Wednesday, March 30, 2011

Harapkan Pagar..Pagar Makan Duit

Mengikut laporan surat khabar hampir ke semua akhbar perdana sepasang suami isteri telah mengekjas duit kutipan Kastam, bukan hanya RM100 atau RM10,000 atau RM1 juta tetapi lebih kurang RM1 billion yang "diekjas" oleh suami isteri yang dilaporkan bertugas sebagai pegawai kanan Kastam. Astaqfirulla halazim, ini perompak ke penyamun ek? yang songlapnya duit gomen (kerajaan) yang gomen pun "ekjas" dari hasil orang berniaga juga hehe.. tetapi untuk kegunaan kerajaan membangunkan negara Malaysia tercinta. Yang membuat cool "terliur" membaca berita ni... bila terbaca "duit berselerak" hampir ratusan ribu, wow! kalau la cool leh kutip duit tu  kan senang, tak yah nak kerja penat-penat dari pagi sampai malam kan hehe. 

Cool termenung sorang-sorang, ni baru kes sepasang suami isteri, entah ada berapa pasang dan yang solo atau geng lain  yang masih aktif menyonglap duit kerajaan yang sepatutnya dikongsi oleh 27 juta rakyat Malaysia, tetapi dorang "share-share" dalam kelompok mereka sahaja, kaya raya dengan hasil haram, menyara anak isteri dengan duit haram dan  tidur pun bersama duit haram, best ke? 

Bila wang tersebut haram, maka haram untuk dibelanjakan, diguna untuk membeli makanan, haram untuk bersedekah dan segala-galanya haram, jika pelaku itu seorang Islam sedarkah dia yang dia bergelumang dengan benda haram dan tidak diredhai Allah malah dilaknati oleh Allah SWT.

Terdapat banyak nas2 yang melarang mencuri. Seperti di Surah al-Maidah, 5:38 

Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana

dan hadis nabi juga ada bersabda :

Rasulullah saw. memotong tangan pencuri itu bilamana nilai (yang dicuri) seperempat dinar ke atas.
(H.R. Bukhari dan Muslim dari Aisyah) 

Semua ini menunjukkan betapa buruknya mencuri pada pandangan Islam. Dalam hadis Bukhari pula larangan mencuri termasuklah dalam syarat baiah kepada Nabi saw.

Kenapa ada yang masih mencuri? cool rasa la kan ini kerana hukuman yang sedia ada tidak selengkap hukuman Allah,  mungkin hanya setakat 10-20 tahun dipenjara, jika "lawyer" handal mungkin hanya dikenakan hukuman ringan sahaja. Jika dipraktikan hukuman mengikut undang-undang Al-Quran cool pasti kadar jenayah akan berada diparas amat minima... undang-undang Allah amat sempurna dan tidak ada "lawyer" yang lebih handal dari-Nya dan tidak ada hakim yang lebih adil dari-Nya.

Jika ada yang belum membacanya sila klik sini . Mymetro

Maaf cool jika ada tersalah sila betulkan yer ....

Friday, March 25, 2011

Azan Biarlah Merdu...

Bila orang bukan Islam dok bantah dan buat isu mengenai laungan Azan, hati cool yang memang "cool" ini akan "hot", berani sungguh mereka ni.. menghina laungan azan  yang akan berkumandang 5 kali sehari untuk memanggil dan mengingatkan kita waktu bersolat sudah tiba.. azan yang menjadi teras kepada solat 5 waktu sejak ribuan tahun dari zaman Rasulullah lagi ... 

