Di Malaysia dan beberapa Negara di
dunia, akan menjadi tradisi untuk
memilih pemimpin dari keturunan yang memimpin sebelumnya. Jika ayahnya adalah ahli politik terkenal maka
anak-anak malah cucu-cucu mereka pun akan mewarisi populariti ayah dan datuk
mereka jika mencebur diri di dalam politik. Mereka akan diangkat menjadi
pemimpin negeri ataupun negara kerana mereka “berbinkan” ayah dan keturunan
datuk mereka yang terkenal. Anak-anak dan cucu pemimpin ini akan membesar sebagai
golongan bangsawan yang akan hidup dengan gaya mewah dan bergaya. Mereka ini
seperti pepatah English; “born with a silver spoon in mouth” , semuanya sudah tersedia dan hanya perlu disuapkan sahaja.
Adakah anak dan
cucu bangsawan ini memahami masalah rakyat marhaen? Sudah tentu tidak kerana
mereka tidak akan bergaul dengan rakyat biasa seperti yang digarapkan didalam
filem Tan Sri P.Ramlee, iaitu “Di Antara Dua Darjat”. Segala aktiviti rakyat
biasa adalah aktiviti remeh dan leceh bagi mereka, golongan bangsawan hanya
akan mengarahkan kuli-kuli untuk melakukan segala kerja dan memenuhi segala
keperluan mereka.
Perbandingan jelas
di hadapan mata, kualiti pemimpin dari
akar umbi rakyat akan berjaya mentadbir negara dengan sukses dan maju, rakyat
akan bersama-sama merasa nikmat pembangunan dan limpahan ekonomi yang dijanakan
dan yang paling penting pemimpin berasal dari rakyat biasa akan dapat memenuhi
keperluan rakyat marhaen atau golongan rakyat jelata.
Tepuk dada dan
pangkahlah kertas undi dengan bijaksana. Kuasa memilih di tangan kita. Jika
masih ingin kekalkan tradisi silakan tetapi teruskanlah dengan gaya kepimpinan
orang-orang bangsawan atau ingin berhijrah kepada gaya pemimpin yang berasal
dari golongan marhaen, yang telah
terbukti berjaya sebelum ini.
Salam ceria ….
Salam PRU13