Tuesday, April 5, 2011

Kes Video Lucah : Kununnya Melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim

Semenjak trio Dato' T mendedahkan video sex yang kununnya melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI), saya juga mendapat tempiasnya kerana ejaan nama saya yang sama seperti DSAI, bukannya tempias apa cuma kawan-kawan yang suka mengusik dengan memegang perut saya dan berkata "perut doc tak buncit..sah bukan doc pelakon video tu". Saya hanya ketawa dan layan sahaja gurauan tersebut. tak kecil hati pun , mereka kan gurau-gurau je...



Setelah terbongkar siapakah Dato' T yang sebenarnya, secara peribadinya saya tidak mengiktiraf kredibiliti "tukang tuduh" yang utama iaitu Tan Sri Rahim Thamby Cik berikutan kes-kes lama beliau, dan yang memeranjatkan saya bila saya tengok wajah salah seorang dari trio Dato' T, salah seorang darinya mirip wajah DSAI jika dilihat sekali imbas , iaitu Dato' Eskay Shazryl Abdullah (DESA). Jika orang mengatakan wajah pelakon yang hanya memakai "towel" itu DSAI, maka orang juga boleh mengatakan DESA juga adalah pelakon utamanya ? kerana wajahnya mirip DSAI kan? (gambar kabur, jadi tuduhan akan dibuat dalam pelbagai cara) sedangkan lelaki yang berpakaian lengkap itu wajahnya amat kabur dan mengapa lelaki berpakaian kemas itu dengan selamba sahaja "join the party", mungkin juga ada aksinya pula selepas itu dan telah di "delete"? ataupun dia adalah "pembekal ayam" sahaja ?. Jika DSAI yang dituduh dan dikatakan tidak bermaruah, kaki sex dan lain-lain, maka lelaki yang berpakaian kemas itu mungkin seorang bapa ayam, kalau tidak mengapa dia bersengkongkol dan dengan selambanya menjadi salah seorang watak didalam video tersebut. Kalau ingin menuduh pelbagai tuduhan boleh dibuatkan..

Semuanya kabur, susah hendak cakap betul ke tidak.. jika dilihat dari beberapa "headline" akhbar hari ini, 5 April 2011. Saya tidak pro Anwar walaupun ejaan nama kami serupa dan saya juga tidak menyebelahi mana-mana parti politik kerana pada pandangan peribadi saya politik Malaysia adalah terlalu "berpolitik", rakyat sering dimomok dengan berita berat sebelah dulu, kini dan selamanya dan di "mental block" untuk membuat pertimbangan dengan sekatan media yang melampau. Jadi saya menjadi rakyat "atas pagar" yang melihat dan menilai dan memangkah wakil rakyat mengikut kredibiliti bakal YB itu , tetapi bukan pada cap parti politiknya. Saya amat mengharapkan berita yang sama rata, berita yang membolehkan saya dan rakyat lain mengguna akal yang matang untuk menilai sesuatu berita itu sama ada ia boleh diterima atau tidak. Sekurang-kurangnya tirulah cara kebebasan bersuara di Amerika. Setiap calon atau parti politik diberi masa dan ruang untuk mempersembahkan agenda dan hala tuju politik mereka, dan rakyat akan membuat keputusan untuk memilih wakil yang dirasa mempunyai agenda dan hala tuju yang benar-benar "rakyat didahulukan".

Kembali kepada persoalan kepada video lucah ini, ia amat meragukan, ia didedahkan ketika pembubaran DUN Sarawak, berkemungkinan mempunyai agenda dendam, melanggar undang-undang penyiaran dan memiliki bahan lucah, walaupun saya tidak mahir undang-undang, menonton dan memiliki video lucah adalah salah disisi undang-undang dan hanya pihak Polis sahaja yang mempunyai kuasa untuk menonton setelah laporan Polis dibuat, maka video itu akan menjadi bahan kes. Sesiapa yang menonton tanpa laporan dan keizinan Polis maka ia boleh ditahan di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620), boleh dikenakan denda antara RM10,000 sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.. Peliknya mereka kata "bahan bukti boleh ditonton". Sewaktu itu rasaya laporan belum dibuat lagi, Dato Nazri kata "ok" tak mengapalah "kot" rasanya, lepas ni ramai kaki jual dan tonton video sex haram akan tonton merata-merata tempat dan bila ditangkap akan mengguna alasan yang diberikan Dato' T..agak-agak lepas tak?

Memang banyak persoalan yang pelik lagi misteri, kini zaman High Definition (HD)," gadget-gadget" pengitipan pun semestinya sudah berada pada tahap HD yang mempunyai resolusi gambar yang amat "sharp" untuk membuat dakwaan. Jika kita menonton video yang kununnya video intipan, tahi lalat di muka orang yang kena intip itu pun kita dapat mengira jumlahnya. Mengapa Dato' T yang kaya raya ini mempunyai gadget yang "cikai" sahaja iaitu hitam putih (seingat saya television berwarna sudah mula dilancarkan semenjak 80an lagi). Ini adalah intipan untuk membuktikan seorang yang bernama Anwar Ibrahim bukan Linggam!. Alangkah "bestnya" jika Dato' T menggunakan teknik intipan HD atau pun biarlah ada "kaler", Polis pun tidak pening kepala dan tak perlulah Suruhanjaya atau sebagainya kerana semua itu hanya membazir masa dan duit rakyat sahaja!. Kalau berdasarkan resolusi video yang "glamor" ini gambarnya adalah tahap kamera "handphone" murah sahaja. Jika Dato' T berusaha lebih keras maka makin mudah cita-cita mereka tercapai, tetapi mengapa mereka tidak berusaha dengan lebih keras dengan mempersembah video yang terang, berwarna dan ada suara (audio) sekali?

