Tuesday, February 22, 2011

Kereta Untuk Di Jual - Avanza 1.3, 2005 (A) Full Spec

Hehehe maaf la yer lari tajuk lak di blog ni , cool nak jual kereta kesayangan cool ni, Avanza 1.3 Full Spec Auto tahun 2005, condition kereta tip top la , cool boleh gerenti sebab cool dan wife je drive kereta ni, tak pernah buat hal di tengah jalan. Keadaan body pun masih cun cuma ada la sikit-sikit calar, biasa la kan kereta dah berumur 5 tahun. Lain-lain seperti alarm, power window dan center locking semua masih berfungsi. Cool dah lowered kan dia tapi masih simpan spring original dan akan diberi kepada owner baru nanti.. ke empat-empat tayar pun masih baru






Alamak yang ni bukan kereta cool tau tapi indon punya hehe


Harga cadangan untuk di jual ialah RM38,000, masih boleh runding jangan risau  ... sapa-sapa yang berminat , cuba call bank dulu berapa loan boleh lepas , then baru boleh tahu berapa deposit boleh bayar dan selebihnya bank yang bayar kat cool nanti kan kan... yang penting tanya bank TAPI jangan tanya along bukit beruntung atau ahlil nujum nahupun tukang tilik  atau yang tidak kena mengena dengan industri kereta .. bahaya oooo

Boleh SMS atau Call di 019-257 00 23

Thursday, February 10, 2011

Sombong tak ada gunanya cik kak oi...


Berurusan di kaunter-kaunter Agensi Kerajaan , bank dan segala kaunter yang seangkatan denganya, cakaplah apa pun yang melibatkan kaunter.. mau tak mau akan kita akan terjumpa pegawai bertugas yang sombong lagi masam mukanya. Kalau kaunter tu tempat minta bantuan contoh subsidi, pinjaman ke atau lesen-lesen .. kenalah banyak-banyak beristiqfar, telan ubat anti-depresi atau ubat sakit jantung kalau anda sakit jantung.. bawa kipas tangan pun perlu , untuk menyejukkan hati yang panas walaupun ekon dah sejuk gila. Tapi secara puratanya cool nampak kaunter-kaunter perkhidmatan di agensi gomen (kerajaan) sudah banyak improvement dulu-dulu tahun 80-90 an lagi la teruk gila ... kini pegawai sombong tak la ramai sangat..cuma terdapat la sorang dua "nak kerja makan gaji saja" hatinya tidak di kaunter tersebut .. hadir kerja kerana wajib punch card kalau tidak gaji tak masyukkk.

Cerita ni baru tadi eh ..semalam dah pukul 12:16 minit rupanya ..kalendar dah berubah hehe... Cerita ni lawak pun ada sedih pun ada, beginilah ceritanya...

Pada hari yang indah cool ke satu Agensi Kerajaan untuk renew pasport (cawangan agensi tersebut dirahsiakan) dah meninggal pasport cool .. 2 bulan lepas. Renew pasport cadang-cadang nak travel la ..destinasi di rahsiakan hehe. Mula-mula sampai di Agensi tu kene que untuk ambil nombor dan kaunter tu berfungsi untuk menasihatkan orang ramai untuk langkah-langkah yang perlu seperti borang-borang yang perlu diisi dan lain-lain.. pegawai tu muka sorom je (orang utara kata muka masam la) ... kasi nombor dan tanya "nak urusan apa?" pegawai tu tanya dengan tonasi garang. Tersentak juga jiwa romatis cool ni hehe.. "nak renew pasport puan" cool jawab penuh sopan. "Cik la saya belum kawin" dia jawab dengan muka lagi extra masam ..adoii apa la masalah pompan ni ..cool fikir sorang-sorang. Dia pun hulur nombor dan borang "cara isi tengok sana" dia guna muncung mulut tunjuk arah. adoyaii ..aku cubit juga mulut dia ni kang kang ... cool pun jalan dengan longlai ..apa la salah aku pagi-pagi ni ?, betul-betul membunuh mood orang ... sabar je la

Sekoyong-koyong eh macam cerita seram pula .. 2-3 orang selepas cool ada sorang mak cik .. warga emas, tengok dari dressing nak kata miskin tak juga nak kata kaya macam orang kaya tapi dressing ala-ala mak cik la kan.. di tepi mak cik tu ada lelaki tinggi orangnya pakai baju putih dan seluar hitam .. anak dia kot tapi nampak baju dia lusuh la sikit .. handphone dia pegang pun jenis "baling anjing pun mati".. 

