Saturday, August 4, 2012

Penjaja Pasar Ramadan Mesti Ikhlas


Jangan tak percaya jika saya habaq yang saya pernah menjuai di Pasar Ramadan.. ini adalah pengalaman yang tak ternilai, memang penat tapi berbaloi-baloi bila pembeli yang mai semalam dia repeat mai beli lagi esoknya. Produk saya hanya 1 iaitu ayaq Lee Chi Kang atau Len Chi Kang atai Laicikang. Saya tulih di meja saya waktu tu Laicikang, jadi saya akan guna nama Laicikang lah kan ..

Pot saya berniaga waktu tu (1995) Pasar Ramadan Bandar Baru Bangi Seksyen 16. Pasar Ramadan yang terbesaq di Bandar Baru Bangi.. sampai la ni pun Pasar Ramadan Sesyen 16 masih kekal sebagai status Pasar Ramadan yang paling popular dan terbesaq.

Gambar kredit kepada - http://www.azuanzahdi.com

Laicikang yang saya juai dibungkuih didalam plastik yang mempunyai bahan-bahan cukup menarik, dengan pelbagai kaler dan isinya nampak sangat mantap. Orang lain juai RM1.20 saya juai RM2.00 tapi Alhamdulillah saya mampu habiskan 100 bungkus untuk 1 hari. Yang paling penting pembeli setia yang akan "repeat order". Saya perasan ada yang mai beli hari-hari. Menghargai kesetiaan dia, saya bagi "free gift". Dia beli 1 dapat 1 percuma.




Mesti hangpa rasa pelik awat pula orang sanggup mai beli Laicikang saya yang mahai RM0.80 ni berbanding peniaga lain? Apa rahsia saya.. mesti hangpa nak tau kan ehehe.... Saya guna pelarih (pelaris) kot, ish tu dan syirik Nauzubillah. Cara saya mudah saja, saya IKHLAS untuk menyediakan sesuatu yang lazat untuk orang yang berpuasa, selain dari mencari keuntungan hasil dari perniagaan saya.

Itu pesan Allahyarham ayah saya (Meninggai tahun 1998.. Al-Fatihah) dan sampai la ni mak saya pun pesan "hang bila berniaga mesti ikhlas, bila ikhlas hang juai apa pun akan berkat". Begitu juga Rasulullah, baginda seorang ushawan yang jujur dan ikhlas.

Juadah yang rasa teruk akan membuat orang yang membeli tu akan menyumpah, itu adalah doa. Lagipun peniaga Pasar Ramadan akan duduk situ dok berniaga selama sebulan. Hampir 90% orang yang sama akan mai ke Pasar Ramadan yang sama setiap hari. Cerita mengenai masakan atau juadah anda akan diceritakan kepada kawan-kawan dan jiran-jiran. Sebaliknya jika sedap akan bertambah lah pembeli jika rasa teruk maka setiap hari pembeli akan menyusut.. harap nak untung alih-alih tak balik modai pun.

Moral of the story walaupun anda hanya peniaga "jadi-jadian" yang hanya berniaga pada bulan Ramadan saja, anda perlu mahiaq (mahir) untuk menyediakan juadah berbuka.  Jika anda tidak yakin akan kesedapan juadah anda pergilah belajaq memasak, masuk kelas memasak dan kelas membuat kuih-kuih. Kerana reputasi adalah satu perkara yang akan menjamin kelansungan pernigaan anda. Manalah tau satu hari nanti anda nak buka restoran pula kan. 

Tu Diaaaa Pak Tam, restoran nasi kandaq. Orang kampung saya lah tu, asainya dia mula berniaga di gerai tepi jalan ja.. la ni dia dah buka restoran yang "grand"  di Batu Caves berhampiran Stadium MPS Selayang dan terbaru dia buka di R & R PLUS. Kalau sapa yang pernah pi R & R Tapah akan jumpalah restoran dia, bukan di Tapah saja ada restoran dia, tapi ada beberapa R & R yang saya tak ingat..hebatkan dari tepi jalan .. sekarang mungkin dah JUTAWAN .. itulah namanya JUTAWAN SENYAP.



Sepanjang bulan posa ni saya semacam dah serik nak beli kuih atau lauk-pauk di Pasar Ramadan. Membaziaq amalan syaitan.. walaupun syaitan kena gari saya dok buat perangai dia. Maaf cakap dah la mahai tapi rasanya alahai ... last sekali masuk bakui sampah. Pernah saya simpan dalam peti ais, pastu sahoq perangat (panaskan) semula. Malangnya saya dan keluarga tak sentuh pun lauk-pauk yang dibeli tu.

Mahai takpa, orang sanggup bayaq. Orang sekarang dah berduit tak macam dulu-dulu. Ni dah la mahai rasanya tak sedap langsung. Saya dah buktikan saya juai mahai tapi orang tetap beli sebab Laicikang saya mempunyai rasa yang lazat, berbanding yang murah.

Saya menyeru kepada penjaja Pasar Ramadan, sajilah juadah yang terbaik untuk pembeli yang berharap sesuatu yang sedap untuk berbuka berpuasa. Sedialah dengan ikhlas Insya Allah anda semua akan mendapat berkat dan keuntungan di dunia dan akhirat.

Maaf jika saya terkasar bahasa.. yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk semuanya dari saya semata-mata.....




No comments:

Post a Comment