geram memang geram!!. Kenapa orang bukan Islam ni "jaki" sangat dengan Azan ni ye? Geram memang geram bila hal-hal agama Islam yang suci ini dihina oleh kaum yang bukan Islam, kita (orang Islam) tidak pernah cuit hal "terganggu" hingga buat lapuran. Cool duduk di Gombak 24 tahun, setiap tahun pasti ada Thaipusam. Rumah cool hanya 5 km je dari Bt Caves. Tak dinafikan memang cool rasa terganggu yang amat sangat dengan jalan jem dan bau masam air kelapa, begitu juga Chap Goh Meh bakar colok sampai berpuluh-puluh batang sampai sesak nafas dibuatnya,  tetapi cool dan orang Islam lain relaks je.. terima je hakikat dan tidak pernah pun orang Islam keluar "statement" di surat kabar pun kata rasa terganggu ... dan mereka amat bebas dan selamat untuk mengamal agama mereka... Berani benar mereka ini huh!... tapi mesti ada sebabnya kan (kita perlu mengkaji bukan mengeji semata-mata betul tak?).. (kecuali yang hati amat busuk dan yang anti-Islam berkecuali lah yer).

Puncanya cool rasa, ini pandangan cool lah.. laungan azan yang diperdengarkan oleh bilal-bilal dikebanyakkan masjid dan surau tidak menurut seperti yang dintuntut oleh Rasulullah. Azan diperdengarkan tidak ada seni langsung ditambah dengan suara yang tidak merdu. Seolah-olah kita mendengar lagu "heavy metal" sahaja, jika kita sebagai orang Islam sejati dan beriman, kita tetap menghormati azan walaubagaimana pun azan itu diperdengarkan tetapi bagaimana dengan Ah Chong dan Kuppusamy..? bagi mereka azan yang tidak merdu adalah "gangguan" tetapi sebaliknya jika Azan yang merdu akan menjadi halwa telinga kepada mereka.Jika azan di Televisyen memang "best" dan sedap didengar tetapi bila azan di surau... Dulu pernah jiran cool yang beragama Kristian tanya kat cool "kenapa itu nyayi pagi-pagi ini hali tidak dengar meh?" Kebetulan sistem bunyi di surau sudah rosak, "sot" sebab kena kilat. Cool tanya balik kenapa dia tanya, rupanya-rupanya dia amat suka dengar azan sewaktu subuh "manyak sedap meh, lagi aa wa tak payah set alarm meh senang mangun pergi kilijer". kembang kempis hidung cool bangga... walaupun bukan suara cool yang dipuji tetapi tetap berbangga dengan bilal atau muazzin surau taman perumahan yang cool tinggal. Komitmen beliau setiap pagi untuk memperdengarkan azan tanpa dibayar gaji, semuanya kerana Allah dan suara merdunya mampu menarik minat si Josep Tan sebelah rumah saya, cool amat berbangga sekali. Hanya Allah yang Maha Kaya sahaja yang akan membalas jasa kepada bilal tersebut.

Seperti Azan Di TV1 ini pada tahun 2007, memang sedap dan indah;





Malah Azan yang merdu mampu untuk mendekatkan kaum yang beragama bukan Islam untuk mendekati Islam. Seperti antara sunat-sunat azan yang terdapat hadis mengatakan;

Nabi s.a.w bersabda kepada Abdullah bin Zaid r.a yang mimpi azan dalam tidurnya:
"Pergi jumpa Bilal dan ajar dia cara2 azan yang kau dapat dari mimpimu. Sesungguhnya suaranya lebih sedap dan nyaring dari suara engkau."(Hr Abu Daud)

lain-lain hadis juga berbunyi begini;
Maksudnya ucapkan kalimah azan dengan tenang dan jelas. Umar r.a berkata kepada Abu az-Zubair muazzin masjid Baitil Maqdis:
"Apabila kamu azan hendaklah kamu lafazkan dengan tenang dan jelas."(Hr Baihaqi)

Malah disunat untuk mempunyai dua (2) orang muazzin atau lebih, seperti hadis ini ;

Disunatkan mempunyai dua muazzin pada satu masjid.
Ini kerana Nabi s.a.w mempunyai dua tukang azan. Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Bilal mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh). Maka hendaklah kamu makan dan minum (bersahur) sehinggalah Ibnu Maktum mengumandangkan azan (subuh)."(Hr Bukhari dan Muslim)

Dibenarkan untuk lebih dari dua mengikut keperluan seperti mana Uthman bin Affan mempunyai empat muazzin di zamannya.

