Pada sekitar 2007 saya telah membeli rumah yang berkeluasan 20x65 di Taman Impian Putra, Bangi Lama dengan harga RM163,000, tetapi selepas membayar deposit saya terpaksa batalkan kerana ingin membeli rumah yang sama keluasan di Bandar Baru Bangi dengan harga RM183,000. Perbezaan kedua hartanah ini lebih kurang RM20,000 hanya kerana di Bandar Baru Bangi rumahnya sudah siap dan terdapat sekolah rendah dan menengah dikawasan berhampiran. Sedangkan di Bangi Lama rumah masih didalam pembinaan dan tidak ada satu pun sekolah menengah. Pelik tapi benar di kawasan Bangi Lama hanya terdapat satu sekolah rendah dan tidak ada satu pun sekolah menengah setelah lebih 50 tahun merdeka, sehingga kini sekolah menengah hanya dibina di Bandar Seri Putra yang jaraknya 5km.
Rumah saya di Gombak berkeluasan 20x65 pada harga asal RM55,000 di beli pada 1990 kini berharga RM390-450,000 dan
Apartment di Kajang yang dibeli pada 2004 pada harga RM75,000 kini telah berharga RM160,000 yang berkeluasan 791 kaki persegi.
Rumah saya di Bangi Lama yang dibeli pada harga RM169,000 kini telah berharga RM320-360,000. Peningkatan harga rumah yang mendadak ini amat menguntungkan jika kita melabur membeli hartanah pada usia yang muda.
Namun niat saya terhalang untuk memiliki rumah di Bandar Baru Bangi kerana pemilik rumah tersebut mengalami meroyan selepas lawyer saya membuat permohonan untuk mengetahui baki terkini rumahnya. Maka secara tiba-tiba saya kehilangan separuh wang deposit saya, itu pun selepas saya fight hak saya kerana pembatalan pembelian dibuat oleh pemilik rumah tersebut. Kalau tidak burn semua duit saya. Pelikkan ..
Selepas itu saya kembali ke projek rumah di Bangi Lama yang sudah masuk ke progress 20% pembinaannya. Wang deposit saya masih ada cuma harga rumah sudah naik kepada RM169,000 (naik RM6,000). Ok lah tu reasonable la kan ..dulu hanya tanah kosong tetapi kini sudah ada frame concrete.. at least saya sudah boleh bermimpi untuk memiliki rumah sendiri yang baru...
Pada waktu itu harga petrol sudah dinaikkan dengan mendadak oleh PM pada masa itu Tun Abdullah Badawi. Harga barang binaan pun turut naik seperti besi, kayu dan lain-lain tetapi harga simen dikawal oleh kerajaan dengan menetapkan harga siling. Mujurlah saya sudah sign S&P sebelum itu, maka harga rumah saya masih kekal pada harga tersebut. Selepas itu kecoh di akhbar-akhbar bahawa bekalan simen terjejas atau berkurangan. Pengeluar simen mula bermain "sekejab ada sekejab tak ada" macam iklan biskut tu... Hati saya mula risau boleh ke siap rumah aku ni???....
Maka mulalah episod di mana harga rumah melonjak naik bila pada 5 Jun 2008 Pak Lah mengumumkan "HARGA SILING SIMEN DIMANSUHKAN". Ini bermakna harga simen sudah tidak lagi dikawal oleh kerajaan. Maka tersenyum lebarlah semua pengilang simen, dari RM14 harga simen mula naik sehingga RM17.75 pada Ogos 2012. bakal pembeli rumah pula, mula tidak tidur lena bila harga rumah dengan keluasan 20x65 yang baru dilancarkan sudah mencecah lebih RM200 - 250,000 (pada sekitar 2008-2009).
Terkini pada tahun 2013, selepas 3-5 tahun selepas harga siling simen dimansuhkan. Harga rumah sudah melonjak naik lebih 100%. Harga rumah yang berharga RM170,000 pada 2007-2008 telah meningkat kepada RM320-390,000 pada 2013. Nampaknya semakin sukarlah pembeli rumah untuk membeli rumah yang lebih selesa untuk keluarga. Terutama bagi yang berpendapatan rendah dan sederhana ditambah dengan kekangan ketat oleh bank-bank yang memberi pinjaman... walaupun mampu mengeluarkan wang 10% deposit untuk membeli rumah tetapi ia belum terjamin untuk korang sudah boleh beli rumah. Bank-bank akan meminta pelbagai dokumen untuk menyaring permohonan korang. Kalau korang bekerja dengan syarikat-syarikat besar, korang ada bonus untuk dipermudahkan kelulusan tetapi jika sebaliknya atau korang sorang peniaga maka harapan mungkin tinggal harapan atau kalau diluluskan pun hanya 80-85% sahaja dibiayai oleh bank dan selebihnya korang kena korek sendirilah!!.
Secara amnya saya berpendapat harga rumah naik memang bagus untuk pelabur tetapi bagi pembeli rumah pertama ia adalah bencana. Sifat tamak oleh segelintir manusia telah menjerumuskan kepada konflik yang paling serius iaitu memiliki rumah sendiri. Jika mampu pun untuk membeli rumah, lokasi rumah dan tempat kerja adalah tidak munasabah seperti korang beli rumah di Seremban tetapi bekerja di Gombak... dah la pengangkutan awam kita masih di tahap dunia ketiga.. kita masih dilabel negara dunia ketiga ke ??
No comments:
Post a Comment