Tuesday, April 5, 2011

Kes Video Lucah : Kununnya Melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim

Semenjak trio Dato' T mendedahkan video sex yang kununnya melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI), saya juga mendapat tempiasnya kerana ejaan nama saya yang sama seperti DSAI, bukannya tempias apa cuma kawan-kawan yang suka mengusik dengan memegang perut saya dan berkata "perut doc tak buncit..sah bukan doc pelakon video tu". Saya hanya ketawa dan layan sahaja gurauan tersebut. tak kecil hati pun , mereka kan gurau-gurau je...



Setelah terbongkar siapakah Dato' T yang sebenarnya, secara peribadinya saya tidak mengiktiraf kredibiliti "tukang tuduh" yang utama iaitu Tan Sri Rahim Thamby Cik berikutan kes-kes lama beliau, dan yang memeranjatkan saya bila saya tengok wajah salah seorang dari trio Dato' T, salah seorang darinya mirip wajah DSAI jika dilihat sekali imbas , iaitu Dato' Eskay Shazryl Abdullah (DESA). Jika orang mengatakan wajah pelakon yang hanya memakai "towel" itu DSAI, maka orang juga boleh mengatakan DESA juga adalah pelakon utamanya ? kerana wajahnya mirip DSAI kan? (gambar kabur, jadi tuduhan akan dibuat dalam pelbagai cara) sedangkan lelaki yang berpakaian lengkap itu wajahnya amat kabur dan mengapa lelaki berpakaian kemas itu dengan selamba sahaja "join the party", mungkin juga ada aksinya pula selepas itu dan telah di "delete"? ataupun dia adalah "pembekal ayam" sahaja ?. Jika DSAI yang dituduh dan dikatakan tidak bermaruah, kaki sex dan lain-lain, maka lelaki yang berpakaian kemas itu mungkin seorang bapa ayam, kalau tidak mengapa dia bersengkongkol dan dengan selambanya menjadi salah seorang watak didalam video tersebut. Kalau ingin menuduh pelbagai tuduhan boleh dibuatkan..

Semuanya kabur, susah hendak cakap betul ke tidak.. jika dilihat dari beberapa "headline" akhbar hari ini, 5 April 2011. Saya tidak pro Anwar walaupun ejaan nama kami serupa dan saya juga tidak menyebelahi mana-mana parti politik kerana pada pandangan peribadi saya politik Malaysia adalah terlalu "berpolitik", rakyat sering dimomok dengan berita berat sebelah dulu, kini dan selamanya dan di "mental block" untuk membuat pertimbangan dengan sekatan media yang melampau. Jadi saya menjadi rakyat "atas pagar" yang melihat dan menilai dan memangkah wakil rakyat mengikut kredibiliti bakal YB itu , tetapi bukan pada cap parti politiknya. Saya amat mengharapkan berita yang sama rata, berita yang membolehkan saya dan rakyat lain mengguna akal yang matang untuk menilai sesuatu berita itu sama ada ia boleh diterima atau tidak. Sekurang-kurangnya tirulah cara kebebasan bersuara di Amerika. Setiap calon atau parti politik diberi masa dan ruang untuk mempersembahkan agenda dan hala tuju politik mereka, dan rakyat akan membuat keputusan untuk memilih wakil yang dirasa mempunyai agenda dan hala tuju yang benar-benar "rakyat didahulukan".

Kembali kepada persoalan kepada video lucah ini, ia amat meragukan, ia didedahkan ketika pembubaran DUN Sarawak, berkemungkinan mempunyai agenda dendam, melanggar undang-undang penyiaran dan memiliki bahan lucah, walaupun saya tidak mahir undang-undang, menonton dan memiliki video lucah adalah salah disisi undang-undang dan hanya pihak Polis sahaja yang mempunyai kuasa untuk menonton setelah laporan Polis dibuat, maka video itu akan menjadi bahan kes. Sesiapa yang menonton tanpa laporan dan keizinan Polis maka ia boleh ditahan di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620), boleh dikenakan denda antara RM10,000 sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.. Peliknya mereka kata "bahan bukti boleh ditonton". Sewaktu itu rasaya laporan belum dibuat lagi, Dato Nazri kata "ok" tak mengapalah "kot" rasanya, lepas ni ramai kaki jual dan tonton video sex haram akan tonton merata-merata tempat dan bila ditangkap akan mengguna alasan yang diberikan Dato' T..agak-agak lepas tak?

