Sunday, April 3, 2011

Kebesaran Allah.. !! Cuba Lihat Piring ASTRO anda

Menjadi amalan saya dan keluarga untuk mendengar dan menonton siri ceramah Ustaz Kazim ataupun Ustaz Azhar yang amat power dengan longat "Ganu Kite", selain mendapat ilmu perjalanan juga diberkati Allah SWT. Amat menarik bila Ustaz Kazim memberi fakta bahawa KAABAH BERADA DI PUSAT BUMI", dan bukti mudah yang diberi oleh Ustaz Kazim ialah piring ASTRO yang menggunakan satelit akan menghadap ke arah Kiblat atau pun ke arah Ka'abah. Sampai je di rumah cool pun pegang laptop dan terus membuat carian di internet.. ALLAHUKABAR! memang betul dan cool lihat piring ASTRO memang "confirmed" menghadap ke arah Kiblat.. SUBHANALLAH.... selama ini hingga umur cool dah hampir senja barulah mendapat info ini, jadi cool merasa amat bertanggungjawab untuk menghebahkan kepada kawan-kawan semua fakta yang amat menarik ini. Jika anda mempunyai kesukaran untuk menentukan kiblat sila lihat piring ASTRO anda menghala ke arah mana dan situlah arah Kiblat.

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.


Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini......

 

2 comments:

  1. PIRING ASTRO TIDAK MENGHALA ARAH QIBLAT!!!
    Assalamualaikum.... ini hasil eksperimen saya….Sebenarnya memang piring Astro langsung tidak menghadap Qiblat dan jelas dilihat dgn mata kasar.…bukan sesetengah tetapi secara teorinya memang semua tidak akan menghadap ke arah qiblat… ada satu artikel yg mengatakan astro betul2 menghadap Qiblat dan ramai yg bersetuju dgn kenyataan tersebut tanpa kajian terperinci sehingga ada yang berpandukan astro untuk mencari arah qiblat dan ini akan merosakkan aqidah umah islam yg mana sudah ramai berqiblatkan arah astro apabila ke tempat yang tidak diketahui arah qiblat.. cuba lihat eksperimen saya di sini…
    http://azaharishafie.blogspot.com/2011/10/piring-astro-tidak-menghadap-qiblat.html

    ReplyDelete
  2. hermm harap2 ada pakar yang boleh membantu ... menjelaskan isu ini ..:) tapi tq azaharishafie

    ReplyDelete