Duit kecik tak da ke bang?
Pejam celik pejam celik dah 11 Ramadan 1433, kalau teruih pejam maka 1434 kita dah takdak didunia ni kan hehe.. sat ja masa berlalu tanpa kita sedaq tiba-tiba ja rambut dah beruban. Masih terbayang zaman sewaktu zaman kanak-kanak riang dulu. Waktu tu sekitaq awal 80an sampai la awai 90an peniaga Melayu sangat sedikit. Di Aloq Staq tempat saya mula kenai dunia sepanjang saya ingatlah takdak satu pun kedai Melayu, samada kedai runcit, restoran atau bengkel gheta. Paling koman pun bila pi market (pasar) ada la sorang dua peniaga Melayu juai ulam-ulam.
Kedai runcit didominasi peniaga Cina dan ada satu dua kedai Mamak atau India. Kalau mai Tahun Baru Cina, saya ingat lagi time tu lah ayah saya terpaksa beli sardine banyak-banyak, beli beraih dan ikan masin untuk buat stok. Kalau tidak kebuloq lah anak beranak tak dak makanan. Pasai apa tau?... sebab habih semua kedai Cina tutup. Aloq Staq jadi mandom (slow) dalam satu dua minggu sebab banyak kedai tak beroperasi pasai Raya Cina.
Punyalah raya dan depa tak heran pun kaum lain lapaq ka nak mampuih ka, depa hanya tau raya sakan sampai ada yang pulun 2 minggu direct. Tapi selepaih tu keadaan agak berubah. Slow-slow peniaga Melayu mula buka kedai runcit malah ada yang buka pasar raya, restoran dan bengkel gheta. Sampai la ni Raya Cina pun Cina dah tamau cuti lama-lama sebab takut rugi kata depa. Bangga jugalah dengan bekaih PM yang juga asai dari Aloq Staq tu ..sapa lagi Tun M lah. Berkat usaha Tun dominasi mula longgaq, tak lah depa dok raya sakan sangat.
Peniaga Melayu Kurang Cekap?
Kalau nak kata tak cekap memang bohonglah, ramai peniaga Melayu dah jutawan ( ada yang kata kroni tapi lantaklah, tu politik saya tak campoq hehe). Kalau tak cekap mana boleh jadi jutawan seperti orang Kedah juga, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari tu. Tan Sri Rozali Ishak juai ayaq sampai jutawan, mestilah cekap dia tu kan. Beberapa nama besaq lain yang tak payah nak sebutlah di sini, maka isu cekap tu sangalah subjektif.
Cuma saya ingin sentuh pasai beberapa perkara yang mungkin peniaga Melayu rasa mengarut atau merapu iaitu isu duit tukaq… hahaha pasti peniaga yang baca ni gelak sampai bergulin-gulin. Memang mangkaq betui Drcool ni .. ada ka cerita pasai ni ja.
Tapi hangpa pernah tak kensel nak pi kedai makan Kak Jah sebab hangpa tak dak duit kecik atau hangpa meluat tengok muka Kak Jah tarik muka panjang bila hangpa huloq duit besaq? Hangpa lebih rela pi kedai mamak pekena roti canai keraih dari tengok muka Kak Jah yang comel tu. Alasannya hangpa tak dak duit kecik!!. Mamak yang tak berapa comel tu tak pernah tarik muka bila hangpa huloq duit besaq, malah mamak tu ready semua barang termasuk rokok, mesra pelanggan dengan mulut yang amat maneh dari gula.
Tambah la kalau pi pasaq Ramadan atau pasaq malam, lagi la haru.. kita pula yang bersusah payah pi tukaq duit kecik, untuk memudahkan kita membeli belah di pasaq Ramadan atau pasaq Malam. Patutnya sebagai peniaga adalah “haram” untuk menyusahkan pelanggan. Kita kena mudahkan segala urusan termasuk duit kecik.
Sebagai peniaga saya rasa kita sebagai peniaga Melayu terlupa nak kaji, terutama restoran dan penjaja;
- Senyum selalu dan mesra pelanggan – kalau la tak penting, cuba pi Mcdonald atau Pizza Hut yang bernilai Multi-billion punya bisnes . Kita masuk ja dalam restoran staff-staff depa teruih sapa “hi Sir” atau “Welcome Sir” … bila nak balik je “Thank you sir , please come again”. Semua staff depa senyum mesra. Bagi yang baru ribu-ribu nih perlulah lebih mesra dari Mcdonald dan Pizza Hut betui dak?
- Duit tukaq – kalau rasa pasai duit tukaq ni remeh cuba hangpa letak kan diri hangpa sebagai pembeli dan bila hangpa huloq ja duit besaq orang dok merungut.. apa perasaan hangpa? Bukan senang nak dapat duit orang walaupun seringgit, kena usaha dan berdoa. Kalau hanya berdoa tapi tak dak usaha maka jangan lah heran kalau kita rugi memanjang.
- Rokok – Tabiat pelanggan depa suka semua ada “under one roof”, terutama rokok. Bagi perokok akan memilih restoran Mamak kerana 99.9% restoran Mamak ada juai rokok, tetapi 99% restoran Melayu hanya ada kaunter rokok saja.
- Lokasi – Restoran Mamak akan “booking” lot tepi atau cornet lot di semua kawasan perumahan. Walaupun kawasan perumahan tu masih baru dan orang pun tak dak lagi. Tapi tunggu dan lihat selepas 1-2 tahun restoran Mamak akan jadi “hot spot” penuh dengan pelanggan.
- Kualiti – kualiti produk atau restoran adalah subjektif. Jika sedap adalah bonus dan boleh menarik ramai pelanggan. Kenapa saya kata subjektif ? Cuba kita nilai kualiti makanan di restoran Mamak, tak sedap mana pun kan.. tetapi kerana Mamak ni bijak membaca “consumer habit” maka depa lebih berjaya dari kita.
- Perpaduan – ternyata kaum India, Mamak dan Cina mempunyai ikatan yang kuat sesama mereka. Cuba lihat contoh restoran Mamak 786, depa ada di mana-mana saja. Dan majority dari depa “set up” restoran yang “tip top”, paling utama ahli persatuan depa semua buka restoran di corner lot.. begitu juga Cina, cuba lihat harga barang runcit di kedai runcit yang kecik ja tak payah la nak compare dengan pasaraya. Kedai runcit Cina yang satu pintu saja pun boleh juai harga runcit yang sama dengan harga di TESCO dan GIANT!!. Sedangkan persatuan kaum kita.. hermm pikiaqlah sendiri. Begitu juga politik, orang kita dok “kill-kill” sama kita tapi depa “cool” ja. Opps politik lak heheh sorry naa!!
Sebagai peniaga kita perlu ambil contoh yang baik dari yang telah berjaya seperti yang dipraktikkan oleh peniaga India dan Cina yang telah terbukti mempunyai pengalaman yang lebih lama dari kita orang Melayu.
Ceria-ceria selalu, maaf jika saya terkasar bahasa. Selamat berpuasa…
No comments:
Post a Comment