Memang banyak persoalan yang pelik lagi misteri, kini zaman High Definition (HD)," gadget-gadget" pengitipan pun semestinya sudah berada pada tahap HD yang mempunyai resolusi gambar yang amat "sharp" untuk membuat dakwaan. Jika kita menonton video yang kununnya video intipan, tahi lalat di muka orang yang kena intip itu pun kita dapat mengira jumlahnya. Mengapa Dato' T yang kaya raya ini mempunyai gadget yang "cikai" sahaja iaitu hitam putih (seingat saya television berwarna sudah mula dilancarkan semenjak 80an lagi). Ini adalah intipan untuk membuktikan seorang yang bernama Anwar Ibrahim bukan Linggam!. Alangkah "bestnya" jika Dato' T menggunakan teknik intipan HD atau pun biarlah ada "kaler", Polis pun tidak pening kepala dan tak perlulah Suruhanjaya atau sebagainya kerana semua itu hanya membazir masa dan duit rakyat sahaja!. Kalau berdasarkan resolusi video yang "glamor" ini gambarnya adalah tahap kamera "handphone" murah sahaja. Jika Dato' T berusaha lebih keras maka makin mudah cita-cita mereka tercapai, tetapi mengapa mereka tidak berusaha dengan lebih keras dengan mempersembah video yang terang, berwarna dan ada suara (audio) sekali?

Saya tidak pasti sama ada video ini mempunyai audio atau hanya gambar sahaja, jika mempunyai audio maka mudahlah Polis untuk menyiasat walaupun muka pelakon utama adalah kabur. Teknologi pengecaman suara dan bentuk muka seseorang individu telah dicipta, tetapi rasanya di Malaysia belum terdapat lagi teknik tersebut ( kalau sudah ada harap maaf). Saya cadangkan kedua-dua pihak, dituduh dan menuduh perlu "gentleman" dengan mengupah pakar dari luar negara, yang bebas dan tidak memihak kepada mana-mana pihak, tetapi mereka hanya memihak kepada "bayaran" yang mereka tentukan sahaja. Pelbagai cara boleh membuktikan video ini benar-benar yang dituduh bukan hanya mengesahkan video itu adalah asli sahaja.

Pandangan saya ini mungkin dikongsi bersama-sama oleh beberapa juta lagi rakyat Malaysia, yang bakal "memangkah" pada PRU 13 nanti, oleh itu pada pandangan peribadi saya, jika pihak yang berkuasa mampu untuk memberi kata putus yang dianggap adil, berteraskan fakta dan saintifik, serta kredibiliti yang tinggi saya rasa ini adalah "bonus" kepada Kerajaan di PRU 13 nanti, tetapi jika sebaliknya saya amat khuatir akan gelombang "tsunami politik" yang bakal menghentam kerajaaan buat kali yang kedua.

Apa pun saya amat percaya kebenaran akan mengatasi kebatilan, Allah Maha Kaya lagi Bijaksana dan sentiasa bersama orang-orang yang benar. Polis Malaysia telah diiktiraf di antara yang terhandal di dunia, saya pasti Polis akan bertindak adil dan akan mendedahkan kebenaran pada umum dalam sedikit masa lagi. 


Kategori : AKIDAH Akhlak  
Tajuk :
Mencegah Kezaliman/ Keganasan
Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya::” Janganlah salah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim, kerana laknat akan turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankannya.”

 
Riwayat at-Tabrani


Dipetik dari laman e-Hadith, JAKIM

Mendukacitakan juga bila dikenang, telah menjadi tradisi media Malaysia, jika tuduhan kepada pembangkang biasanya memang benar dan sah, malah akan diperkukuhkan dengan laporan akhbar dan media,  tetapi sebaliknya jika tuduhan itu kepada kerajaan ia adalah fitnah semata-mata....99% rakyat sudah berpendidikan tinggi, mempunyai daya pemikiran yang profesional dan sentiasa peka dengan medium berita di talian, oleh itu saya menyeru kepada pihak yang berwajib janganlah hina dan perbodohkan pemikiran rakyat buat kesekian kalinya......