Pada fikiran cool yang jahil ini, jika sunat mempunyai 2 muazzin ini bermakna Rasulullah amat menekankan tentang kualiti azan yang akan diperdengar, bukan hanya sekadar azan semata-semata. jadi kan cool rasalah kan... jika ingin mengikut Rasulullah dan sunnahnya, bukan hanya setakat berjanggut dan berjubah sahaja, tetapi kita juga perlu lebih mengkaji bab-bab lain seperti azan, walaupun hanya sunat, azan mampu menjadi medium untuk berdakwah... dan apa salahnya jika azan itu merdu....kan
 
Rancangan realiti untung berjuta-juta hasil dari program mencari suara yang merdu, Akademi Fantasia (AF), Bintang RTM (entah ada ke tidak lagi ye?) dan bermacam-macam lagi. Jika ada yang bersuara merdu, iramanya indah dan sesuai dengan jiwa kita.. kita akan mendengarnya berkali-kali, malah sanggup menghafal liriknya.

Suara penyanyi yang merdu dengan lenggok yang indah akan menjadikan kita suka dan minat untuk mendengarnya..walaupun tidak faham langsung makna lirik lagu tersebut. Pernah dulu cool minat sangat dengan lagu Jepun sampai sanggup cari kamus untuk menterjemahkan makna lagu tersebut!. 

Pada pandangan cool carilah jalan , carilah guru dan menjadi agenda utama surau dan masjid untuk memerdukan laungan azan... Sunat kan...

Saturday, March 19, 2011

Artis Seksi.. Malangnya Dia Seorang Islam


Bila berita abang Janet Khoo mati dibunuh dengan kejamnya disiarkan di akhbar, cool  pun "browse" di internet untuk mencari berita terkini, dan lihat wajah Janet Khoo dengan imej sopan. Nampak manis dan ayu ...  tetapi cool ternampak ada link gossip artis Malaysia, bila klik saja terus nampak gambar artis perempuan muda (gambar ni dah basi sebenarnya)  ... malangnya nama dia melambangkan dia seorang Islam, tetapi aksi gambarnya menunjukkan dia lebih teruk dari artis yang bukan Islam bila berpakaian ..tanpa segan silu, seolah maruah tubuhnya tidak ada nilai langsung. Setiap inci tubuhnya sungguh tidak ada nilai hingga semua rakyat Malaysia boleh melihat dengan percuma, dia suka untuk dipertontonkan kepada umum tubuh murahnya yang kununnya mengiurkan, masih ada nilaikah tubuh begitu?. Bagi lelaki yang bermaruah diberi percuma pun tidak lalu untuk dijadikan isteri... maruah tubuhnya amat murah dengan hanya satu klik di link internet.. hampir keseluruhan tubuhnya sudah tidak ada nilai lagi..... masih adakah lelaki yang ingin memperisterikan wanita sebegini????..... 

Yang paling menyeramkan cool, bila klik-klik gambar artis bukan setakat seksi  ini (seram oo takut disergah isteri ... seram wooo) .. malah tak pakai baju langsung  (bogel la kan) dengan aksi bersama seorang lelaki yang memang muka tak "sekufu" langsung dengan artis wanita ini, jika dibandingkan muka mamat tu dengan dinding grafiti, maka dinding grafiti lebih menarik dan handsome adanya ( hehehe...adoii maaaf la ).. ish .. ish tak memilih langsung dia ni (ada yang kata bukan gambar lucah dia tapi muka seiras...entahla )

Malangnya dia seorang Islam pada namanya Zarina Ann Julie dan bukan dia sorang , para pakar penggosip artis  memang ada list lengkap nama artis-artis yang bernama Islam ini........ Cool cuba-cuba, gatal-gatal tangan type "janet khoo seksi" (bila type zarina seksi fuhh berlambak keluar siap ada tag bogel) , dan artis yang pada namanya bukan seorang Islam itu tidak ada pula gambarnya seperti artis yang bernama seorang Islam seperti di atas......... hermmm garu kepala, salah siapa yer?

