Tuesday, July 31, 2012

Tak dak duit tukarlah..pi lah tukar dulu naa!!

Duit kecik tak da ke bang?

Pejam celik pejam celik dah 11 Ramadan 1433, kalau teruih pejam maka 1434 kita dah takdak didunia ni kan hehe.. sat ja masa berlalu tanpa kita sedaq tiba-tiba ja rambut dah beruban. Masih terbayang zaman sewaktu zaman kanak-kanak riang dulu. Waktu tu sekitaq awal 80an sampai la awai 90an peniaga Melayu sangat sedikit. Di Aloq Staq tempat saya mula kenai dunia sepanjang saya ingatlah takdak satu pun kedai Melayu, samada kedai runcit, restoran atau bengkel gheta. Paling koman pun bila pi market (pasar) ada la sorang dua peniaga Melayu juai ulam-ulam. 

Kedai runcit didominasi peniaga Cina dan ada satu dua kedai Mamak atau India. Kalau mai Tahun Baru Cina, saya ingat lagi time tu lah ayah saya terpaksa beli sardine banyak-banyak, beli beraih dan ikan masin untuk buat stok. Kalau tidak kebuloq lah anak beranak tak dak makanan. Pasai apa tau?... sebab habih semua kedai Cina tutup. Aloq Staq jadi mandom (slow) dalam satu dua minggu sebab banyak kedai tak beroperasi pasai Raya Cina.

Punyalah raya dan depa tak heran pun kaum lain lapaq ka nak mampuih ka, depa hanya tau raya sakan sampai ada yang pulun 2 minggu direct. Tapi selepaih tu keadaan agak berubah. Slow-slow peniaga Melayu mula buka kedai runcit malah ada yang buka pasar raya, restoran dan bengkel gheta. Sampai la ni Raya Cina pun Cina dah tamau cuti lama-lama sebab takut rugi kata depa. Bangga jugalah dengan bekaih PM yang juga asai dari Aloq Staq tu ..sapa lagi Tun M lah. Berkat usaha Tun dominasi mula longgaq, tak lah depa dok raya sakan sangat.

Peniaga Melayu Kurang Cekap?

Kalau nak kata tak cekap memang bohonglah, ramai peniaga Melayu dah jutawan ( ada yang kata kroni tapi lantaklah, tu politik saya tak campoq hehe). Kalau tak cekap mana boleh jadi jutawan seperti orang Kedah juga, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari tu. Tan Sri Rozali Ishak juai ayaq sampai jutawan, mestilah cekap dia tu kan. Beberapa nama besaq lain yang tak payah nak sebutlah di sini, maka isu cekap tu sangalah subjektif.

Cuma saya ingin sentuh pasai beberapa perkara yang mungkin peniaga Melayu rasa mengarut atau merapu iaitu  isu duit tukaq… hahaha pasti peniaga yang baca ni gelak sampai bergulin-gulin. Memang mangkaq betui Drcool ni .. ada ka cerita pasai ni ja. 

Tapi hangpa pernah tak kensel nak pi kedai makan Kak Jah sebab hangpa tak dak duit kecik atau hangpa meluat tengok muka Kak Jah tarik muka panjang bila hangpa huloq duit besaq? Hangpa lebih rela pi kedai mamak pekena roti canai keraih dari tengok muka Kak Jah yang comel tu.  Alasannya hangpa tak dak duit kecik!!. Mamak yang tak berapa comel tu tak pernah tarik muka bila hangpa huloq duit besaq, malah mamak tu ready semua barang termasuk rokok, mesra pelanggan dengan mulut yang amat maneh dari gula.

Tambah la kalau pi pasaq Ramadan atau pasaq malam, lagi la haru.. kita pula yang bersusah payah pi tukaq duit kecik, untuk memudahkan kita membeli belah di pasaq Ramadan atau pasaq Malam. Patutnya sebagai peniaga adalah “haram” untuk menyusahkan pelanggan. Kita kena mudahkan segala urusan termasuk duit kecik.

