Sebagai orang Islam, bila kita bangun dari tidur akan menyebut nama Allah dengan sebutan sekurang-kurangnya "Bismillah.." dan selepas itu akan melakukan solat Subuh dengan menyebut "Allah Huakbar", sebagai Umat Islam kita akan menyebutnya dengan kerap di dalam kehidupan harian. Sebaliknya ...orang Kristian akan menyebut "Jesus Christ" atau "Owh my God", tetapi jika kita menonton drama atau filem Hollywood, sebutan paling popular bagi penganut Kristian ialah "Jesus Christ".
Saya bukan anti kepada mana-mana agama, kerana semua agama menyeru kepada kebaikan dan bertoleransi. Tak ada satu pun agama di dunia ni, dok seru pengikutnya buat jahat.. betul ka salah ? kalau salah tolong bagitau agama apakah itu ?
Sejarah Kristian memang lama dah semenjak seperti yang dorang percayalah, bahawa Nabi Isa disalib (bagi orang Islam adalah sebaliknya). Orang Kristian juga percaya bahawa Nabi Isa itu anak tuhan (bukan Allah ok).Itu kepercayaan mereka dan orang Islam telah berhujah bahawa kalau dorang maksudkan tuhan yang ada anak itu adalah Allah, maka itu adalah tidak benar sama sekali. Simple je kan.. ALLAH adalah ESA tidak ada isteri, anak dan tiada ada kelemahan seperti hamba-Nya , iaitu kita.
Setahu sayalah hanya, Kristian di Malaysia dan Indonesia saja yang galak benar nak guna nama Allah, tetapi di Vatican tak ada pula dok kecoh-kecoh (kalau saya silap tolong bagitau naaa). Ustaz Dato Dr Haron Din sendiri telah mengkaji Bible. Beliau telah membuat kajian bahawa tidak ada satu pun perkataan ALLAH di dalam Bible. Bible hanya merujuk kepada perkataan GOD.
Kalau lah nak sangat guna nama ALLAH, adakah dorang sanggup declare bahawa Al-Quran itu benar dan Nabi Muhammad saw itu adalah Rasul yang terakhir?. Umat Islam mengiktiraf semua Rasul dan Nabi yang di Wahyukan kepada Baginda Rasulullah melalui Al-Quran. Jika mereka anggap Allah orang Islam adalah sama dengan GOD dorang ... Sila declare bahawa Al-Quran itu adalah Wahyu Allah dan tidak ada keraguan, Nabi Muhammad adalah Rasul terakhir dan Hadis Baginda adalah dari Allah... dan jangan sesekali dok sebut Isa itu anak Allah dan declare bahawa Isa itu BUKAN anak Allah kerana Allah itu Maha Esa. Boleh ke?