Tuesday, June 21, 2011

Al-Fatihah - Kartunis Ujang Pereka Watak Mat Despatch Meninggal Dunia

Al-Fatihah, pada awal pagi sedang sedap-sedap hirup Nescafe, Cool tersentak sedikit bila terbaca tajuk Kartunis Ujang Meninggal Dunia. Mana tak terperanjat Cool membesar di dalam area Majalah Gila-Gila dan Ujang yang mengguna watak Din Beramboi yang meletuo-letup jualannya sekitar awal tahun 80an dan sampai sekarang pun masih diminati ramai. Tapi yang tak bestnya Harian Metro ni buat tajuk mengelirukan, ingat bos Ujang ( Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Mohd Noor ),  yang telah pergi rupanya pereka watak MAT DESPATCH dengan kata-kata popularnya DUA RINGGIT BOS!.  Harian Metro tolonglah buat tajuk ikut gaya bahasa yang betul dan mudah mudah faham!

Cool selidik-selidik, surf di internet baru tau yang Qayyum seorang Kartunis di Majalah Ujang yang meninggal dunia. Masih muda baru berusia 41 dan dilaporkan meninggal dunia kerana serangan jantung. Nampaknya kita akan merindui kartun MAT DESPATCH dan DUA RINGGIT BOS, saya amat meminati kartun tersebut. AL - FATIHAH semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman......

Profil Qayyum yang saya pinjam dari blog http://www.khairil.com/

Nama : nama panjang rashdan nama pendek dan jumbo

Nama samaran : nama besar qayyum nama kecik q

E-mail : posto pun boleh

Facebook : baru merancang nak buat

Alamat : no.8, kampung dusun (rumah sarip dol).

Hari di beranak : hari jumaat

Tempat beranak : sama tempat lahir ahmad albab

Makan kesukaan : yang sebelum makan kena ambik bau dulu... Lazat?

Minuman kegemaran : jin n tonik

Mainan kesayangan : bangsi hikmat

Warna peberet : warna warni kehidupan

Binatang kesukaan : binatang apa dia tunggang

Bacaan kesukaan : hikayat 1001 darham... Eh... Malam

Kenderaan kenaikan : cam kereta haji bakhil... Cantik bukan? Macam setan

Hobi : saya suka main bola... Hari-hari saya main bola

Cita-cita : champion of screw

Sejarah hidup : hidup susah mati pun susah... Mati kena pegang bendela

Pencapaian kerjaya : menjadi ahli mesyuarat tingkap. Lain-lain takde, kerja berat takut reput tulang...

Sepatah dua kata : lu punya nasib lu makan, dia punya nasib dia makan, apa salah lu sama-sama makan, semoga mati dalam iman

sumber http://ujang.com.my/kitorang.php

No comments:

Post a Comment