Sebagai peniaga saya rasa kita sebagai peniaga Melayu terlupa nak kaji, terutama restoran dan penjaja;

  1. Senyum selalu dan mesra pelanggan – kalau la tak penting, cuba pi Mcdonald atau Pizza Hut yang bernilai Multi-billion punya bisnes . Kita masuk ja dalam restoran staff-staff depa teruih sapa “hi Sir” atau “Welcome Sir” … bila nak balik je “Thank you sir , please come again”. Semua staff depa senyum mesra. Bagi yang baru ribu-ribu nih perlulah lebih mesra dari Mcdonald dan Pizza Hut betui dak?
  2. Duit tukaq – kalau rasa pasai duit tukaq ni remeh cuba hangpa letak kan diri hangpa sebagai pembeli dan bila hangpa huloq ja duit besaq orang dok merungut.. apa perasaan hangpa? Bukan senang nak dapat duit orang walaupun seringgit, kena usaha dan berdoa. Kalau hanya berdoa tapi tak dak usaha maka jangan lah heran kalau kita rugi memanjang.
  3. Rokok – Tabiat pelanggan depa suka semua ada “under one roof”, terutama rokok. Bagi perokok akan memilih restoran Mamak kerana 99.9% restoran Mamak ada juai rokok, tetapi 99% restoran Melayu hanya ada kaunter rokok saja.
  4. Lokasi – Restoran Mamak akan “booking” lot tepi atau cornet lot di semua kawasan perumahan. Walaupun kawasan perumahan tu masih baru dan orang pun tak dak lagi. Tapi tunggu dan lihat selepas 1-2 tahun restoran Mamak akan jadi “hot spot” penuh dengan pelanggan.
  5. Kualiti – kualiti produk atau restoran adalah subjektif. Jika sedap adalah bonus dan boleh menarik ramai pelanggan. Kenapa saya kata subjektif ? Cuba kita nilai kualiti makanan di restoran Mamak, tak sedap mana pun kan.. tetapi kerana Mamak ni bijak membaca “consumer habit” maka depa lebih berjaya dari kita.
  6. Perpaduan – ternyata kaum India, Mamak dan Cina mempunyai ikatan yang kuat sesama mereka. Cuba lihat contoh restoran Mamak 786, depa ada di mana-mana saja. Dan majority dari depa “set up” restoran yang “tip top”, paling utama ahli persatuan depa semua buka restoran di corner lot.. begitu juga Cina, cuba lihat harga barang runcit di kedai runcit yang kecik ja tak payah la nak compare dengan pasaraya. Kedai runcit Cina yang satu pintu saja pun boleh juai harga runcit yang sama dengan harga di TESCO dan GIANT!!. Sedangkan persatuan kaum kita.. hermm pikiaqlah sendiri. Begitu juga politik, orang kita dok “kill-kill” sama kita tapi depa “cool” ja. Opps politik lak heheh sorry naa!!
Sebagai peniaga kita perlu ambil contoh yang baik dari yang telah berjaya seperti yang dipraktikkan oleh peniaga India dan Cina yang telah terbukti mempunyai pengalaman yang lebih lama dari kita orang Melayu. 

Ceria-ceria selalu, maaf jika saya terkasar bahasa. Selamat berpuasa…

Monday, July 23, 2012

Ariel Peterpan Dibebaskan Hari Ini

Ariel Peterpan atau nama manja dia  "Ariel Peterporn" (nakai betui depa ni kan boh nama dia lagu tu hehehe) telah dibebaskan hari ni.. moga-moga dia bertaubatlah kan dari dok buat gheja tak senonoh tu. Kebetulan dia dibebaskan pada bulan yang penuh barakah ni Bulan Ramadan. Tapi yang tak bestnya dia sorang ja kena penjara ..heroin dia dok bebas!! Macam Cut Tari tu lagi haru dah ada suami tu ... dan seorang Islam. Luna Maya pun sama dok relax ja .. rasanya Ariel Peterpan mmg naya lah hehe..