"Mak cik tak bawa spek la nak... tolong isi kan borang mak cik boleh ?" mak cik tu tanya dengan sopan juga la.. tapi ..tapi pegawai kaunter tu agak tinggi suaranya "Laaa tak bawa spek bukan masalah saya ..mak cik suruh sapa-sapa isi ..saya tengah sibuk ni..eee menyusah kan betullll" , Lelaki tadi menghanpiri mak cik tadi dan pegang borang untuk membantu. Pegawai tu terus sergah lagi... "kan ada anak tu ..dok suruh orang juga" suara pegawai tu makin tinggi sampai semua orang sekeliling menoleh untuk melihat. Mak sik tadi dah merah padam muka... lelaki tadi dengan muka garang terus mendekati pompan meroyan si pegawai tu "cik puann ko ni senggugut ke .. aku ni bukan anak dia ko tau.. aku ni driver dia .. ko tau sapa mak cik ni ?... dia mak bos ko la cik puan, Encik bla bla.... baru kerja jaga kaunter dah belagak macam pegawai tinggi pergi panggil bos ko sekarang!!" Lelaki tu separuh menjerit kepada pegawai tu "arr arr saya saya.." tergagap-gagap pegawai tu .. " pergi pangil Encik Bla Bla sekarang!!" Lelaki tu terus jerit kepada pegawai tu ... hujan banjir melanda pegawai pompan tersebut dan Encik Bla Bla pun keluar salam mak dia dan cium tangan lalu suruh mak dia duduk sebentar, Encik Bla Bla guna isyarat tangan  panggil pegawai sombong tak henggat tu masuk bilik dia ... dan anda bayangkan lah apa terjadi kan ... rugikan tak ada untung pun kalau kita menyombong .. hermm jarang-jarang la dengar kalau menyombong dapat untung kan... Silap-silap pegawai sombong tu sekarang dok kerja di Limbang, Sarawak kot ..(Limbang adalah 1 daerah di Negeri Sarawak yang bersempadan dengan Brunei)

Macam ni la kot muka pegawai sombong tu selepas kena "bambu" dengan boss dia


Orang ramai tersenyum sinis melihat, ada yang tunjuk tanda bagus ada yang geleng-geleng kepala ..cool tersenyum sendirian dan tarik nafas dalam-dalam... "kesiannnn... dia" cool cakap sorang-sorang dan terus isi borang...

Moral of the story : "Senyum itu adalah sedekah" senyum-senyum selalu, berbudi bahasa dan hormat menghormati sesama insan adalah satu tuntutan agama kita, lajak perahu boleh gostan tapi lajak kata nak gostan gear jam pula.... hehehe


Wednesday, February 9, 2011

Pemandu Sopan Vs Pemandu Lembab Vs Pemandu Gila


Setiap hari drive di highway Utara - Selatan atau mana-mana highway di Malaysia ni pasti akan terjumpa driver atau pemandu yang bersopan atau yang makan angin atau yang tak ingat mati ..memecut tak henggat dunia. Driver yang bersopan oklah tak perlu nak cerita tapi mereka ni menjadi mangsa buli driver yang lembab yang suka makan angin di tengah-tengah highway dan driver yang gila, ke kiri salah ke kanan salah nak memotong takut kena speed trap adoyaii!..

 Gambar di ceduk dari blog ohbulan

Driver yang gila tak henggat nak mati memang kompem nak mati dan pasti salah jika Polis Trafik nampak, tapi jarang-jarang la nampak peronda lebuhraya yang guna Evo mengejar driver gila tu .. tapi pernah la nampak Evo tahan lori kontena hermmm ... Driver bas ekpress antara driver yang gila dan tak serik-serik (bukan semua la kan tapi ramai la dorang ni.. kalau ikut nisbah menang driver gila dari yang berhemah). Kita dok buat forum , dok buat macam-macam , kata macam-macam tapi peguatkuasaan masih macam tu juga .. kenapa yer? 