Saya tidak pasti sama ada video ini mempunyai audio atau hanya gambar sahaja, jika mempunyai audio maka mudahlah Polis untuk menyiasat walaupun muka pelakon utama adalah kabur. Teknologi pengecaman suara dan bentuk muka seseorang individu telah dicipta, tetapi rasanya di Malaysia belum terdapat lagi teknik tersebut ( kalau sudah ada harap maaf). Saya cadangkan kedua-dua pihak, dituduh dan menuduh perlu "gentleman" dengan mengupah pakar dari luar negara, yang bebas dan tidak memihak kepada mana-mana pihak, tetapi mereka hanya memihak kepada "bayaran" yang mereka tentukan sahaja. Pelbagai cara boleh membuktikan video ini benar-benar yang dituduh bukan hanya mengesahkan video itu adalah asli sahaja.

Pandangan saya ini mungkin dikongsi bersama-sama oleh beberapa juta lagi rakyat Malaysia, yang bakal "memangkah" pada PRU 13 nanti, oleh itu pada pandangan peribadi saya, jika pihak yang berkuasa mampu untuk memberi kata putus yang dianggap adil, berteraskan fakta dan saintifik, serta kredibiliti yang tinggi saya rasa ini adalah "bonus" kepada Kerajaan di PRU 13 nanti, tetapi jika sebaliknya saya amat khuatir akan gelombang "tsunami politik" yang bakal menghentam kerajaaan buat kali yang kedua.

Apa pun saya amat percaya kebenaran akan mengatasi kebatilan, Allah Maha Kaya lagi Bijaksana dan sentiasa bersama orang-orang yang benar. Polis Malaysia telah diiktiraf di antara yang terhandal di dunia, saya pasti Polis akan bertindak adil dan akan mendedahkan kebenaran pada umum dalam sedikit masa lagi. 


Kategori : AKIDAH Akhlak  
Tajuk :
Mencegah Kezaliman/ Keganasan
Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya::” Janganlah salah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim, kerana laknat akan turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankannya.”

 
Riwayat at-Tabrani


Dipetik dari laman e-Hadith, JAKIM

Mendukacitakan juga bila dikenang, telah menjadi tradisi media Malaysia, jika tuduhan kepada pembangkang biasanya memang benar dan sah, malah akan diperkukuhkan dengan laporan akhbar dan media,  tetapi sebaliknya jika tuduhan itu kepada kerajaan ia adalah fitnah semata-mata....99% rakyat sudah berpendidikan tinggi, mempunyai daya pemikiran yang profesional dan sentiasa peka dengan medium berita di talian, oleh itu saya menyeru kepada pihak yang berwajib janganlah hina dan perbodohkan pemikiran rakyat buat kesekian kalinya......

Harapan saya dan rakyat jelata hanya inginkan berita yang benar-benar berita bukan hanya "paper lama" sahaja .... susah sangat ke?

e-Hadith dari JAKIM

Kategori : IBADAH Akidah  
Tajuk :
Menghukum Dengan Adil
Hadith :

Dari Ibnu Abbas r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda:”Jika diberikan kepada manusia apa sahaja yang didakwa oleh mereka tentunya akan mendakwa beberapa orang lelaki akan harta suatu kaum dan darah mereka tetapi (dalam hal ini diperlukan) saksi atas orang yang mendakwa dan sumpah atas (orang) yang engkar (yang terdakwa).”

 
(al-Baihaqi)

Huraian
1. Dalam konteks penghakiman atau pengadilan, seorang hakim adalah dikehendaki memutuskan sesuatu perkara dengan adil berdasarkan keterangan yang diberikan kepadanya. Hal ini disebabkan manusia itu lazimnya suka menurut dakwaan dan pengaduan mereka sendiri demi mendapatkan harta atau menuntut bela (di atas sesuatu kejadian seperti pembunuhan).
2. Oleh itu dakwaan atau sebarang aduan tidak boleh didengar atau diterima begitu sahaja tanpa ditunjukkan bukti yang sah menurut hukum dan kerana itu juga Rasulullah S.A.W menghendaki agar dikemukakan saksi oleh orang yang mendakwa dan sumpah atas orang yang terdakwa.
3. Sebab dikehendaki saksi atas orang yang mendakwa ialah kerana ia menuntut suatu yang berlainan dengan kenyataan. Maka disebabkan itu mestilah ia mempunyai cukup bukti untuk dakwaan yang dibuat.
4. Manakala orang yang engkar iaitu orang yang terdakwa dikehendaki pula melakukan sumpah untuk membuktikan keadaannya bahawa ia terlepas dari dakwaan itu. Sumpah ini dinamakan sumpah sabar iaitu sumpah yang menahan orang yang berhak dari kehilangan haknya seandainya hak itu adalah haknya yang sebenar. Tetapi jika seseorang itu bersumpah untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya maka sumpahnya adalah sumpah dusta.
5. Punca sengketa yang sering terjadi dalam masyarakat adalah dari harta benda hingga membawa kepada pembunuhan dan pertumpahan darah. Semua ini bermaksud untuk memperolehi dan menguasai harta benda sebanyak mungkin biarpun dengan cara yang kotor dan keji. Oleh itu Islam menyuruh agar berhukum dengan adil.

No comments:

Post a Comment