Berikut ialah petikan dari Berita Harian :

Ariel Peterpan dibebaskan hari ini

BANDUNG: Selepas dua tahun meringkuk di penjara Bandung, vokalis kumpulan Peterpan, Ariel hari ini dibebaskan dengan syarat selepas didapati bersalah terbabit dalam pengedaran video lucah. Pembebasan Ariel tepat jam 9 pagi (waktu tempatan) itu disambut ribuan peminat beliau dan ratusan wakil media tempatan dan asing. Ariel yang dikawal ketat oleh pihak polis dan lengkap berkemeja putih dan jaket kelabu itu melahirkan rasa terharu apabila peminat melaungkan namanya tanpa henti.

Terdahulu, Ariel atau nama sebenarnya, Nazriel Irham dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun setengah oleh Mahkamah Negeri Bandùng selepas didapati bersalah kerana terbabit dalam pengedaran video porno. Kes pengedaran video lucah yang membabitkan Ariel dengan dua artis wanita popular tempatan, Luna Maya dan Cut Turi itu mencetus kemarahan di kalangan penduduk Islam di negara itu. Pada jam 4 petang ini (5 petang waktu Malaysia), Ariel bakal mengadakan sidang akhbar di salah sebuah hotel di sini. ari ini

 

Sunday, July 15, 2012

Gambar-Gambar Kelab Pemilik Toyota Innova (KPIM) Part 1


Kali ni saya post gambaq2 yang saya rasa boleh membuat ayaq lioq pemilik Toyota Innova yang belum join akan meleleh ayaq lioq untuk join the club hehehe .... tengoklah gambaq di atas YDP En.Rahim Ghazali sedang bergaya dengan moto besaq Polis Peronda PDRM, beliau sebenaqnya bekas perajurit iaitu TUDM.


Lawa tak Innova yang  dah diloweredkan,  dimekap dengan rim sukan 17 inci dan tayar Yokohama low profile? 


 Ini gambaq sewaktu Kelab Pemilik Innova Malaysia join Perjumpaan Komuniti MPV Malaysia pada 8 Julai 2012.


Berbaris dengan megahnya di Perjumpaan Komuniti MPV Malaysia 8 Julai lepas. Boleh dikatakan Kelab Pemilik Innova Malaysia yang paling organise sekali sewaktu perjumpaan tersebut. Di tambah dengan adanya escort oleh Polis Trafik PDRM... hebat woo KPIM nih. Lain-lain kelab mana ada escort..



Ahli-ahli yang komited untuk menjayakan TT dan mesorat KPIM di R & R Awan Besar pada 13 Julai 2012.



Timbalan YDP (En.Solihin) mai dengan moto peronda Polis tuh .. habis cuak mat-mat rempit di R & R Awan Besar malam tu hehehe


Abang yang senyum macho atas moto Polis ni nama dia Herda ..antara orang kuat Kelab Pemilik Innova Malaysia ... 

Saya rasa la kan apa kata Presiden minta TOYOTA MALAYSIA sponsor apa-apa lah contohnya fulus ke, souvenir ke atau apa-apa je la sebab Kelab Pemilik Toyota Innova Malaysia secara tak langsung telah mempromosi Toyota Innova dan seluruh produk Toyota secara amnya.

Banyak lagi gambar-gambar yang menarik akan saya boh di blog ... tunggu je lah kann ... kau ada? hehehehe



Kelab Pemilik Innova Malaysia (KPIM)









Telah diluluskan pada 06.04.2011 dengan nombor pendaftaran 1807-11-SEL

Kelab Pemilik Innova Malaysia (KPIM) memang best dan KPIM juga bukan kelab haram taw.. kelab ni berdaftar dengan ROS... so segala aktiviti KPIM adalah Halalan Toiyiban. Jika ada terbaca artikel ini dan anda seorang pemilik Innova yang hebat lagi best atau sedang bercadang-cadang nak sambaq sebijik Innova, anda dijemput untuk  join di FACEBOOK .. jangan malu-malu, kami semua peramah taw.. saya sendiri semalam baru 1st time pi join yang dipanggil T.T di R & R Awan Besar dan disifatkan oleh YDP En.Rahim Ghazali sebagai TT yang "termeriah" sampai beliau lupa nak makan tu hahahaha.... 