Harapan saya dan rakyat jelata hanya inginkan berita yang benar-benar berita bukan hanya "paper lama" sahaja .... susah sangat ke?

e-Hadith dari JAKIM

Kategori : IBADAH Akidah  
Tajuk :
Menghukum Dengan Adil
Hadith :

Dari Ibnu Abbas r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda:”Jika diberikan kepada manusia apa sahaja yang didakwa oleh mereka tentunya akan mendakwa beberapa orang lelaki akan harta suatu kaum dan darah mereka tetapi (dalam hal ini diperlukan) saksi atas orang yang mendakwa dan sumpah atas (orang) yang engkar (yang terdakwa).”

 
(al-Baihaqi)

Huraian
1. Dalam konteks penghakiman atau pengadilan, seorang hakim adalah dikehendaki memutuskan sesuatu perkara dengan adil berdasarkan keterangan yang diberikan kepadanya. Hal ini disebabkan manusia itu lazimnya suka menurut dakwaan dan pengaduan mereka sendiri demi mendapatkan harta atau menuntut bela (di atas sesuatu kejadian seperti pembunuhan).
2. Oleh itu dakwaan atau sebarang aduan tidak boleh didengar atau diterima begitu sahaja tanpa ditunjukkan bukti yang sah menurut hukum dan kerana itu juga Rasulullah S.A.W menghendaki agar dikemukakan saksi oleh orang yang mendakwa dan sumpah atas orang yang terdakwa.
3. Sebab dikehendaki saksi atas orang yang mendakwa ialah kerana ia menuntut suatu yang berlainan dengan kenyataan. Maka disebabkan itu mestilah ia mempunyai cukup bukti untuk dakwaan yang dibuat.
4. Manakala orang yang engkar iaitu orang yang terdakwa dikehendaki pula melakukan sumpah untuk membuktikan keadaannya bahawa ia terlepas dari dakwaan itu. Sumpah ini dinamakan sumpah sabar iaitu sumpah yang menahan orang yang berhak dari kehilangan haknya seandainya hak itu adalah haknya yang sebenar. Tetapi jika seseorang itu bersumpah untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya maka sumpahnya adalah sumpah dusta.
5. Punca sengketa yang sering terjadi dalam masyarakat adalah dari harta benda hingga membawa kepada pembunuhan dan pertumpahan darah. Semua ini bermaksud untuk memperolehi dan menguasai harta benda sebanyak mungkin biarpun dengan cara yang kotor dan keji. Oleh itu Islam menyuruh agar berhukum dengan adil.

Monday, April 4, 2011

NBC News : 20,000 Orang USA Masuk Islam Setiap Tahun

Selepas peristiwa 9/11 yang mengaitkan Islam sebagai agama pengganas, pihak yang mencipta agenda tersebut iaitu Amerika (US) telah mendapat kejutan sebaliknya.. Propanganda untuk menjadikan Islam sebagai agama yang ganas dan bertujuan untuk menyeru rakyatnya untuk  membenci Islam tetapi sebaliknya yang terjadi. Rakyatnya pula yang berubah agama dengan kadar "rapid" seperti istilah yang digunakan oleh NBC NEWS.

Paderi Bakar Al-Quran

Bagi cool kes Paderi di US yang membakar Al-Quran adalah agenda terdesak untuk memburukkan Islam, jika dilihat dari statistik "penghijrahan" rakyatnya kepada Islam amat drastik. Jika dicongak secara mudah jika 20,000 US yang memeluk Islam setiap tahun, akan terdapat 400,000 ribu rakyatnya yang akan menjadi Islam selepas 20 tahun. Jika 400,000 ribu yang sudah memeluk Islam ini akan "mengislamkan" isterinya, anak-anaknya, saudara-saudaranya dan kawan-kawannya maka dalam masa 20 tahun statistik akan menunjukkan lebih dari 400,000 orang yang akan memeluk Islam dan hidup di US dan akan bertambah suara orang-orang Islam dan akan bertambahlah juga masjid-masjid di US. Ada juga Lapuran yang mengatakan 1,000 orang US yang memeluk Islam setiap hari, jika 1 tahun dianggarkan seramai 365,000 yang akan memeluk Islam dan jika selepas 20 tahun akan terdapat 7.3 juta umat Islam yang baru dan akan bersatu bersama-sama Umat Islam lain di US yang berkemungkinan akan mencecah puluhan juta!. Lagi hebatkan ... pertambahan yang memungkinkan pada satu hari nanti US akan ditadbir oleh seorang Presiden yang berani mengaku "I'm Muslim".