Ya Allah berikanlah hidayah-Mu padaku, isteriku dan anak-anak aku dari jadi begini dan bukalah hijab-Mu dan hidayah-Mu semoga artis-artis yang bernama seorang Islam ini kembali ke jalan-Mu yang dirahmati-Mu, jadikanlah mereka ikon wanita muslimah ... aminnn


Wednesday, March 9, 2011

Hati-Hati Perompak Di Telefon!! - 03-36 30 88 89



Sudah dua kali cool menerima panggilan telefon dari perompak-perompak, yang pertama dari "Bank Negala" ( Public Bank dan Bank Negara) dan baru jab tadi dari "Bank rayad" (Bank Rakyat). Kedua-dua penipu ini mempunyai pelat Cina, mungkin geng yang sama kot. (Harap maaf ini bukan berunsur perkauman tetapi adalah fakta).



Panggilan pertama, membuat cool hampir-hampir terkena, terkejut beruk bila seorang pegawai yang kununnya dari "Public Bank" membuat panggilan untuk "authorise" pembelian melalui kredit kad "Gold, Master" yang dikeluarkan oleh Public Bank atas nama cool. Pembelian tersebut pula berjumlah RM3,500 dan credit limit kunun-kununnya berjumlah RM7,000 dan yang paling saspen gila, kredit kad tersebut telah digunakan sebelum ini dan baki credit limit jika transaksi yang disebut di atas berjaya, credit limitnya  akan hanya tinggal RM100, meloncat cool dari kerusi yang kurang empuk ni ... perasaan marah, geram dan risau bercampur baur, jantung berdegup kencang seolah-olah sedang bermain futsal, yang peliknya nama penuh dan nombor kad pengenalan cool semua "perfect". (mesti kerja orang bank jual maklumat kan)

Dengan selamba "pegawai" tadi memberi nombor telefon "Bank Negara". Dengan kadar sepantas kilat cool pun telefon ke "Bank Negara", sekali dail tanpa mesin menjawab (seperti kebiasaannya kan kan) , seorang "pegawai" wanita menjawab , (wow Bank Negara ada direct line wooo hebat-hebat dan pegawainya pun orang Cina hermm), Bank Negara pun 1 Malaysia kan hermm.. "pegawai-perompak" tadi pun bertanya akaun-akaun yang cool miliki dan bertanya akaun mana "ada wang paling manyak" dan memberi arahan dalam Bahasa Malaysia yang sangat pelatnya untuk ke ATM dan call dia untuk membantu menekan apa yang patut. "Pegawai-perompak" itu juga berkata "lalam mase lua minggu incik tak mole kuluar kan wang, sebab ini akaun sudah mau block". Lagi terkejut gorilla cool , "macam mana saya mau belanja maa?" cool tanya ikut pelat dia. "Incik misti pinjam sapa-sapa maa" selamba je perompak tu jawab. Gila!!

Cool tarik nafas dalam-dalam dan memerah otak cool yang agak bijak ni hehee.. susun segala fakta yang terjadi seperti cerita CSI, semua menjurus kepada satu kebetulan .. adakah Bank Negara akan melayan orang ramai mengguna direct line dan pegawainya pula berbangsa Cina pula tu (bukan kebetulan). Semua orang tahu majoriti di Bank Negara adalah orang Melayu.. dan yang paling ketara mengapa pula cool yang ditipu , sebagai mangsa terpaksa "di block" segala duit-duit cool dan semuanya hanya melalui telefon tanpa perlu isi-isi borang seperti yang biasakan ..sah ini adalah "perampokkan"!!!