Yang dah gila memang sah sakit hati jer dibuatnya tapi yang lembab atau lembam lagi la menyakitkan hati. Ada yang layan SMS , ada yang layan telefon , ada yang layan sembang dan ada yang semacam stress je memandu. Peliknya dorang ni dok di line tengah? Kalau speed ikut speed highway ok , kalau speed di benarkan 110 dorang akan drive dengan relaks dengan kelajuan 70-80 kmj di lorong tengah... adoyaiii . Lepas tu datang bas ekspress , lori panjang atau kereta yang speednya 110 atau lebih ..apa lagi bersimpang siur lah aksi potong memotong untuk mengelak pemandu yang makan angin di lorong tengah. Saya rasa dah tak sesuai dengan slogan "KELAJUAN MEMBAWA MAUT" .. kena buat slogan baru "LEMBAB AKAN MENGAKIBATKAN ORANG LAIN MAUT"... !!. Yang bawa laju gila-gila sampai habis meter di pecutnya ada undang-undang boleh mendakwa dorang tapi yang memandu macam siput dan bagi pemandu lain marah dan hilang sabar ada ke tidak undang-undang untuk dorang ?

Rasanya POLIS dan JPJ kene saman juga dorang ni kan ..kan

Friday, January 28, 2011

Paksa anak yatim cari dana

Pernah sekali saya menghantar SMS kepada pengusaha kismis minda atau doa untuk bertanya kenapa perlu mengguna tenaga dan membenar kanak-kanak perempuan dan laki-laki berumur di antara 9-15 tahun merayau-rayau sekitar Pertama Komplek  pada waktu hampir senja untuk menjual kismis yang dihasilkan oleh pengusaha tersebut. Jawapan beliau itu bukan tanggung jawab beliau, dia hanya mengusaha dan memarahi saya kerana menuduh dia  bukan-bukan. Dia menegaskan bahawa telah mendapat kebenaran dari ibu bapa kanak-kanak tersebut sebagai latihan keusahawanan. Ada akai ke ? Logik kah ? adakah ? mengapa ? seorang bapa atau ibu membenarkan anak-anak kecil merayau-rayau menjual kismis di waktu senja sebagai latihan keusahawanan?

Minta derma dengan mengguna resit yang  kununnya menunjukkan ia sebagai aktiviti sah juga semakin menjadi-jadi. Kanak-kanak yang berlebai putih ala-ala murid sekolah pondok akan meminta derma untuk dana rumah anak yatim. Pernah juga saya membuat panggilan ke Kedah mengikut nombor telefon seperti tercetak di resit derma yang dikutip oleh kanak-kanak yang mengaku dari Pusat Tahfiz itu, tetapi nombor tersebut tidak pernah didaftarkan. Bayangkan resit beralamat di Kedah tetapi kanak-kanak tersebut mengutip derma di Kuala Lumpur dan Selangor, tidak ke itu satu penipuan mengguna kanak-kanak... tidak bersekolah ke mereka ?.

Kosmo hari ini melaporkan seperti di bawah : 

PORT DICKSON – Setelah sekian lama bebas mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja miskin serta yatim piatu seramai 83 orang supaya melakukan jualan amal hingga lewat malam setiap hari, sebuah pusat tahfiz di sini diserbu pihak berkuasa kelmarin.

Serbuan ke atas pusat yang terletak di Ambang Kota, Lukut itu dibuat selepas orang ramai mengadu tidak tahan lagi melihat pelajar terbabit dipaksa menjual peralatan ibadah, buku, minyak angin dan kismis tanpa sebarang upah.

Ketika pengusaha pusat tahfiz itu lena tidur, kanak-kanak terbabit terpaksa tidur beralaskan lantai simen setelah kepenatan ‘bekerja’ atas alasan ia adalah sebahagian kurikulum keusahawanan pusat tahfiz tersebut.
Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berkata, siasatan mendapati kanak-kanak tersebut dibawa dengan kenderaan ke beberapa lokasi sekitar Port Dickson, Seremban, Nilai dan lain-lain tempat untuk menjual barangan tanpa sebarang upah.


Bagaimana jika kanak-kanak tersebut diculik adakah Pusat Tahfiz tersebut akan melaporkan kepada Polis ? , saya amat pasti mereka akan mendiam diri  kerana khuatir akan di soal siasat oleh pihak Polis. Maka kanak-kanak tersebut berkemungkinan besar akan terjebak didalam kancah  pelacuran, penghambaan, pemerdagangan manusia dan mungkin menjadi mangsa bunuh dan akan lenyap tanpa mendapat pembelaan... Memalukan nama Islam, amat memalukan jika Pusat yang dianggap sebagai tempat menjana para ilmuan Islam tetapi sebaliknya dimanipulasi sebagai pusat hamba zaman moden.