Subhanallah... Allah Maha Bijaksana. Disebabkan kira-kira mudah ini Paderi yang terdesak, dungu lagi sengal itu membakar Al-Quran di atas dasar kununnya kerana Al-Quran dan Nabi Muhammad lah yang mencetus segala keganasan. Kerana dia sendiri pun takut untuk membaca Al-Quran kerana dia juga risau jika dia mengkaji Al-Quran, berkemungkinan besar dia pun akan "murtad" dari Kristian. Seperti beberapa kes Paderi di US yang telah berhijrah dari Kristian kepada Islam selepas mengkaji Al-Quran seperti bekas paderi Yusuf Estes yang telah memeluk Islam selepas hanya membaca Al-Fatihah dan mengkaji maksud-Nya. Boleh lihat di YOUTUBE di bawah :




Paderi dungu tersebut merasa khuatir dan risau jika anak-anaknya atau saudaranya akan terjebak sekali (entah-entah ada yang sudah masuk Islam sebab tu dia meroyan kan), jadi untuk menjadi hero kepada agamanya dan mencari publisiti murahan kot-kot boleh bertanding jadi Senator maka dibakarnya Al-Quran yang suci dengan bangganya. Sebagai seorang Islam cool amat bangga dengan para Ilmuan, Mufti-Mufti, Aktivis-Aktivis Islam tidak berbunyi atau terdapat pun cadangan untuk membakar Bible kerana mereka semua adalah bijak dan profesional tidak seperti Paderi di US tersebut. Orang Islam tidak sedungu Paderi tersebut untuk membakar kitab suci sesuatu agama jika terdapat 1-2 orang dari sesuatu agama itu yang melakukan keganasan.

Cool ada terjumpa clip YOUTUBE ini..selamat menonton


Hadis :

Hadith :
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :” Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”

 
(al-Bukahri)

Sunday, April 3, 2011

Kebesaran Allah.. !! Cuba Lihat Piring ASTRO anda

Menjadi amalan saya dan keluarga untuk mendengar dan menonton siri ceramah Ustaz Kazim ataupun Ustaz Azhar yang amat power dengan longat "Ganu Kite", selain mendapat ilmu perjalanan juga diberkati Allah SWT. Amat menarik bila Ustaz Kazim memberi fakta bahawa KAABAH BERADA DI PUSAT BUMI", dan bukti mudah yang diberi oleh Ustaz Kazim ialah piring ASTRO yang menggunakan satelit akan menghadap ke arah Kiblat atau pun ke arah Ka'abah. Sampai je di rumah cool pun pegang laptop dan terus membuat carian di internet.. ALLAHUKABAR! memang betul dan cool lihat piring ASTRO memang "confirmed" menghadap ke arah Kiblat.. SUBHANALLAH.... selama ini hingga umur cool dah hampir senja barulah mendapat info ini, jadi cool merasa amat bertanggungjawab untuk menghebahkan kepada kawan-kawan semua fakta yang amat menarik ini. Jika anda mempunyai kesukaran untuk menentukan kiblat sila lihat piring ASTRO anda menghala ke arah mana dan situlah arah Kiblat.

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.


Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini......

 

Wednesday, March 30, 2011

Harapkan Pagar..Pagar Makan Duit

Mengikut laporan surat khabar hampir ke semua akhbar perdana sepasang suami isteri telah mengekjas duit kutipan Kastam, bukan hanya RM100 atau RM10,000 atau RM1 juta tetapi lebih kurang RM1 billion yang "diekjas" oleh suami isteri yang dilaporkan bertugas sebagai pegawai kanan Kastam. Astaqfirulla halazim, ini perompak ke penyamun ek? yang songlapnya duit gomen (kerajaan) yang gomen pun "ekjas" dari hasil orang berniaga juga hehe.. tetapi untuk kegunaan kerajaan membangunkan negara Malaysia tercinta. Yang membuat cool "terliur" membaca berita ni... bila terbaca "duit berselerak" hampir ratusan ribu, wow! kalau la cool leh kutip duit tu  kan senang, tak yah nak kerja penat-penat dari pagi sampai malam kan hehe. 

