Saturday, June 18, 2011

Takziah Kepada Awie


Al-Fatihah .... Ayah Awie penyanyi rock yang terkenal telah meninggal dunia pada 16 Jun 2011 pada jam 12:30 pagi.  Saya kenali Awie dan WINGS sekitar tahun 1987 tetapi tdak pernah bersembang pun dengan Awie, sehingga Awie buka opis di Seri Gombak pun sering terserempak dengan Awie tetapi saya ni kinda tak reti nak beramah mesra dengan selebriti .. pemalu la katakan hehe. 

Drummer Wings time tu Black, mempunyai karekter yang lebih mudah mesra, kami saling kenal mengenali di Komplek Wilayah, time tu lepak di Komplek Wilayah main snooker di Kelab Rally (sekarang dah sejarah kot kelab tu) selepas penat buang duit kami akan makan-makan secara bajet di kedai mamak Jalan Doraisamy

Komplek Wilayah pernah menjadi "port" utama kepada  artis hebat seperti Diva Rock Ratu Rock Ella & Boys,  Hattan, Rahim Maarof dan band-band rock sekitar tahun 80an. Komplek Wilayah pada waktu itu mempunyai beberapa pusat "jamming" untuk artis-artis berlatih muzik, pusat menjual alat-alat muzik dan juga Kolej Swasta, meriah time tu.. naik lift je terserempak dengan Ella, time buka posa join Hattan dan artis-artis, glamor juga rasa hehe ... semua tu dah jadi memori.

Al-Fatihah kepada ..  Allahyarham ayah Awie...

No comments:

Post a Comment