Monday, July 23, 2012

Ariel Peterpan Dibebaskan Hari Ini

Ariel Peterpan atau nama manja dia  "Ariel Peterporn" (nakai betui depa ni kan boh nama dia lagu tu hehehe) telah dibebaskan hari ni.. moga-moga dia bertaubatlah kan dari dok buat gheja tak senonoh tu. Kebetulan dia dibebaskan pada bulan yang penuh barakah ni Bulan Ramadan. Tapi yang tak bestnya dia sorang ja kena penjara ..heroin dia dok bebas!! Macam Cut Tari tu lagi haru dah ada suami tu ... dan seorang Islam. Luna Maya pun sama dok relax ja .. rasanya Ariel Peterpan mmg naya lah hehe..


Berikut ialah petikan dari Berita Harian :

Ariel Peterpan dibebaskan hari ini

BANDUNG: Selepas dua tahun meringkuk di penjara Bandung, vokalis kumpulan Peterpan, Ariel hari ini dibebaskan dengan syarat selepas didapati bersalah terbabit dalam pengedaran video lucah. Pembebasan Ariel tepat jam 9 pagi (waktu tempatan) itu disambut ribuan peminat beliau dan ratusan wakil media tempatan dan asing. Ariel yang dikawal ketat oleh pihak polis dan lengkap berkemeja putih dan jaket kelabu itu melahirkan rasa terharu apabila peminat melaungkan namanya tanpa henti.

Terdahulu, Ariel atau nama sebenarnya, Nazriel Irham dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun setengah oleh Mahkamah Negeri Bandùng selepas didapati bersalah kerana terbabit dalam pengedaran video porno. Kes pengedaran video lucah yang membabitkan Ariel dengan dua artis wanita popular tempatan, Luna Maya dan Cut Turi itu mencetus kemarahan di kalangan penduduk Islam di negara itu. Pada jam 4 petang ini (5 petang waktu Malaysia), Ariel bakal mengadakan sidang akhbar di salah sebuah hotel di sini. ari ini

 

No comments:

Post a Comment