 Anda boleh join komuniti KPIM sebagai ahli di FB sahaja untuk "beramas mesra" atau join dua-dua sekaligus. Join di FB dan sebagai ahli yang membayar yuran untuk sertai pelbagai aktiviti yang best seperti konvoi, aktiviti amal, sukan dan T.T untuk mengerat silaratulrahim.. (yuran pun murah ja untuk tampung aktiviti kelab). Selain dari itu di FB kita boleh bertukar pendapat mengenai Toyota Innova kita, seperti penjagaan kereta, idea untuk modifikasi seperti memekap Innova anda jadi cun melecun, tip-tip jimat petrol dan macam-macam lagi. Rugi kalau tak join broo.. eh and sis hehehe ... KPIM juga ada ahli wanita tau!! Rasanya kelab-kelab lain takdak kan kan kan..

Semalam memang best (13.01.2012) yang sebenaq nya 13.07.2012 silap type naaa jgn marah hehe .. lepas mesorat brother Solihin KPIM 007 (saya KPIM 047) yang juga Polis Trafik dengan megahnya meng"escort" para Innovarian ke Indah Parade ... saya tak dapat join sebab depa semua nak karaoke hehe .. saya bukan tak pandai karaoke tapi bila nyayi ja semua rentak Negaraku dari kena marah dengan pencipta lagu tu sebab saya rosakkan lagu dia baik saya jangan karaoke .. saya berniat baik taw .. so baik balik lah hehehe ... lagipun kunci rumah tak bawa, naya kena tidoq dalam gheta pula saya hehe..


 Bro Solihin dengan moto besaq beliau, macam artis tu kena serbu hehehe
Bro Solihin ni berkenalan dengan saya sebelum saya betul-betul join the club lagik.. tapi dengan cara yang seram sejuk kehkeh mana tidak dia ni kan Polis Trafik.. satu hari tu saya kena tahan sebab tak pakai tali pinggang keledar.. mujoq la bro Solihin perasan sticker kelab KPIM ... so dengan budi bicara kawan sekelab dia pun lepaskan saya dengan pesanan "lenkali pakai tali pinggang taw" .. adoyaii seram tol bila ingat hehehe.. Tapi untungkan jadi ahli kelab, kita boleh berkenalan dengan pelbagai lapisan orang dan kerja terutama POLIS hehehehe...

Ok last sekali ..jenguk-jenguklah kami di FB ok dan join sekali.. Salam ceria

Friday, July 13, 2012

Aduhai Drebar Pompan

Bukan sekali dua saya didera oleh drebar pompan nih, dah beribu-ribu kali depa dera saya di jalan raya, bila saya drive ja depa dera saya bila  tak drive je depa tak dera .. begitulah penderitaan saya sedey kan.


Macam-macam jenih la drebar pompan nih .. yang cekap dan berhemah pun ada tapi tak ramai la.. yang kaki mendera nih mmg ramai. Ada yang dera saya dengan bawa gheta dok tgh-tgh jalan di heway yg 3 lorong .. muka dgn keseriusan kunun fokus kepada pemanduan depa tapi hang dok tengah jalan kak long dah tu 30-40 km sejam adoyaiii ... bas ekpress dan lori treler pun menderita dengan depa ni. Bagi la lampu ka siren ka hon ka dia tetap dok tgh2 heway tu (lelaki pun ada species nih). 