Cool termenung sorang-sorang, ni baru kes sepasang suami isteri, entah ada berapa pasang dan yang solo atau geng lain  yang masih aktif menyonglap duit kerajaan yang sepatutnya dikongsi oleh 27 juta rakyat Malaysia, tetapi dorang "share-share" dalam kelompok mereka sahaja, kaya raya dengan hasil haram, menyara anak isteri dengan duit haram dan  tidur pun bersama duit haram, best ke? 

Bila wang tersebut haram, maka haram untuk dibelanjakan, diguna untuk membeli makanan, haram untuk bersedekah dan segala-galanya haram, jika pelaku itu seorang Islam sedarkah dia yang dia bergelumang dengan benda haram dan tidak diredhai Allah malah dilaknati oleh Allah SWT.

Terdapat banyak nas2 yang melarang mencuri. Seperti di Surah al-Maidah, 5:38 

Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana

dan hadis nabi juga ada bersabda :

Rasulullah saw. memotong tangan pencuri itu bilamana nilai (yang dicuri) seperempat dinar ke atas.
(H.R. Bukhari dan Muslim dari Aisyah) 

Semua ini menunjukkan betapa buruknya mencuri pada pandangan Islam. Dalam hadis Bukhari pula larangan mencuri termasuklah dalam syarat baiah kepada Nabi saw.

Kenapa ada yang masih mencuri? cool rasa la kan ini kerana hukuman yang sedia ada tidak selengkap hukuman Allah,  mungkin hanya setakat 10-20 tahun dipenjara, jika "lawyer" handal mungkin hanya dikenakan hukuman ringan sahaja. Jika dipraktikan hukuman mengikut undang-undang Al-Quran cool pasti kadar jenayah akan berada diparas amat minima... undang-undang Allah amat sempurna dan tidak ada "lawyer" yang lebih handal dari-Nya dan tidak ada hakim yang lebih adil dari-Nya.

Jika ada yang belum membacanya sila klik sini . Mymetro

Maaf cool jika ada tersalah sila betulkan yer ....

Friday, March 25, 2011

Azan Biarlah Merdu...

Bila orang bukan Islam dok bantah dan buat isu mengenai laungan Azan, hati cool yang memang "cool" ini akan "hot", berani sungguh mereka ni.. menghina laungan azan  yang akan berkumandang 5 kali sehari untuk memanggil dan mengingatkan kita waktu bersolat sudah tiba.. azan yang menjadi teras kepada solat 5 waktu sejak ribuan tahun dari zaman Rasulullah lagi ... 

geram memang geram!!. Kenapa orang bukan Islam ni "jaki" sangat dengan Azan ni ye? Geram memang geram bila hal-hal agama Islam yang suci ini dihina oleh kaum yang bukan Islam, kita (orang Islam) tidak pernah cuit hal "terganggu" hingga buat lapuran. Cool duduk di Gombak 24 tahun, setiap tahun pasti ada Thaipusam. Rumah cool hanya 5 km je dari Bt Caves. Tak dinafikan memang cool rasa terganggu yang amat sangat dengan jalan jem dan bau masam air kelapa, begitu juga Chap Goh Meh bakar colok sampai berpuluh-puluh batang sampai sesak nafas dibuatnya,  tetapi cool dan orang Islam lain relaks je.. terima je hakikat dan tidak pernah pun orang Islam keluar "statement" di surat kabar pun kata rasa terganggu ... dan mereka amat bebas dan selamat untuk mengamal agama mereka... Berani benar mereka ini huh!... tapi mesti ada sebabnya kan (kita perlu mengkaji bukan mengeji semata-mata betul tak?).. (kecuali yang hati amat busuk dan yang anti-Islam berkecuali lah yer).

