf amat beruntung kerana tinggal di Malaysia dan beragama Islam, tetapi hakikatnya terdapat 12 orang yang di diragui akidah semasa JAIS membuat serbuan di sebuah Gereja (sila baca lapuran di bawah).
PETALING JAYA: Kecewa usahanya untuk mendapatkan sokongan dan bantuan bagi meneruskan kehidupan, segelintir ibu tunggal dikatakan sanggup bernaung serta menerima bantuan daripada pihak gereja, biarpun menyedari tindakan itu mungkin perangkap untuk mereka meninggalkan Islam.Seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Sabrina berkata, dia sudah menyertai pelbagai aktiviti anjuran sebuah gereja di Seksyen 13 di sini, sejak lebih setahun lalu dan mendapati ada lebih 100 wanita sepertinya di rumah ibadat itu.“Sebelum ini saya pernah mohon bantuan dari jabatan agama dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tapi gagal, sedangkan mereka (gereja) sanggup memberikan wang untuk saya menyara diri dan keluarga, malah untuk modal saya membuka perniagaan,” katanya kepada Harian Metro.
Ibu tunggal berusia 34 tahun yang mahu dikenali sebagai Sabrina itu antara 20 individu beragama Islam berada di gereja berkenaan ketika penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan kira-kira jam 9 malam kelmarin.
Sabrina berkata, dia menyertai kegiatan di gereja itu sejak lebih setahun lalu selepas diperkenalkan seorang rakan.
Oleh itu saya ingin menyeru kepada mereka yang berada di kerusi empuk di PUSAT PUNGUTAN ZAKAT atau lain-lain badan yang berkaitan sila buat kerja anda..kerana di dunia ini anda gagal menjalankan tugas sehingga terdapat umat Islam yang murtad, anda akan menanggung akibatnya kerana kegagalan tersebut, kerusi anda empuk di akhirat nanti berkemungkinan akan berapi atau dipenuhi jarum tajam... hanya Allah yang tahu ...
No comments:
Post a Comment