Pesen bawa gheta mcm kaki buli pun ada, kalau dia kata dia nak masuk lorong tu dia akan himpit kita dan masuk. Signal tak bagi dan muka ala-ala diva. Nak tunjuk penumbuk kat dia boleh tapi ..ermmm nanti depa kata Drcool kaki buli pompan lak kan. Yang kompem depa takmau mengalah atau mengaku salah. Keluar simpang pun macam tu juga ..main terjah ja kuaq pas tu bukan lah nak angkat tgn ke apa ke tapi dgn muka yg sombong adoyaiiii...
Saya bukan anti pompan taw ..saya sayang semua orang pompan kerana mak saya pun pompan, wife saya pun pompan dan anak-anak saya pun pompan.. jadi saya tak benci orang pompan ni ...saya sayang sangat-sangat tapi bak kata orang "di kanan madu di kiri racun" itulah orang pompan hehehe.
Hari ni saja yang saya boleh kira, 2 kali saya terpaksa tekan hon yang panjang kerana 2 drebar pompan, nak tambah derita saya kali ke 3 pun pompan juga tapi saya malaih dah nak tekan hon, dan sepanjang jalan saya nak balik rumah penuh dengan drebar pompan yang ........ Awat la jadi lagu ni... pa nama (tiru gaya Tun M hehe) pompan ni bawak gheta ikut kaki ka atau ikut tangan?. Kalau nak cerita memang tak cukup mukasurat tapi saya cerita 3 kes dah la ...
Kes no 1: Drebar pompan ni nak u-turn di trapik lite yang tak boleh buat u-turn, mula-mula dia terhengeh-hengeh , lampu hijau dah nak tukaq kunin tup-tup dia u-turn dan poNNNNNNNN , signal pun tak bagi adoyaiii geram sangat geram sampai la saya sangkut di trapik lite tu. Pas tu dia buat muka tak bersalah kontrol ayu ..chettt!!
  Kes no 2 : Dia nak kuaq ke jalan utama tapi momentum slow n steady saya pun dengan gentleman kasi laluan... alih-alih dia terhinggut-hinggut rapat ke sisi jalan ...yang geramnya lagi sekali signal pun tarak.. nak kata signal rosak gheta baru tuh plat WUV ..lagi sekali pONNNNNNNN... adoyaiiii
Kes no 3 : Saya berhenti di trapik lite sebab lampu dah merah.. kalau jalan juga saja cari nahas la kan.. so saya stop lah .. sampai la turn saya jalan, dan akan belok ke kiri. Sekoyong-koyong keh keh keh macam cerita hantu lak ... satu Viva mencilok sebelah kiri gheta saya sambil sebelah tangan pegang henpon wooo power-power cilok belah kiri guna sebelah tangan tu!! .. kalau ruangnya besaq takpa ni tidak ngam-ngam je .. sebab side mirror dia dengan side mirror saya hanya berapa hunn saja .. ambui terbakaq darah saya yang cool ni hehe.. tapi dah malaih nak hon so saya himpit la sikit ..sampai gheta dia hampir kiss dengan tiang trapik lite tu ..mujoq dia tekan brek kalau dia tekan pedal minyak mau menangis tiang trapik lite tu ternoda dek kegelojohan drebar pompan tersebut. 
Saya memang malaih nak hon-hon dah , nanti orang kata drebar lelaki suka hon-hon malu la kan....

Artis Kaya Raya






Kereta Dato' K
 
Tu Dia Pak Tam.... haha tu nama restoran orang kampung saya yang sudah kaya raya hasil dari perniagaan restoran. Artis Malaysia pun ada yang kaya raya dan bertaraf Jutawan seperti Dato' Siti Nurhaliza, Dato' Ac Mizal dan beberapa nama artis yang tersohor di Malaysia. Depa berniaga bakat seni depa .. ada juga yang berniaga bakat seni dan berniaga produk seperti Dato' Siti Nurhaliza dengan produknya Simplysiti dan Dato' Ac Mizal yang popular dengan "gelang hikmatnya" ..

Cuba korang tengok kereta depa ni http://beritasemasa.com/gambar-kereta-artis-malaysia-kaya-raya , mak ai rugi saya tak jadi artis kan hehehe kalau tidak mesti dah Jutawan sekarang ... yang bangganya depa semua ni anak-anak Melayu yang berasai dari kampung seperti Dato' Siti Nurhaliza.

Yang baik jadikan tauladan yang buruk buang dalam laut k ... 

 

Wednesday, July 11, 2012

Saya nak lari dari rumah!!

Di Facebook semalam ada sorang kawan sekolah share 1 gambaq tajuknya "Budak Hilang, Sesiapa Ternampak Sila Call 018 XXXXXX". Esoknya bila on FB je status kawan sekolah tu berbunyi "Budak Hilang Sudah Ditemui"... syukur Alhamdulilah... 

