Cadangan beri kesedaran pada rakyat supaya bersyukur
Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan mencadangkan supaya kerajaan menampal "cop subsidi kerajaan" pada setiap barangan keperluan yang menikmati faedah tersebut .. Berita lanjut bolehlah beli HARIAN METRO ruangan SETEMPAT, mukasurat 43A.
Pendapat Cool:
Ayat yang paling rakyat menyampah dan tidak suka membacanya - "Cadangan beri kesedaran pada rakyat supaya bersyukur". Sejak dulu ayat 'bersyukur" telah dibrainwash ke minda rakyat, yang bermaksud tanpa kerajaan matilah atau habislah rakyat .. merempat mati kebuluran.
Jika gula naik harga, maka keluarlah statement "kurangkan pengambilan gula", Menteri Kesihatan pun sibuk juga buat pesanan dengan statistik penyakit kencing manis yang meningkat. Sama juga kes kalau harga ayam naik, dorang suruh "jangan makan ayam" , harga beras naik ada yang suruh rakyat makan bubur je, asyik-asyik rakyat jelata je yang kena bersabar dan berjimat.
Petrol naik harga, pengguna beli kenderaan enjin diesel, ingatkan guna diesel boleh jimat, alih-alih harga diesel pun dah sama harga dengan petrol, ingatkan ada alternatif tetapi telah dinafikan hak alternatif itu. Rakyat pening dan keliru sehingga kini gagal mendapat jawapan yang "crystal clear" yang "sahih" kenapa petrol asyik naik harga je sedangkan Malaysia banyak telaga petrol.. mana perginya petrol hasil bumi Malaysia? Mengapa sebagai pengeluar petrolium, rakyat masih dok kene pressure dengan harga yo-yo petrol. Heran, mengapa tidak guna petrol sendiri, untuk mendapat "subsidi" petrol yang mampu mengawal inflasi?. Lepas tu ada pula orang janji jika dia jadi PM harga petrol RM0.70 seliter, wow! kenapa dia berani janji macam tu?
PM, Dato' Najib pasti tidak akan bersetuju dengan cadangan ini kerana beliau orang lama dalam politik dan telah faham akan konsep kerajaan dan rakyat dan beliau amat "bersyukur" kepada rakyat yang terus memberi mandat kepada beliau untuk terus menerajui kepimpinan Malaysia.
Saya cadangkan Dato Ahmad Maslan, mengkaji semula idea beliau, kerana duit subsidi itu datang dari rakyat juga, rakyat juga membayar gaji para menteri dan kakitangan kerajaan, semua orang tahu fakta ini. Secara ringkasnya kerajaan hanya sebagai Pengurus sahaja, dan rakyat "harus" menerima subsidi itu jika Pengurus gagal menyediakan harga barang keperluan yang sepatutnya, kerana pengurus "wajib" mengawal inflasi, tetapi nampaknya Pengurus gagal mengawal inflasi dengan baik maka keluarkan istilah "subsidi", istilah "subsidi" ini adalah istilah yang secara halus untuk menutup kegagalan Pengurus yang tidak cekap mengurus.
Jadi idea "Cadangan beri kesedaran pada rakyat supaya bersyukur" perlulah dihentikan kerana rakyat telah bersekolah, masuk U dan dah pandai-pandai belaka, sama seperti Dato Ahmad Maslan juga kan yang bijak.
Saya bukan anti-kerajaan, jasa kerajaan tetap dihargai tetapi konsep "rakyat perlu bersyukur" ini amat memualkan tekak saya sejak sekian lamanya.. Cuba tukar guna ayat "BERSYUKUR" kepada "PERIHATIN" dan ayat "SUBSIDI" kepada "SUMBANGAN" rasanya lebih best kot atau tak perlulah cakap apa-apa, diam dan buat kerja. Anda boleh tersenyum jika anda berjaya mengembirakan rakyat dan Allah akan berkati anda.
No comments:
Post a Comment