Puncanya cool rasa, ini pandangan cool lah.. laungan azan yang diperdengarkan oleh bilal-bilal dikebanyakkan masjid dan surau tidak menurut seperti yang dintuntut oleh Rasulullah. Azan diperdengarkan tidak ada seni langsung ditambah dengan suara yang tidak merdu. Seolah-olah kita mendengar lagu "heavy metal" sahaja, jika kita sebagai orang Islam sejati dan beriman, kita tetap menghormati azan walaubagaimana pun azan itu diperdengarkan tetapi bagaimana dengan Ah Chong dan Kuppusamy..? bagi mereka azan yang tidak merdu adalah "gangguan" tetapi sebaliknya jika Azan yang merdu akan menjadi halwa telinga kepada mereka.Jika azan di Televisyen memang "best" dan sedap didengar tetapi bila azan di surau... Dulu pernah jiran cool yang beragama Kristian tanya kat cool "kenapa itu nyayi pagi-pagi ini hali tidak dengar meh?" Kebetulan sistem bunyi di surau sudah rosak, "sot" sebab kena kilat. Cool tanya balik kenapa dia tanya, rupanya-rupanya dia amat suka dengar azan sewaktu subuh "manyak sedap meh, lagi aa wa tak payah set alarm meh senang mangun pergi kilijer". kembang kempis hidung cool bangga... walaupun bukan suara cool yang dipuji tetapi tetap berbangga dengan bilal atau muazzin surau taman perumahan yang cool tinggal. Komitmen beliau setiap pagi untuk memperdengarkan azan tanpa dibayar gaji, semuanya kerana Allah dan suara merdunya mampu menarik minat si Josep Tan sebelah rumah saya, cool amat berbangga sekali. Hanya Allah yang Maha Kaya sahaja yang akan membalas jasa kepada bilal tersebut.

Seperti Azan Di TV1 ini pada tahun 2007, memang sedap dan indah;





Malah Azan yang merdu mampu untuk mendekatkan kaum yang beragama bukan Islam untuk mendekati Islam. Seperti antara sunat-sunat azan yang terdapat hadis mengatakan;

Nabi s.a.w bersabda kepada Abdullah bin Zaid r.a yang mimpi azan dalam tidurnya:
"Pergi jumpa Bilal dan ajar dia cara2 azan yang kau dapat dari mimpimu. Sesungguhnya suaranya lebih sedap dan nyaring dari suara engkau."(Hr Abu Daud)

lain-lain hadis juga berbunyi begini;
Maksudnya ucapkan kalimah azan dengan tenang dan jelas. Umar r.a berkata kepada Abu az-Zubair muazzin masjid Baitil Maqdis:
"Apabila kamu azan hendaklah kamu lafazkan dengan tenang dan jelas."(Hr Baihaqi)

Malah disunat untuk mempunyai dua (2) orang muazzin atau lebih, seperti hadis ini ;

Disunatkan mempunyai dua muazzin pada satu masjid.
Ini kerana Nabi s.a.w mempunyai dua tukang azan. Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Bilal mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh). Maka hendaklah kamu makan dan minum (bersahur) sehinggalah Ibnu Maktum mengumandangkan azan (subuh)."(Hr Bukhari dan Muslim)

Dibenarkan untuk lebih dari dua mengikut keperluan seperti mana Uthman bin Affan mempunyai empat muazzin di zamannya.

Pada fikiran cool yang jahil ini, jika sunat mempunyai 2 muazzin ini bermakna Rasulullah amat menekankan tentang kualiti azan yang akan diperdengar, bukan hanya sekadar azan semata-semata. jadi kan cool rasalah kan... jika ingin mengikut Rasulullah dan sunnahnya, bukan hanya setakat berjanggut dan berjubah sahaja, tetapi kita juga perlu lebih mengkaji bab-bab lain seperti azan, walaupun hanya sunat, azan mampu menjadi medium untuk berdakwah... dan apa salahnya jika azan itu merdu....kan
 
Rancangan realiti untung berjuta-juta hasil dari program mencari suara yang merdu, Akademi Fantasia (AF), Bintang RTM (entah ada ke tidak lagi ye?) dan bermacam-macam lagi. Jika ada yang bersuara merdu, iramanya indah dan sesuai dengan jiwa kita.. kita akan mendengarnya berkali-kali, malah sanggup menghafal liriknya.

Suara penyanyi yang merdu dengan lenggok yang indah akan menjadikan kita suka dan minat untuk mendengarnya..walaupun tidak faham langsung makna lirik lagu tersebut. Pernah dulu cool minat sangat dengan lagu Jepun sampai sanggup cari kamus untuk menterjemahkan makna lagu tersebut!. 