Ya Allah Ya Tuhan Ku masukkan lah Iman di dalam hati mereka yang berfikiran jahat dan memalukan agama Islam dengan mengguna nama Islam sebagai topeng... Selamatkan lah kanak-kanak terutama anak yatim dari menjadi mangsa kepada manusia yang zalim.

Di harap pihak berkuasa akan membanteras kegiatan tidak bermoral ini sehingga ke akar umbi....

Wednesday, January 26, 2011

Pusat Pendidikan Al-Barakah

Rasanya jika disebut Ustaz Kazim, kalau anda tidak kenal dengan beliau rasa agak janggallah.. saya cadangkan anda semua mula "search" di internet pasti ada link - link video percuma di You Tube atau laman yang membenarkan kita download secara percuma. Kalau ingin menderma untuk saham akhirat, sila dapatkan CD beliau di kedai-kedai yang menjual CD agama, versi CD adalah lengkap dan bersiri. Selain dari mendapat ilmu agama, hasil jualan CD tersebut disalurkan ke Pusat Pendidikan Al-Bakarakah yang dikendalikan oleh Ustaz Kazim sendiri.

Semenjak berkenalan dengan CD Ustaz Kazim, saya telah menjadi peminat setia kepada Ustaz yang dianugerahkan dengan Ilmu Agama yang tinggi, selamba dan amat bijak serta lucu, cara penyampaian beliau amat terang dan jelas.Bagi saya Ustaz Kazim juga boleh digelar sebagai "Singing Ustaz" kerana Ustaz Kazim juga amat berbakat untuk menyanyi, yang mengkagumkan saya Ustaz Kazim Al-Hafiz sememangnya mempunyai daya hafalan yang amat hebat kerana mampu menghafal Al-Quran malah mampu menghafal dialog-dialog filem lama dan terkini, lirik-lirik lagu terutama Bollywood dan nama-nama pelakon serta ahli keluarga pelakon tersebut pun Ustaz Kazim tahu... cayalah hehe

Kini jika saya" travel" bersama keluarga, CD Ustaz Kazim pasti menjadi pilihan utama sewaktu perjalanan jauh berbanding dulu-dulu, Sebelum kenal CD Ustaz Kazim CD Spiderman lah, CD Zombie Kampung Pisang lah, dan CD hiburan semata-semata yang tidak berbentuk ilmiah langsung. Anak-anak saya yang sudah bujang-bujang pun tidak jemu-jemu mendengar ceramah Ustaz Kazim, cara terbaik untuk kita dekatkan anak-anak dengan Ilmu Agama secara interaktif. Kalau nak ajak ke surau atau masjid untuk mendengar ceramah pasti liat "banget" anak-anak remaja ni kan ... dengan CD Ustaz Kazim anak-anak remaja tidak menolak dan terpaku mendengar.

Paling penting... Ustaz Kazim tidak mewakili mana-mana Parti Politik, itu yang paling utama kerana beliau akan memberi komen yang sama rata tidak berpihak kepada mana-mana parti pun... 



Untuk mengenali Ustaz Kazim dengan lebih lanjut anda bolehlah ke laman web http://www.albarakah.org/index.html atau ke laman Fanpage Facebook. Anda juga boleh menyumbang dan membuat wakaf kepada Pusat Pendidikan Al-Barakah untuk saham Akhirat, untuk derma dan wakaf sila klik sini http://www.albarakah.org/derma/index.html

Kalau cari CD ..carilah CD Ustaz Kazim... Kalau Cari Ustaz Kazim carilah CD ... hehe itulah cara ungkapan popular beliau.


Sah Ahmad Dhani Pengetua AF9

Saya ni bukanlah pengikut AF atau ingin ambil tahu pasal AF ni, tetapi tiba-tiba terasa ingin sedikit ambil tahu kerana Ahmad Dhani menjadi Pengetua AF9. Apa sudah jadi dengan ASTRO? sudah tidak ada artis Malaysia yang layak ke ? atau tidak ada artis Malaysia yang setanding dengan artis Indon ke? itulah persoalan pertama saya bila membaca berita di Berita Harian hari ni...

