Lega Cool rasa bila terbaca paper hari ni, geng kaler kuning BERSIH dah kensel nak berarak di KL. Dorang mungkin mengguna stadium untuk meneruskan hasrat mereka. 99% demonstarasi akan berakhir dengan menyusahkan orang ramai, keganasan dan rosak harta awam.
Cool memang tak menyokong sebarang demonstrasi dari pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan. Cuma Cool harap pihak POLIS yang bijaksana lagi cekap akan bersikap profesional, tidak memilih bulu untuk menghalang hanya sebelah pihak pembangkang sahaja, jika ada yang berhasrat nak buat demonstrasi waalaupun di pihak kerajaan, jika dorang degil tahan dan buat sama rata seperti di pihak pembangkang. Barulah kredibiliti pihak POLIS sentiasa di tempat tertinggi!.
Kalau nak tunjuk power sangat tunggu PRU13, Cool rasa pilihanraya di Malaysia dah ok , walaupun terdapat beberapa perkara yang boleh disyaki terdapat "kes-kes auta" seperti pengundi hantu atau lain-lain, suara pengundi tidak akan dapat dihalang. Contohnya Selangor, Perak (kalah semula), Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang sekarang berada di tangan pembangkang!. Tak perlulah demonstrasi tambahan pula ada Ambiga..dan yang paling Cool kesali dan rasa tidak bijak berpolitik adalah PAS.... wahai PAS kenapa rosakkan reputasi anda dengan Ambiga dan DAP demi kuasa?
No comments:
Post a Comment