Sunday, July 8, 2012

Hanya Hantu Yang Dapat Lihat Hantu

Adoyaii lama tak update blog ni sampai lupa password hehe.  Nak jadi cerita tiba-tiba "termenonton" cerita kelakar gila di Youtube bila search mengenai Uncle Seeker yang ditangkap Polis kerana menghina Sultan Johor, jadi meh kita share tengok. Hehehe lawak-lawak.. ilmu tak seberapa tapi kerek kemain (tonton la Youtube di bawah nanti dan nilaikan sendiri). Saya sebelum ni pun memang tak  percaya cerita Uncle Seeker mengenai aktiviti paranormal yang dia dok sebuk-sebuk kaji. Tambah tak percaya bila rancangan di NTV7 yang kununnya dia boleh "capture" gambar hantu .. tapi sepanjang siri tu sekor hantu pun tak nampak!. Bila Dato' Fadilah Kamsah komen "hanya hantu saja yang akan nampak hantu" Uncle Seeker terus panas telinga dan.. sila tengok Youtube dibawah ...memang mangkaq orang Kedah kata hehe...




 Cuba anda lihat gaya Uncle Seeker bercakap, ilmunya zero tapi kununnya hero dan cuba lihat cara orang berilmu seperti Dato' yang relax dan santai sekali menjawab.. padat dan berilmu tinggi sampai terkedu hero sorang tu hehe..

Saya memang tak suka kondem-kondem ni melainkan kalau orang tu melalut sangat-sangat, dia memang berusaha keras untuk membuktikan dirinya pakar mengenai hantu sampai terbit buku 99 jenis hantu .. gila banyak betul hantu ni kan, seram juga eh.. hehee.Dia perlu humble untuk dihormati tetapi dia bongkak atau angkuh untuk mencari publisiti. Saya rasa itulah kesilapan dia ..dan kesilapan pada sesiapa jua (ingatan untuk diri saya juga) . Moral of the story .. jangan angkuh dan ego melampau-melampau, orang menyampah...

Tapi Uncle Seeker sekarang dah masuk lokap sebab kes memfitnah atau hina Sultan Johor .. alahai kenapalah dia buat kerja fitnah pula ni.. dah habis ke hantu-hantu untuk dikaji?.. kan dah masuk lokap, then bila check air kencing positif Morphine la pulakkk.. apa-apa pun saya mendoakan  Uncle Seeker semoga kembali kepangkal jalan, dan moga-moga selepas ni Uncle Seeker atau Syed Abdullah Hussein Al-Attas (ada blogger yang kata Al-Attas tak de pun dalam IC dia hehe..) akan mengkaji kitab-kitab termasuk Al-Quran kerana darahnya dari keturunan yang baik-baik...kerana mengikut salasilah keturunan Syed adalah susur galur keturunan Rasulullah SAW .. jadi tak sesuailah jika kaji hantu atau sex.

No comments:

Post a Comment