Pada pandangan cool carilah jalan , carilah guru dan menjadi agenda utama surau dan masjid untuk memerdukan laungan azan... Sunat kan...

Saturday, March 19, 2011

Artis Seksi.. Malangnya Dia Seorang Islam


Bila berita abang Janet Khoo mati dibunuh dengan kejamnya disiarkan di akhbar, cool  pun "browse" di internet untuk mencari berita terkini, dan lihat wajah Janet Khoo dengan imej sopan. Nampak manis dan ayu ...  tetapi cool ternampak ada link gossip artis Malaysia, bila klik saja terus nampak gambar artis perempuan muda (gambar ni dah basi sebenarnya)  ... malangnya nama dia melambangkan dia seorang Islam, tetapi aksi gambarnya menunjukkan dia lebih teruk dari artis yang bukan Islam bila berpakaian ..tanpa segan silu, seolah maruah tubuhnya tidak ada nilai langsung. Setiap inci tubuhnya sungguh tidak ada nilai hingga semua rakyat Malaysia boleh melihat dengan percuma, dia suka untuk dipertontonkan kepada umum tubuh murahnya yang kununnya mengiurkan, masih ada nilaikah tubuh begitu?. Bagi lelaki yang bermaruah diberi percuma pun tidak lalu untuk dijadikan isteri... maruah tubuhnya amat murah dengan hanya satu klik di link internet.. hampir keseluruhan tubuhnya sudah tidak ada nilai lagi..... masih adakah lelaki yang ingin memperisterikan wanita sebegini????..... 

Yang paling menyeramkan cool, bila klik-klik gambar artis bukan setakat seksi  ini (seram oo takut disergah isteri ... seram wooo) .. malah tak pakai baju langsung  (bogel la kan) dengan aksi bersama seorang lelaki yang memang muka tak "sekufu" langsung dengan artis wanita ini, jika dibandingkan muka mamat tu dengan dinding grafiti, maka dinding grafiti lebih menarik dan handsome adanya ( hehehe...adoii maaaf la ).. ish .. ish tak memilih langsung dia ni (ada yang kata bukan gambar lucah dia tapi muka seiras...entahla )

Malangnya dia seorang Islam pada namanya Zarina Ann Julie dan bukan dia sorang , para pakar penggosip artis  memang ada list lengkap nama artis-artis yang bernama Islam ini........ Cool cuba-cuba, gatal-gatal tangan type "janet khoo seksi" (bila type zarina seksi fuhh berlambak keluar siap ada tag bogel) , dan artis yang pada namanya bukan seorang Islam itu tidak ada pula gambarnya seperti artis yang bernama seorang Islam seperti di atas......... hermmm garu kepala, salah siapa yer?

Ya Allah berikanlah hidayah-Mu padaku, isteriku dan anak-anak aku dari jadi begini dan bukalah hijab-Mu dan hidayah-Mu semoga artis-artis yang bernama seorang Islam ini kembali ke jalan-Mu yang dirahmati-Mu, jadikanlah mereka ikon wanita muslimah ... aminnn


Wednesday, March 9, 2011

Hati-Hati Perompak Di Telefon!! - 03-36 30 88 89



Sudah dua kali cool menerima panggilan telefon dari perompak-perompak, yang pertama dari "Bank Negala" ( Public Bank dan Bank Negara) dan baru jab tadi dari "Bank rayad" (Bank Rakyat). Kedua-dua penipu ini mempunyai pelat Cina, mungkin geng yang sama kot. (Harap maaf ini bukan berunsur perkauman tetapi adalah fakta).



Panggilan pertama, membuat cool hampir-hampir terkena, terkejut beruk bila seorang pegawai yang kununnya dari "Public Bank" membuat panggilan untuk "authorise" pembelian melalui kredit kad "Gold, Master" yang dikeluarkan oleh Public Bank atas nama cool. Pembelian tersebut pula berjumlah RM3,500 dan credit limit kunun-kununnya berjumlah RM7,000 dan yang paling saspen gila, kredit kad tersebut telah digunakan sebelum ini dan baki credit limit jika transaksi yang disebut di atas berjaya, credit limitnya  akan hanya tinggal RM100, meloncat cool dari kerusi yang kurang empuk ni ... perasaan marah, geram dan risau bercampur baur, jantung berdegup kencang seolah-olah sedang bermain futsal, yang peliknya nama penuh dan nombor kad pengenalan cool semua "perfect". (mesti kerja orang bank jual maklumat kan)