Tanya dengan kawan tu apa kes budak tu boleh hilang, rupanya dia merajuk dengan ayah dia lalu pi lepak di rumah kawan..kunun-kunun merajuk..alahai budak-budak zaman sekarang ni. Zaman saya kecik-kecik dulu bila ummi atau mak (ayah saya cool mcm saya hehe taknah rotan anak) saya ligan (kejar) 1 kampung dan pulun rotan sampai birat-birat... paling-paling pun saya merajuk dok bawah tangga jer, atau lepak atas pokok jambu. Time perut lapaq saya balik rumah juga ..makan nasi yang mak saya masak  dan ummi akan jelin-jelin birat dibelakang badan saya mungkin kesian la tu lepas hati dah sejuk hehehe.. saya tak pernah terfikiaq pun nak lari dari rumah ke atau nak berdendam dengan ummi saya. Lepaih tu buaih lagi dan kena pulun lagik...sampai la saya dah besaq panjang di form 3 mak saya hanya berletiaq je... dah tak rotan hehehe

Tapi tak terfikiaq pula mak atau ayah saya akan merajuk dengan perangai lasak saya sewaktu zaman kanak-kanak rebena dulu, sampai la mak saya kata "kalau hang dok buaih (lasak) mcm ni lagi, ummi nak lari dari rumah la mcm ni" ..errr saya pun terkedu ..biaq betui ummi saya ni hehe...

Bila dah ada anak sendiri barulah saya faham apa yang ummi saya maksudkan. Memang saya selalu kecik hati dengan karenah anak-anak saya .. sampai rasa nak lari ke satu tempat dan lepak jauh dari mereka semua!!

Zaman dah berubah, time saya masih kanak-kanak rancangan TV hanya ada BJ and The Bear, A-Team, Combat, High Chaparral (cerita koboi), cerita P.Ramlee dan lain-lain. Kebanyakan cerita tv tu kurang sangat lah tunjuk cerita yang anak-anak kuang ajaq dengan mak dan ayah. Cerita tv zaman tu semua genrenya hampiaq sama iaitu hero dan orang jahat ..akhirnya hero akan menang.

Tapi sekarang drama Melayu pun hebat-hebat belaka.. banyak skrip drama dok kasi free lesson kepada remaja-remaja cara nak kuang ajaq dengan mak ayah. Bila ayah atau mak marah depa akan lawan balik.. bila ayah lempang si anak sebab dia kuang ajaq, anak itu akan jerit balik dengan ayah .. "ok fine saya akan kuaq rumah yang seperti neraka ini" dan anak itu akan lari dari rumah. Lepas tu mak ayah watak drama tu akan terhengeh-hengeh cari dan pujuk anak derhaka tu ...dan skrip itu akan menambah senario syahdu bila si ayah tu menyesai di atas perbuatannya..... free lesson beb ..so apa nak di kato ...bak kata Eto Blues And The Gang.

Zaman saya dulu nak dapat ghereq sebijik (basikal) pun payah .. la ni anak-anak saya ada moto sorang sebijik, kalau tak pun naik bas sekolah, atau saya hantar terus ke sekolah.. tak payah susah-susah macam saya dulu bangun awai  pagi utk ligan bas atau kayuh ghereq ke sekolah. Anak-anak saya semua terhidang di depan mata... rumah dah cantik, duit dah ada (sikit je pun) .. tak merasa susah macam saya dan wife dulu-dulu... 

Rumah saya dulu dok tirih (bocor) time hujan. Tengah sedap tidoq ayaq hujan timpa muka so terjagalah... sebab atap tirih betui-betui atas pot tidoq.. so kesot-kesot ubah pot dan sambung tidoq .. no komplen-komplen.

Tuisyen pi join 2-3 kali je tapi bila cikgu minta yuran time tu RM12 saya  teruih lari hehe sbb bila balik minta kat ayah.. ayah kata duit cukup-cukup beli beraih dengan ikan saja (zaman tu ayam mahai). La ni anak saya tuisyen 1-1, harga cikgu tu sejam RM55 malangnya depa main SMS dan Twitter time cikgu mengajaq ... adoyaiii saya nak larik dari rumah niiii.... nak larik ke mana ek ?

Erk ada ka orang nak cari dan pujuk saya nanti ek???