Bila orang bukan Islam dok bantah dan buat isu mengenai laungan Azan, hati cool yang memang "cool" ini akan "hot", berani sungguh mereka ni.. menghina laungan azan yang akan berkumandang 5 kali sehari untuk memanggil dan mengingatkan kita waktu bersolat sudah tiba.. azan yang menjadi teras kepada solat 5 waktu sejak ribuan tahun dari zaman Rasulullah lagi ...
geram memang geram!!. Kenapa orang bukan Islam ni "jaki" sangat dengan Azan ni ye? Geram memang geram bila hal-hal agama Islam yang suci ini dihina oleh kaum yang bukan Islam, kita (orang Islam) tidak pernah cuit hal "terganggu" hingga buat lapuran. Cool duduk di Gombak 24 tahun, setiap tahun pasti ada Thaipusam. Rumah cool hanya 5 km je dari Bt Caves. Tak dinafikan memang cool rasa terganggu yang amat sangat dengan jalan jem dan bau masam air kelapa, begitu juga Chap Goh Meh bakar colok sampai berpuluh-puluh batang sampai sesak nafas dibuatnya, tetapi cool dan orang Islam lain relaks je.. terima je hakikat dan tidak pernah pun orang Islam keluar "statement" di surat kabar pun kata rasa terganggu ... dan mereka amat bebas dan selamat untuk mengamal agama mereka... Berani benar mereka ini huh!... tapi mesti ada sebabnya kan (kita perlu mengkaji bukan mengeji semata-mata betul tak?).. (kecuali yang hati amat busuk dan yang anti-Islam berkecuali lah yer).
Puncanya cool rasa, ini pandangan cool lah.. laungan azan yang diperdengarkan oleh bilal-bilal dikebanyakkan masjid dan surau tidak menurut seperti yang dintuntut oleh Rasulullah. Azan diperdengarkan tidak ada seni langsung ditambah dengan suara yang tidak merdu. Seolah-olah kita mendengar lagu "heavy metal" sahaja, jika kita sebagai orang Islam sejati dan beriman, kita tetap menghormati azan walaubagaimana pun azan itu diperdengarkan tetapi bagaimana dengan Ah Chong dan Kuppusamy..? bagi mereka azan yang tidak merdu adalah "gangguan" tetapi sebaliknya jika Azan yang merdu akan menjadi halwa telinga kepada mereka.Jika azan di Televisyen memang "best" dan sedap didengar tetapi bila azan di surau... Dulu pernah jiran cool yang beragama Kristian tanya kat cool "kenapa itu nyayi pagi-pagi ini hali tidak dengar meh?" Kebetulan sistem bunyi di surau sudah rosak, "sot" sebab kena kilat. Cool tanya balik kenapa dia tanya, rupanya-rupanya dia amat suka dengar azan sewaktu subuh "manyak sedap meh, lagi aa wa tak payah set alarm meh senang mangun pergi kilijer". kembang kempis hidung cool bangga... walaupun bukan suara cool yang dipuji tetapi tetap berbangga dengan bilal atau muazzin surau taman perumahan yang cool tinggal. Komitmen beliau setiap pagi untuk memperdengarkan azan tanpa dibayar gaji, semuanya kerana Allah dan suara merdunya mampu menarik minat si Josep Tan sebelah rumah saya, cool amat berbangga sekali. Hanya Allah yang Maha Kaya sahaja yang akan membalas jasa kepada bilal tersebut.
Seperti Azan Di TV1 ini pada tahun 2007, memang sedap dan indah;
Malah Azan yang merdu mampu untuk mendekatkan kaum yang beragama bukan Islam untuk mendekati Islam. Seperti antara sunat-sunat azan yang terdapat hadis mengatakan;
Nabi s.a.w bersabda kepada Abdullah bin Zaid r.a yang mimpi azan dalam tidurnya:"Pergi jumpa Bilal dan ajar dia cara2 azan yang kau dapat dari mimpimu. Sesungguhnya suaranya lebih sedap dan nyaring dari suara engkau."(Hr Abu Daud)
lain-lain hadis juga berbunyi begini;
Maksudnya ucapkan kalimah azan dengan tenang dan jelas. Umar r.a berkata kepada Abu az-Zubair muazzin masjid Baitil Maqdis:
"Apabila kamu azan hendaklah kamu lafazkan dengan tenang dan jelas."(Hr Baihaqi)
Malah disunat untuk mempunyai dua (2) orang muazzin atau lebih, seperti hadis ini ;
Disunatkan mempunyai dua muazzin pada satu masjid.
Ini kerana Nabi s.a.w mempunyai dua tukang azan. Nabi s.a.w bersabda:
Ini kerana Nabi s.a.w mempunyai dua tukang azan. Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Bilal mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh). Maka hendaklah kamu makan dan minum (bersahur) sehinggalah Ibnu Maktum mengumandangkan azan (subuh)."(Hr Bukhari dan Muslim)
Dibenarkan untuk lebih dari dua mengikut keperluan seperti mana Uthman bin Affan mempunyai empat muazzin di zamannya.
Pada fikiran cool yang jahil ini, jika sunat mempunyai 2 muazzin ini bermakna Rasulullah amat menekankan tentang kualiti azan yang akan diperdengar, bukan hanya sekadar azan semata-semata. jadi kan cool rasalah kan... jika ingin mengikut Rasulullah dan sunnahnya, bukan hanya setakat berjanggut dan berjubah sahaja, tetapi kita juga perlu lebih mengkaji bab-bab lain seperti azan, walaupun hanya sunat, azan mampu menjadi medium untuk berdakwah... dan apa salahnya jika azan itu merdu....kan
Rancangan realiti untung berjuta-juta hasil dari program mencari suara yang merdu, Akademi Fantasia (AF), Bintang RTM (entah ada ke tidak lagi ye?) dan bermacam-macam lagi. Jika ada yang bersuara merdu, iramanya indah dan sesuai dengan jiwa kita.. kita akan mendengarnya berkali-kali, malah sanggup menghafal liriknya.
Suara penyanyi yang merdu dengan lenggok yang indah akan menjadikan kita suka dan minat untuk mendengarnya..walaupun tidak faham langsung makna lirik lagu tersebut. Pernah dulu cool minat sangat dengan lagu Jepun sampai sanggup cari kamus untuk menterjemahkan makna lagu tersebut!.
Pada pandangan cool carilah jalan , carilah guru dan menjadi agenda utama surau dan masjid untuk memerdukan laungan azan... Sunat kan...
artikel ini sgt informatif...kite perasan perfect..then bile org tegur terus marah2 n sensitif...padahal adakalnya kite perlu memikirkan semula mesti ada cacat cela dimana2 kenapa org lain merasa terganggu.
ReplyDeletebetul tu Myheart .. merdu itu indah dan dituntut oleh Islam
ReplyDelete