ASTRO tidak sensitif ke atau sekurang-kurangnya bersifat patriotisme pun jadilah . Selepas Pasukan Harimau Malaya yang menjuarai Piala AFF Suzuki di Jakarta di cemuh, dihina, disepak, diludah dan diprovokasi sehingga terpaksa berlindung didalam BARRACUDA dahsyatikan ... 



Provokasi oleh artis-artis Indonesia juga amat hebat. Sehingga ada terdapat artis wanita Indonesia iaitu Julie Perez pun bersekongkol untuk memanaskan isu sehingga sanggup memakai coli laser. Apatah lagi menghina Lagu Negaraku dan Jalur Gemilang.. di mana letaknya patriotisme ASTRO?.


Ada ASTRO peduli dengan  BENDERA yang membakar BENDERA MALAYSIA ?

Ramai lagi artis Malaysia yang hebat-hebat, tidak perlulah mengimport artis dari negara yang membenci Malaysia dengan pelbagai penghinaan yang telah dibuat, saya tidak kisah jika Ramli Sarip kerana rakyat Singapura tidaklah sekolot dan berfikiran sempit seperti sesetengah rakyat Indonesia.

Peguam Cina Bantah Laungan Azan

Selak-selak "paper" lama terjumpa pula pasal isu peguam berbangsa Cina, Ng Kian Nam yang membantah laungan azan di kawasan Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur.

"Setiap orang mempunyai kelemahan dan saya mahu meminta maaf kepada semua umat Islam kerana salah faham yang terjadi. Sebenarnya saya tidak tahu membezakan antara suara azan dan ceramah (kuliah subuh)," katanya pada sidang akhbar di sini semalam"



Saya cuba nak gelak dan cucuk-cucuk pinggang saya , cucuk-cucuk ketiak saya agar saya boleh ketawa berdekah-dekah kerana peguam berbangsa Cina ini membuat lawak paling bodoh mengalahkan lawak-lawak bodoh di rancangan Raja Lawak. Ng Kian Nam pastinya dilahirkan di Malaysia, dibesarkan di Malaysia dan pastinya bergaul dengan orang-orang Islam dan sudah mestinya bukan kali pertama Ng Kian Nam mendengar laungan Azan dan pastinya ceramah bukan dilaungkan seperti Azan tetapi ada butir-butir percakapan ceramah tersebut. Wah banyak kan "pastinya".

Pastinya ceramah tersebut akan dituturkan didalam bahasa Melayu yang Ng Kian Nam pun boleh faham isi ceramah tersebut. Tidak boleh bezakan ke Azan dengan ceramah ? , elok tukar kerakyatan sahaja Ng Kian Nam pergi duduk di Hong Kong la.  Jika masuk mahkamah agak-agak boleh terima pakai tak alasan ni  ? tapi kita terima je, siap salam dengan muka yang mesra ... tanpa pendakwaan sewajarnya kerana berani mencabar Agama Islam dan Azan yang menjadi teras kepada 5 waktu Solat kita.



Senang cerita Ng Kian Nam buat alasan paling tidak bijak untuk melepaskan diri beliau .... Mudahkan bila dah "kasi bakar sikit" hati Umat Islam, bila isu dah panas minta maaf la "ini olang Islam manyak pengampun" , apa susah orang Islam mudah je... minta maaf "setel" la, sama seperti kes 4 remaja Cina di Seremban yang simbah cat merah dan membaling botol arak ke Surau , minta maaf je "setel", tetapi berbeza dengan kes 3 lelaki Islam yang membakar Gereja sudah pun didakwa di Mahkamah...... Alahai nak gelak ke nak menangis ni????

Laungan 1Malaysia bukan bermakna , Agama Islam boleh di 1Malaysia kan juga, keistimewaan Agama Rasmi Malaysia tidak boleh dicuit , hak-hak penganutnya tidak boleh dipertikaikan .. nak berpolitk ke nak berbahas ke nak apa ke .. jangan di cuit isu-isu hak kami orang Islam... kerana kami orang Islam tidak mencuit anda untuk mengamal Agama anda .. anda amat SELAMAT DI MALAYSIA... sebelum konsep 1 Malaysia diperkenalkan pun...