Bosan-bosan asyik shopping di area Bandar Baru Bangi dan Putrajaya jer, dan tambahan pula "diracun" kuat oleh isteri dan anak-anak untuk ke Berjaya Time Square. maka hari ni buat pertama kalinya saya menjejak kaki ke Time Square di Bukit Bintang. Suasananya sama je lah mana-mana shopping complex di Malaysia ni. Budak-budak remaja terutama Melayu memang ramai dengan pelbagai fesyen.. perghh hebat-hebat.
Terus ke sasaran pertama ronda-ronda nak isi perut yang berkeroncong merdu. Bila naik eskalator dari parking lot terjumpa KFC tapi dah penuh. Ronda lagi tapi semuanya restoran yang mencurigakan taraf halalnya so kensellah. Tup-tup ternampak signboard RESTORAN RASA UTARA. Wow bestnya .. bila masuk je disapa ramah oleh kakitangan restoran tersebut tapi tak ada sorang pun yang cakap utara hehe.. alah mesti chef dia orang Utara..cuba try test lah... (pada pandangan saya jika restoran itu diklasifikasikan mengikut kenegerian, adalah adalah wajib untuk menghidupkan suasana negeri tersebut termasuk loghat bahasanya.. barulah real.. itu pandangan saya je tau)
Selak-selak menu wow Pasembor Utara..kecur air liur order 2 satu untuk saya dan satu untuk wife, anak saya nak try Laksa Utara dalam kurungan.. paling diminati oleh Tun Dr.Mahathir. Ayat dalam bracket tu dah cukup menggoda termasuk gambar menu yang cukup pro nampak lazat gila ....so order satu untuk anak dara saya tu. Lagi dua (saya berlima) anak-anak saya order Chicken Chop Utara (bagi saya tak ada beza kot sebab ini bukan makanan tradisional).
Ok air pula ... saya order coffe jer.. yang uniknya Cendol Gunung Keriang ehe wife saya yang order.. dan anak saya yang 3 orang tu order air Milo ais yang dengan gaya persembahan siap ada Milo ditabur atasnya..nyum-nyum lazat. Maka tanpa berlengah-lengah lagi , saya yang merindui "pasemboq Mee Abu" terus ngap dan .... wife saya orang Melaka pun komen, tak samalah bang...
Mengikut rating saya sendiri dari segi hidangan, hiasan dan suasana restoran boleh dikategorikan 3 bintang. Harganya melambangkan bintangnya, mana tidak 5 orang dengan order seperti yang diorder, harga bilnya RM104.50... dari segi tastenya pula menghampakan ... maafkan saya kerana rasanya taklah rasa seperti rasa Utara sangat... adoyai terus teringat pasembor Mee Abu di Telok Wanjah, Lorong Panglima di Alor Star yang lazat.... ( orang Kedah mesti tau Mee Abu kerana Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Kedah yang kini Yang Di Pertuan Agong pun meminati Mee Abu, kalau tak percaya tanya Lan Pet Pet Senario dia pun asal Alor Setar dan jiran sepermainan saya sewaktu di Lorong Panglima di zaman kanak-kanak rebena dulu hehehe).
Tapi takpa lepas ni nak try nama menu tu ... ala lupa pula nama penuh menu tu... yang saya ingat nama menu tu ada nama Kodiang dihujungnya .....
Pembetulan nama menu Milo Gunung Keriang .. bukan cendol sorry ya
ReplyDeletesaya setuju dengan komen anda, memang restoran rasa utara masih KURANG rasa utaranya. Kemudian harganya mahal, sepinggan besar lauk RM15++ dan lauknya sejemput saja di tengah-tengah pinggan. Kalau penuh 1 pinggan tu tak mengapa lah juga. Bila saya order beberapa menu rasanya biasa saja seperti makan nasi kenduri. Nasinya pula sejuk dan keadaan dapur sangatlah bising dengan bunyi kaca berderai dan pelbagai lagi. Saya tak recommend restoran ini kepada orang ramai sehingga pihak restoran meningkatkan kembali kualiti restoran dan mutu makanan.
ReplyDeleteBetul tu... sy pegi smlm kat Rasa Utara di mid valley. Lebih kurang jam 1.30pm. Dh service lambat. Rupanya ada staff tgh bergado kat kitchen. Rasa mknan tu pulak mmg hampeh. Rasa tawar hebeh. Sy order mehoon soto.. pas2 punya kedekut lah kuahnya. Meehon keras. Bagedil kecik. Harga ++ tax rm15 mcm tu. Bila time nk bayar, sy minta sigle resit. Sb sy mkn dgn 3 org kwn. Cashier Kata x bole. maaf pun x.. bila dh byr, ckp terima kasih pun tidak! Mmg hangin satu bdn. Kena pegi kursus customer service lah dorg tu. First n last lah sy dtg ke restoran rasa utara tu... rasanya mknan utara yg dijual di pasar mlm lebih sedap!
ReplyDeleteNampaknya yang ngah dari segi penampilan restorannya tidak semestinya makanannya sedap. Harga je mahal..
ReplyDelete