Tuesday, April 5, 2011

Anak Yatim Koma Dipukul Guru Telah Meninggal Dunia

Akibat melayan perasaan marah serta ditambah dengan bisikan syaitan, seorang guru tergamak untuk membelasah selama 2 jam seorang murid tahun 1, hasil dari perbuatan kejam tersebut, seorang guru penyelia asrama anak-anak yatim telah membunuh satu jiwa yang masih muda. Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7 anak yatim yang telah kematian ibunya itu telah menanggung kesakitan yang amat sangat, tidak cukup dengan membelasah insan yang kecil itu cikgu zalim tersebut mengikat tangan mangsa yang tidak terdaya ke besi tingkap untuk memuaskan nafsu iblis dengan membelasah dan mengonggang-gonggang mengoyang-goyang tubuh mangsa sehingga koma.  Akhbar melaporkan kanak-kanak malang tesebut dipukul selama 2 jam oleh gurunya itu. 



Marah menurut Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazzaly adalah elemen yang terdapat dalam hati manusia. Marah menurut al- Ghazzaly ibarat api dalam sekam.  Kemarahan dikenali umum sebagai aspek negatif, namun Islam mempunyai pandangan khusus tentang elemen marah ini. Kamus Dewan (Edisi Ketiga, 2002) menakrifkan marah sebagai berasa panas hati (kerana ditipu, dihina dan lain-lain), perasaan panas hati, berang, gusar dan murka. Tetapi perkataan murka di dalam kebudayaan Melayu biasanya dirujuk kepada kemarahan Allah, para Nabi a.s, dan juga Sultan. Concise Oxford Dictionary (1995) memberi definisi marah (anger) sebagai perasaan kurang senang yang melampau.

Sikap marah melampau cikgu ini tidak dapat diterima oleh akal saya sebagai seorang bapa yang mempunyai anak berumur hampir sebaya Saiful Syazani Saiful Sopfidee. Tidak dinafikan kanak-kanak terutamanya lelaki sememangnya nakal dan kadang-kadang memang "ringan" tangan kita untuk merotan mereka, tetapi jika 2 jam memukul untuk mengajar disiplin dan memaksa kanak-kanak untuk mengaku mencuri duit RM7 ia adalah sikap keterlaluan dan tidak dapat diterima oleh akal, guru tersebut mesti dihukum dengan hukuman yang berat setimpal dengan perlakuan ganasnya. Perlakuan merotan untuk memberi didikan adalah digalakkan tetapi bukan membelasah seperti yang dilakukan oleh guru kejam tersebut.


Saya pasti dan amat pasti guru tersebut kini meringkuk didalam penjara , menyesal yang amat sangat dan terbayang-terbayang wajah Saiful Syazani Saiful Sopfidee yang merayu-merayu untuk dibelas kasihani olehnya. Dia pasti terbayang-bayang wajah tidak berdosa itu mengalami sawan diakhir-akhir hayatnya. Pasti hatinya berkata mengapa aku zalim, mengapa aku kejam, mengapa aku tidak mengguna kaedah lain untuk kununnya mencari bukti duit yang dicuri? mengapa-mengapa dan terus mengapa adalah persoalan dan penyesalan yang akan dibawanya ke kubur hingga pada satu hari nanti, pastinya dia akan menyesal semumur hidup. Pastinya Saiful Syazani Saiful Sopfidee akan menuntut haknya di akhirat ..tunggulah wahai guru yang zalim. Semuanya adalah pasti....

 Al-Fatihah......

No comments:

Post a Comment