Otak yang bijak ini (dengan ilham dari Allah kan) mula mencari 103 untuk mendapatkan nombor sebenar Bank Negara selain nombor yang diberikan oleh perompak tadi. Ternyata bila call nombor yang diberi oleh 103 , mula-mula mesin menjawab (kes standard di pejabat kerajaan) dan di "pass" kepada pegawai bertugas dan menunggu hampir lebih10 minit barulah boleh bercakap dengan pegawai bertugas, berbeza dengan yang perompak tadi , direct line dan deringan hanya 2 kali dan terus dijawab. Yang tak besnya Bank Negara tau pula perompak ni dan bagitau "ramai sudah" yang terkena .. habis tu apa Bank Negara buat yek?

Lepas cool call perompak tadi dan mengeluarkan kata-kata %^^%^^%%%#@!$%^&&&&&#@!!))_****&& hehe .. 



Hari ni punya cerita pula , hampir sama modus operandinya dan pelat yang sama juga menelefon, dari "Bank Rayad" (Bank Rakyat, pun mana la ada orang Cina kerja kan), dan tanpa banyak soal jawab perompak tersebut pun kene @###@@@@@((*&^^%%%%%%% kata-kata manis dari cool. 

Cool ingin memesan kepada kawan-kawan, berhati-hatilah , bukan bangsa itu dan bangsa ini sahaja yang jadi kaki penipu dan perompak (sama je penyamun ni tak kira bangsa kebetulan cool kene dengan bangsa yang sama kan), kalau panggilan dari bank yang ingin meminta data diri anda, sila tutup je telefon atau berkeras mengatakan "tidak", terutama  kepada yang mengguna kredit kad , nombor 3 digit di belakang kredit kad tersebut (security number) jangan sesekali didedahkan melalui telefon walaupun penipu tersebut berkeras mengatakan dia dari bank walaupun menggunakan nombor talian tetap seperti yang terjadi pada cool hari ini. ...Nombor penipu "Bank Rayad" tadi ialah 03-36 30 88 89

Nota : Lupa lak nak terang macam mana dorang rompak, kepada yang tertipu akan ke mesin ATM dan akan menekan kekunci mengikut arahan perompak tersebut. Selepas mengikut arahan tersebut kesemua wang yang ada dalam akaun anda akan ke akaun perompak tersebut. Mudahkan..........

Tuesday, February 22, 2011

Kereta Untuk Di Jual - Avanza 1.3, 2005 (A) Full Spec

Hehehe maaf la yer lari tajuk lak di blog ni , cool nak jual kereta kesayangan cool ni, Avanza 1.3 Full Spec Auto tahun 2005, condition kereta tip top la , cool boleh gerenti sebab cool dan wife je drive kereta ni, tak pernah buat hal di tengah jalan. Keadaan body pun masih cun cuma ada la sikit-sikit calar, biasa la kan kereta dah berumur 5 tahun. Lain-lain seperti alarm, power window dan center locking semua masih berfungsi. Cool dah lowered kan dia tapi masih simpan spring original dan akan diberi kepada owner baru nanti.. ke empat-empat tayar pun masih baru






Alamak yang ni bukan kereta cool tau tapi indon punya hehe


Harga cadangan untuk di jual ialah RM38,000, masih boleh runding jangan risau  ... sapa-sapa yang berminat , cuba call bank dulu berapa loan boleh lepas , then baru boleh tahu berapa deposit boleh bayar dan selebihnya bank yang bayar kat cool nanti kan kan... yang penting tanya bank TAPI jangan tanya along bukit beruntung atau ahlil nujum nahupun tukang tilik  atau yang tidak kena mengena dengan industri kereta .. bahaya oooo

Boleh SMS atau Call di 019-257 00 23

Thursday, February 10, 2011

Sombong tak ada gunanya cik kak oi...