Dengan selamba "pegawai" tadi memberi nombor telefon "Bank Negara". Dengan kadar sepantas kilat cool pun telefon ke "Bank Negara", sekali dail tanpa mesin menjawab (seperti kebiasaannya kan kan) , seorang "pegawai" wanita menjawab , (wow Bank Negara ada direct line wooo hebat-hebat dan pegawainya pun orang Cina hermm), Bank Negara pun 1 Malaysia kan hermm.. "pegawai-perompak" tadi pun bertanya akaun-akaun yang cool miliki dan bertanya akaun mana "ada wang paling manyak" dan memberi arahan dalam Bahasa Malaysia yang sangat pelatnya untuk ke ATM dan call dia untuk membantu menekan apa yang patut. "Pegawai-perompak" itu juga berkata "lalam mase lua minggu incik tak mole kuluar kan wang, sebab ini akaun sudah mau block". Lagi terkejut gorilla cool , "macam mana saya mau belanja maa?" cool tanya ikut pelat dia. "Incik misti pinjam sapa-sapa maa" selamba je perompak tu jawab. Gila!!

Cool tarik nafas dalam-dalam dan memerah otak cool yang agak bijak ni hehee.. susun segala fakta yang terjadi seperti cerita CSI, semua menjurus kepada satu kebetulan .. adakah Bank Negara akan melayan orang ramai mengguna direct line dan pegawainya pula berbangsa Cina pula tu (bukan kebetulan). Semua orang tahu majoriti di Bank Negara adalah orang Melayu.. dan yang paling ketara mengapa pula cool yang ditipu , sebagai mangsa terpaksa "di block" segala duit-duit cool dan semuanya hanya melalui telefon tanpa perlu isi-isi borang seperti yang biasakan ..sah ini adalah "perampokkan"!!!

Otak yang bijak ini (dengan ilham dari Allah kan) mula mencari 103 untuk mendapatkan nombor sebenar Bank Negara selain nombor yang diberikan oleh perompak tadi. Ternyata bila call nombor yang diberi oleh 103 , mula-mula mesin menjawab (kes standard di pejabat kerajaan) dan di "pass" kepada pegawai bertugas dan menunggu hampir lebih10 minit barulah boleh bercakap dengan pegawai bertugas, berbeza dengan yang perompak tadi , direct line dan deringan hanya 2 kali dan terus dijawab. Yang tak besnya Bank Negara tau pula perompak ni dan bagitau "ramai sudah" yang terkena .. habis tu apa Bank Negara buat yek?

Lepas cool call perompak tadi dan mengeluarkan kata-kata %^^%^^%%%#@!$%^&&&&&#@!!))_****&& hehe .. 



Hari ni punya cerita pula , hampir sama modus operandinya dan pelat yang sama juga menelefon, dari "Bank Rayad" (Bank Rakyat, pun mana la ada orang Cina kerja kan), dan tanpa banyak soal jawab perompak tersebut pun kene @###@@@@@((*&^^%%%%%%% kata-kata manis dari cool. 

Cool ingin memesan kepada kawan-kawan, berhati-hatilah , bukan bangsa itu dan bangsa ini sahaja yang jadi kaki penipu dan perompak (sama je penyamun ni tak kira bangsa kebetulan cool kene dengan bangsa yang sama kan), kalau panggilan dari bank yang ingin meminta data diri anda, sila tutup je telefon atau berkeras mengatakan "tidak", terutama  kepada yang mengguna kredit kad , nombor 3 digit di belakang kredit kad tersebut (security number) jangan sesekali didedahkan melalui telefon walaupun penipu tersebut berkeras mengatakan dia dari bank walaupun menggunakan nombor talian tetap seperti yang terjadi pada cool hari ini. ...Nombor penipu "Bank Rayad" tadi ialah 03-36 30 88 89

Nota : Lupa lak nak terang macam mana dorang rompak, kepada yang tertipu akan ke mesin ATM dan akan menekan kekunci mengikut arahan perompak tersebut. Selepas mengikut arahan tersebut kesemua wang yang ada dalam akaun anda akan ke akaun perompak tersebut. Mudahkan..........