Thursday, April 14, 2011

Bosan...

Buka  je suratkhabar arus perdana di muka depan sudah pastinya berita Pilihanraya Sarawak dan confirmed cerita sebelah pihak jer, aduii bosanya, tidak pun pasal jam Omega.. bosan juga, paling menakjubkan ada pula telur ayam palsu! ini tak bosan sangat.Ayam-ayam sudah pencen bertelur ke?. Kena stop makan telur lah macam ni , waktu ayam naik harga ada pihak yang suruh jangan makan ayam kali ni sapa pula yang akan buat "statement" jangan makan telur pula ....?

Terus terang cakap lah  membaca suratkhabar atau  menonton berita adalah aktiviti yang paling membosankan, bukan hanya media arus perdana je yang membosankan tetapi media arus pembangkang pun sama je.. masing-masing "depa lah" yang terbaik. Lagi parah media arus perdana ... hentam-hentam, kutuk-kutuk, tuduh-tuduh dan belasah-belasah tapi yang parah lagi lepas tu tak ada jawapan dari yang kena hentam-hentam, kutuk-kutuk, tuduh-tuduh dan belasah-belasah segala tu. Sebagai rakyat yang bersekolah dan pandai membaca pula tu, rakyat inginkan jawapan. Selepas mendapat jawapan rakyat yang bersekolah tersebut akan membuat penilaian sapa yang betul dan sapa yang temberang.

Belah sini keluarkan video sex belah sana pun terbit satu video sex. Kau ada aku pun ada beb! Dulu MCA bercempera sekejab dek kerana video sex, tetapi selamba je dengan muka tak malunya mengaku "I'm the one in the sex video"  dan berbaloi-baloi dia mengaku sebab dia dah jadi presiden, kalau lepas ni tak malu lagi kerajaan lantik dia jadi menteri semula. Hebat tu kan. Berbeza dengan Barat walaupun dorang bukan mengamalkan Islam tetapi perlaksanaan mereka lebih Islam dari negara Islam, kalau "you're the one - get lost" seperti kes Wayne Rooney, John Terry dan Tiger Wood kena belasah "kaw-kaw" dalam media, kena pecat sampai tak boleh jadi Kapten pasukan England dan Rooney kena buang dari iklan Coke, tapi "The Man" jadi presiden. Apa dah jadi yer? Bosan juga kan...

Paling membosankan bila Melayu hentam, kutuk dan fitnah sesama bangsa, lain-lain bangsa mula berbunyi nak itu dan hak ini dan sampai "Interlock" pun depa sanggup buat demontrasi dan yang menariknya kerajaan bersetuju mengkajinya!, ugut secara halus dan pemimpin Melayu takut tak dapat undi .. kena ikutlah. Budaya ikut "so called" hak ini bukan hanya kerajaan saja yang takut tak dapat undi malah pembangkang pun sama je, walaupun dulu cukup anti dengan puak roket tapi kini puak bulan mengambang pun sudah merelakan roket mendarat di bulan mereka demi undi! Takut orang dari takutkan Allah.. mana pergi prinsip TAKBIR depa ni? sampai geng roket pun sudah boleh buat ceramah dalam surau, kalau Islam takpa lah juga.. ni bukan Islam. Alahai ...

Bosan kan..... anda bosan tak?

2 comments:

  1. ya...senario politik sekarang amat membosankan sekaligus menjengkelkan...seks sudah jadi seumpana bahan mainan...lama2 jadi identiti perlambangan politik kotor di bumi bertuah ni.
    Saya juga pelik bagaimana seseorang yg sudah terencat moralnya masih boleh dilantik semula menjadi ketua pemimpin...walhal politik barat sendiri menolak pemimpin yang ada skandal seks...mungkin ini boleh jadi andaian atau kayu pengukur bahawasanya orang malaysia amat pemaaf sifatnya? barangkali.

    ReplyDelete
  2. Bagi saya yang memilih pemimpin tersebut adalah puak yang sama tarafnya kelakuan dan moralnya dengan pemimpin tersebut..bukan pemaaf.

    ReplyDelete