Berurusan di kaunter-kaunter Agensi Kerajaan , bank dan segala kaunter yang seangkatan denganya, cakaplah apa pun yang melibatkan kaunter.. mau tak mau akan kita akan terjumpa pegawai bertugas yang sombong lagi masam mukanya. Kalau kaunter tu tempat minta bantuan contoh subsidi, pinjaman ke atau lesen-lesen .. kenalah banyak-banyak beristiqfar, telan ubat anti-depresi atau ubat sakit jantung kalau anda sakit jantung.. bawa kipas tangan pun perlu , untuk menyejukkan hati yang panas walaupun ekon dah sejuk gila. Tapi secara puratanya cool nampak kaunter-kaunter perkhidmatan di agensi gomen (kerajaan) sudah banyak improvement dulu-dulu tahun 80-90 an lagi la teruk gila ... kini pegawai sombong tak la ramai sangat..cuma terdapat la sorang dua "nak kerja makan gaji saja" hatinya tidak di kaunter tersebut .. hadir kerja kerana wajib punch card kalau tidak gaji tak masyukkk.

Cerita ni baru tadi eh ..semalam dah pukul 12:16 minit rupanya ..kalendar dah berubah hehe... Cerita ni lawak pun ada sedih pun ada, beginilah ceritanya...

Pada hari yang indah cool ke satu Agensi Kerajaan untuk renew pasport (cawangan agensi tersebut dirahsiakan) dah meninggal pasport cool .. 2 bulan lepas. Renew pasport cadang-cadang nak travel la ..destinasi di rahsiakan hehe. Mula-mula sampai di Agensi tu kene que untuk ambil nombor dan kaunter tu berfungsi untuk menasihatkan orang ramai untuk langkah-langkah yang perlu seperti borang-borang yang perlu diisi dan lain-lain.. pegawai tu muka sorom je (orang utara kata muka masam la) ... kasi nombor dan tanya "nak urusan apa?" pegawai tu tanya dengan tonasi garang. Tersentak juga jiwa romatis cool ni hehe.. "nak renew pasport puan" cool jawab penuh sopan. "Cik la saya belum kawin" dia jawab dengan muka lagi extra masam ..adoii apa la masalah pompan ni ..cool fikir sorang-sorang. Dia pun hulur nombor dan borang "cara isi tengok sana" dia guna muncung mulut tunjuk arah. adoyaii ..aku cubit juga mulut dia ni kang kang ... cool pun jalan dengan longlai ..apa la salah aku pagi-pagi ni ?, betul-betul membunuh mood orang ... sabar je la

Sekoyong-koyong eh macam cerita seram pula .. 2-3 orang selepas cool ada sorang mak cik .. warga emas, tengok dari dressing nak kata miskin tak juga nak kata kaya macam orang kaya tapi dressing ala-ala mak cik la kan.. di tepi mak cik tu ada lelaki tinggi orangnya pakai baju putih dan seluar hitam .. anak dia kot tapi nampak baju dia lusuh la sikit .. handphone dia pegang pun jenis "baling anjing pun mati".. 

"Mak cik tak bawa spek la nak... tolong isi kan borang mak cik boleh ?" mak cik tu tanya dengan sopan juga la.. tapi ..tapi pegawai kaunter tu agak tinggi suaranya "Laaa tak bawa spek bukan masalah saya ..mak cik suruh sapa-sapa isi ..saya tengah sibuk ni..eee menyusah kan betullll" , Lelaki tadi menghanpiri mak cik tadi dan pegang borang untuk membantu. Pegawai tu terus sergah lagi... "kan ada anak tu ..dok suruh orang juga" suara pegawai tu makin tinggi sampai semua orang sekeliling menoleh untuk melihat. Mak sik tadi dah merah padam muka... lelaki tadi dengan muka garang terus mendekati pompan meroyan si pegawai tu "cik puann ko ni senggugut ke .. aku ni bukan anak dia ko tau.. aku ni driver dia .. ko tau sapa mak cik ni ?... dia mak bos ko la cik puan, Encik bla bla.... baru kerja jaga kaunter dah belagak macam pegawai tinggi pergi panggil bos ko sekarang!!" Lelaki tu separuh menjerit kepada pegawai tu "arr arr saya saya.." tergagap-gagap pegawai tu .. " pergi pangil Encik Bla Bla sekarang!!" Lelaki tu terus jerit kepada pegawai tu ... hujan banjir melanda pegawai pompan tersebut dan Encik Bla Bla pun keluar salam mak dia dan cium tangan lalu suruh mak dia duduk sebentar, Encik Bla Bla guna isyarat tangan  panggil pegawai sombong tak henggat tu masuk bilik dia ... dan anda bayangkan lah apa terjadi kan ... rugikan tak ada untung pun kalau kita menyombong .. hermm jarang-jarang la dengar kalau menyombong dapat untung kan... Silap-silap pegawai sombong tu sekarang dok kerja di Limbang, Sarawak kot ..(Limbang adalah 1 daerah di Negeri Sarawak yang bersempadan dengan Brunei)

Macam ni la kot muka pegawai sombong tu selepas kena "bambu" dengan boss dia


Orang ramai tersenyum sinis melihat, ada yang tunjuk tanda bagus ada yang geleng-geleng kepala ..cool tersenyum sendirian dan tarik nafas dalam-dalam... "kesiannnn... dia" cool cakap sorang-sorang dan terus isi borang...

Moral of the story : "Senyum itu adalah sedekah" senyum-senyum selalu, berbudi bahasa dan hormat menghormati sesama insan adalah satu tuntutan agama kita, lajak perahu boleh gostan tapi lajak kata nak gostan gear jam pula.... hehehe


Wednesday, February 9, 2011

Pemandu Sopan Vs Pemandu Lembab Vs Pemandu Gila


Setiap hari drive di highway Utara - Selatan atau mana-mana highway di Malaysia ni pasti akan terjumpa driver atau pemandu yang bersopan atau yang makan angin atau yang tak ingat mati ..memecut tak henggat dunia. Driver yang bersopan oklah tak perlu nak cerita tapi mereka ni menjadi mangsa buli driver yang lembab yang suka makan angin di tengah-tengah highway dan driver yang gila, ke kiri salah ke kanan salah nak memotong takut kena speed trap adoyaii!..

 Gambar di ceduk dari blog ohbulan

Driver yang gila tak henggat nak mati memang kompem nak mati dan pasti salah jika Polis Trafik nampak, tapi jarang-jarang la nampak peronda lebuhraya yang guna Evo mengejar driver gila tu .. tapi pernah la nampak Evo tahan lori kontena hermmm ... Driver bas ekpress antara driver yang gila dan tak serik-serik (bukan semua la kan tapi ramai la dorang ni.. kalau ikut nisbah menang driver gila dari yang berhemah). Kita dok buat forum , dok buat macam-macam , kata macam-macam tapi peguatkuasaan masih macam tu juga .. kenapa yer? 


Yang dah gila memang sah sakit hati jer dibuatnya tapi yang lembab atau lembam lagi la menyakitkan hati. Ada yang layan SMS , ada yang layan telefon , ada yang layan sembang dan ada yang semacam stress je memandu. Peliknya dorang ni dok di line tengah? Kalau speed ikut speed highway ok , kalau speed di benarkan 110 dorang akan drive dengan relaks dengan kelajuan 70-80 kmj di lorong tengah... adoyaiii . Lepas tu datang bas ekspress , lori panjang atau kereta yang speednya 110 atau lebih ..apa lagi bersimpang siur lah aksi potong memotong untuk mengelak pemandu yang makan angin di lorong tengah. Saya rasa dah tak sesuai dengan slogan "KELAJUAN MEMBAWA MAUT" .. kena buat slogan baru "LEMBAB AKAN MENGAKIBATKAN ORANG LAIN MAUT"... !!. Yang bawa laju gila-gila sampai habis meter di pecutnya ada undang-undang boleh mendakwa dorang tapi yang memandu macam siput dan bagi pemandu lain marah dan hilang sabar ada ke tidak undang-undang untuk dorang ?

Rasanya POLIS dan JPJ kene saman juga dorang ni kan ..kan